Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Srikandi, Sebuah Karya Epik, Inspiratif & Wajib Ditonton


RADIO Televisyen Malaysia (RTM) bakal menampilkan supertele terbaharu berjudul Srikandi, sebuah karya menarik yang menyampaikan mesej penting dalam memperkasakan peranan wanita dalam naratif utama.

Drama berskala besar pertama RTM yang diterbitkan dalam format sinematik dan disasarkan ke festival filem antarabangsa, Srikandi, akan menemui penonton pada 15 September depan, jam 9 malam, di TV1 dan RTMKlik.

Diinspirasikan daripada karya agung klasik Syair Siti Zubaidah Perang China, produksi ini disokong sepenuhnya oleh dengan sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Di bawah arahan Wan Afzam Wan Daud, naskhah ini menyajikan gabungan elemen sejarah dan fiksyen dari era sebelum abad ke-16. Ia mengisahkan Siti Zubaidah, seorang wanita Melayu berani yang memulakan misi heroik menyelamatkan suaminya ketika sarat mengandung.

Melalui naratif yang mendebarkan, Srikandi menonjolkan kekuatan, kebijaksanaan, dan ketabahan wanita Melayu dalam menghadapi cabaran.

Penggambaran berlangsung lebih sebulan di pelbagai lokasi menarik di Pahang, melibatkan Sungai Pahang Kuala Tahan, Perkampungan Dalam Gua Gelangi, Mossy Forest, Pulau Tioman, dan juga Taman Botani Shah Alam, menambahkan keindahan visual dan keaslian sejarah drama ini.


Barisan pelakon yang menjayakan Srikandi pula cukup mantap seperti Farali Khan membawa watak Siti Zubaidah, Amalina Arham (Umi Kalsom), Fauziah Latiff (Bonda Sultanah), Luqman Hafidz (Sultan Zainal Abidin), Catriona Ross (bonda Siti Zubaidah), dan Che Kem (ayahanda Siti Zubaidah).

Tidak ketinggalan Khatijah Tan, Datuk Fauziah Nawi, Hafidzudin Fazil, Mubarak Majid, Fendy Bakry, dan Yusran Hashim.

Mengangkat wanita sebagai protagonis utama, produksi ini karya ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu penghormatan kepada sejarah, budaya, dan ketabahan wanita Melayu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments