8 Jan 2018

PUTERA AMARIS KINI BERGELAR SUAMI


SELAMAT pengantin baru buat pelakon Amran Ismail atau kini lebih dikenali dengan nama Putera Amaris, 33, yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya, Nur Syazwani Alias, 28.

Pasangan yang  mengikat tali pertunangan sekitar Ogos 2016 ini telah diijabkabulkan pada Jumaat, 5 Januari lalu di Batu Pahat, Johor.




Pada majlis tersebut pengantin lelaki telah emnyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50 beserta 11 dulang barang hantaran, berbalas 13 dari pihak perempuan.

Amaris bercadang untuk membawa isterinya mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum merancang percutian bulan madu ke London dan Paris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan