MASIH tentang Elyana. Selepas pendedahan tentang penyakit Kanser Limfoma (Kelenjar) tahap 4 yang dibuatnya semalamnya, laman sosial penyanyi ini dihujani dengan ucapan dan doa sebagai tanda sokongan kepadanya.
Bukan sahaja daripada teman-teman yang rapatnya, tetapi juga sebahagian rakan-rakan artis yang mengetahui tentang berita ini turut serta memberikan kata-kata semangat semenjak semalam.
Tidak ketinggalan seluruh peminat dan bukan peminat yang tanpa putus mendoakan yang terbaik buat penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu ini termasuklah mewujdukan #PrayForElyana.
Ternyata begitu ramai yang menyayangi Elyana dan tidak kurang yang kagum dengan kekuatan dan ketabahan hatinya yang berjuang mengarungi penyakit yang telah tujuh tahun dideritaInya.
Menurut Elyana yang cukup aktif dan ceria ini, dia telah berhenti menjalani rawatan kemoterapi semenjak Ramadan lalu dan kini sedang mencuba rawatan alternatif selain berserah hidupnya seratus peratus kepada ketentuan takdir.
"Saya sangta takut nak tidur. Saya ada masalah nak tidur setiap hari. Sebab saya takut tak dapat jumpa anak saya lagi esok pagi,"
Luahan jujur yang sangat meruntun hati dan terngiang-ngiang dalam benak kebanyakan kita semenjak semalam.
Marilah kita sama-sama mendoakan semoga diringankan beban derita Elyana dan dipermudahkan proses rawatan untuknya. Amin..
0 Comments