Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Azmil Mustapha meninggal dunia


PELAKON era 80an yang popular menerusi filem Ali Setan, Azmil Mustapha atau Mohd Azmil Mustapha Kamil, 65,  meninggal dunia sewaktu tidur, sekitar  12.40 tengahari tadi di kediamannya di Shah Alam.

Jenazah allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21. 

Allahyarham dilaporkan mengidap sakit jantung dan sebelum ini pernah menjalani pembedahan jantung.

Allayarham pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan  berusia antara 15 dan 32 tahun, selain tiga orang cucu.

Ketika hayatnya, allahyarham banyak terlibat dalam aktiviti dakwah dan pernah ke Syria untuk mendalami  agama Islam.

Menerusi filem Ali Setan yang dilakonkan bersama Fauziah Ahmad Daud, Sheila Majid, Allahyarham Izi Yahya dan Ebby Saiful serta beberapa pelakon lain, allahyarham pernah  dianugerahkan Pelakon Lelali Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-6 (1986).

Pemegang ijazah dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen dari Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat ini dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Mekanik yang mencatatkan kutipan box office pada 1983. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments