Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PITCH PERFECT 3: TRILOGI TERAKHIR THE BELLAS



PITCH PERFECT 3
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Komedi
Klasifikasi: P13
Pengarah: Trish Sie
Pelakon: Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Anna Camp, Elizabeth Bank
Edaran: UIP




SINOPSIS
Trilogi terakhir ini mengisahkan tentang kehidupan The Bellas selepas tamat pengajian mereka di Barden University dengan menjalani rutin dalam kerjaya pilihan masing-masing.

Namun pelbagai konflik yang dihadapi sehingga menyebabkan mereka merasa rindu untuk kembali menyanyi dan bersatu membuat persembahan bersama The Barden Bellas yang benar-benar memberikan kegembiraan sebenar kepada mereka.

Peluang tiba apabila mereka bertemu di majlis reunion yang akhirnya membawa kepada idea menyertai USO Tour di Sepanyol, sekaligus bersaing merebut peluang untuk membuat persembahan pembukaan di konsert DJ Khaled.

Namun, jalan mereka semestinya tidak mudah apabila perlu berdepan dengan saingan dari kumpulan muzik lain yang hebat dengan kebolehan menyanyi sambil bermain alat muzik, sedangkan mereka hanya bergantung kepada suara.

Bukan itu sahaja, mereka turut berdepan dengan pelbagai konflik lain  termasuk kemunculan  bapa Fat Amy yang menambah masalah sedia ada.








10 TENTANG PITCH PERFECT 3

1. Semua anggota The Bellas makin cun dan vass bila dah habis belajar.

2. Fat Amy makin kelakar. Bila mulut jer mesti boleh buat korang gelak.

3. Filem ni didominasi oleh wanita dari penerbit, pengarah dan kesemua pelakon utamanya adalah wanita. Yassss... Girl power!!!

4. Theo & Chicago hensem ahh! Kalau nak tahu siapa diorang nih, jomm layan filem ni.

5. Fat Amy buat aksi fighting? Omagad..

6. Ni sangat ikonik... diorang ada bawak lagu Toxic (Britney Spears) laa...

7. Kemunculan istimewa DJ Khaled yawww.

8. Ruby Rose nampak stylo habis dengan girl band.

9. Elizabeth Bank lepaskan kerusi pengarah apda Trish Sie, tapi dia masih berlakon pegang watak Gail.

10. Hew.. ni merupakan trilogi terakhir... (mungkin tak diorang nak buat spin off Fat Amy..) 


Post a Comment

0 Comments