9 Okt 2017

MAJLIS RESEPSI LAUDYA CYNTHIA BELLA, EMRAN DI BANDUNG


SELEPAS genap sebulan bergelar pasangan suami isteri, pelakon popular Indonesia yang juga bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, Laudya Cynthia Bella hari ini mengadakan majlis resepsi perkahwinannya bersama Engku Emran di tanah kelahirannya, Bandung.

Pada tarikh yang sama September lalu, Bella dan Emran selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang cukup sederhana namun meriah di Kuala Lumpur. Hari ini, tiba giliran pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi sebelah keluarga Bella di The Diamond Inter Continental Hotel, Dago Pakar, Bandung, Bandung pula.




Majlis ini ini turut dihadiri beberapa selebriti popular seperti rakan baik Bella sendiri, Nora Danish dan suami, Melly Goeslaw, Amy Search, Bunga Ciytra Lestari & Ashraf Sinclair, Betty Rahmat, Zaskia Sungkar, Fedil Nuril dan ramai lagi.

Lebih istimewa apabila Amy Search turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu popularnya, Isabella yang ditujukan khas buat Bella.




Sekali lagi, selamat pengantin baru dari kami di Read8Space dan semoga terus bahagia hingga ke jannah. Aminn..  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan