12 Feb 2017

PEMINAT BOLA MERUSUH DI STADIUM BATU KAWAN


PERLAWANAN Liga Super antara Pulau Pinang dan Sarawak yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang tercemar apabila berlaku kekecohan yang dicetuskan oleh penonton pasukan tuan rumah.

Penyokong fanatik Pulau Pinang tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka di tangan Sarawak dengan jaringan 1-0 malam tadi.

Kekecohan berlaku selama 30 minit apabila peminat pasukan bola sepak, Pulau Pinang menyalakan suar dan melontarkan objek ke dalam stadium.




Situasi itu membuatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)  dikerah untuk meleraikan rusuhan tersebut. Gas pemedih mata terpaksa dilepaska bagi menghentikan tindakan peminat yang semakin agresif.

Mujurlah kekecohan itu dapat dileraikan dan tidak berlaku sebarang kecederaan di kalangan mereka yang terlibat.

Sementara itu, kami di Read8Space mendoakan agar pelakon Chelsia Ng tidak terjejas dengan insiden kekecohan tersebut memandangkan dia turut berada di Stadium untuk menonton perlawanan bola sepak antara Pulau Pinang dan Sarawak secara live.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan