Hot Posts

6/recent/ticker-posts

La La Land menang lagi di BAFTA menerusi 5 anugerah


JIKA pada bulan Januari, filem muzikal La La Land berjaya mengungguli tujuh kategori di Anugerah Golden Globe, naskhah itu sekali lagi mencipta kejayaan manis apabila merangkul lima kategori di Pesta Filem Britain (BAFTA) yang berlangsung di Royal Albert Hall hari ini.

Filem ini memenangi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Daien Chazelle), Aktres Terbaik (Emma Stone) Sinematografi Terbaik dan Muzik Asal Terbaik.

Dalam perkembangan lain, filem ini turut dicalonkan untuk 14 kategori di Anugerah Academy ke-89 yang bakal berlangsung pada 27 Februari depan.

Sama-sama kita nantikan apakah kemenangan akan memihak kepada filem ini di Oscar akan datang. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments