26 Jan 2018

YUNA, ADAM SINCLAIR SELAMAT DIIJABKABULKAN


TAHNIAH dan selamat pengantin baru buat penyanyi yang kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yunalis Md Zarai atau Yuna, 33, yang telahselemat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Adam Yusouf Mohamed Sinclair, 35, petang tadi.

Majlis pernikahan yang bertemakan perkahwinan dalam taman itu berlangsung secara tertutup Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Bersaksikan 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak, Yuna dan Adam selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz berwalikan bapa Yuna sendiro, Datuk Md Zara'ai sekitar jam 7.00 petang tadi.




Pengantin lelaki memberikan mas kahwin berjumkah RM22.50 beserta trujuh dulang hantaran berbalas sembikan dari pihak perempuan.

Berikut merupakan kenyataan akhbar yang diedarkan pihak pengurusan Yuna kepada media sebaik sahaja majlis pernikahan selesai.



Kenyataan Akhbar
Kami dengan rendah diri ingin mengumumkan Majlis Pernikahan antara Adam Yousof Bin Mohamed Sinclair dan Yunalis Bt. Dato’ Mat Zara’ai pada 26hb January 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong Pahang. 
Yuna yang berwalikan ayahandanya selamat diijabkabulkan dengan Adam dengan sekali lafaz. Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang telah menyempurnakan majlis pernikahan tersebut pada jam 7 petang.  
Pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran. Majlis Pernikahan Adam dan Yuna berjalan dengan lancar dan dihadiri 300 orang keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan United States. 
Kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.

Wedding photo by: weddingsbyqay
Decoration by: the_calla
Dress by: hattadolmat_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan