Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AISHAH, LIZA HANIM BAKAL CURI TUMPUAN DALAM GEGAR VAGANZA 4


AKHIRNYA teka-teki senarai peserta yang bakal menyertai program Gegar Vaganza 4 (GV4) terjawab hari ini apabila pengumuman mengenainay telah dibuat oleh pihak Astro petang tadi.

Antara 12 peserta yang diumumkan bakal bertanding, nama Aishah dan Liza Hanim telah mencuri tumpuan ramai apatah lagi kedua-duanya sebelum ini tidak pernah menunjukkan minat untuk menyertai GV musim sebelumnya.

Apapun, kedua-duanya kini berada dalam senarai GV4 dan bakal kembali memukau penonton dengan vokal hebat masing-masing.




Nama-nama lain yang turut bertanding adalah Aqasha, Elyana, Ferhad, Raja Azura, Hazami, Syura, Lan Kristal, Haida, Tia Jinbara dan Firman.

Pada musim ini juga Astro menampilkan kelainan apabila buat pertama kainya membawa masuk peserta dari luar iaitu Firman (Indonesia) dan Ferhad (Singapura) untuk turut menyertai GV4.

Bagaimana format pertandingan ini masih sama di mana penjurian adalah 100 peratus di tangan juri profesional yang terdiri daripada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan seorang lagi bakal diperkenalkan pada konsert minggu pertama kelak.




Sementara itu, pasangan pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih kekal mengendalikan program yang bakal berlangsung selama lapan minggu bermula 29 Oktober ini.

Pada tahun ini, konsert mingguan GV4 akan diadakan setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123). 



Post a Comment

0 Comments