Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pertama Kali Di Malaysia: Lee Jun Young Sapa Peminat Secara Live!


Oleh: AILEEN ADAM

AKHIRNYA, masa yang dinantikan para peminat Lee Jun Young kini tiba. Pelakon, penyanyi dan penghibur serba boleh dari Korea Selatan ini akan menemui peminat Malaysia buat pertama kalinya dalam sebuah acara yang penuh momen istimewa.

Dengan
tema 'Scene By Junyoung In Kuala Lumpur', acara itu dijangka menjadi malam penuh gelak tawa, hiburan dan kenangan manis yang hanya boleh dirasai secara langsung bersama Jun Young sendiri.

Dikenali
melalui wataknya dalam Weak Hero Class 2, D.P. dan When Life Gives You Tangerines, Jun Young bukanlah nama asing pada peminat K-Drama da kini bersedia menyapa peminat Malaysia secara dekat dan personal.

Apa
yang boleh dijangka? Selain persembahan eksklusif, acara ini turut menjanjikan sesi interaktif, permainan spontan, perkongsian cerita di sebalik tabir serta peluang untuk peminat beramah mesra bersama bintang popular ini.


Pendek
kata, acara ini bukan sekadar fan meet tetapi satu pengalaman istimewa buat peminat yang ingin mengenali artis kesayangan mereka secara dekat.

Bagi
yang sudah lama menyimpan impian untuk bertemu Jun Young secara dekat, ini masa terbaik untuk merealisasikannya

Acara
ini akan berlangsung pada 30 Ogos 2025, jam 6 petang di JioSpace, Petaling Jaya. Tiket sudahpun dijual dan boleh didapati menerusi laman web BookMyShow. Dapatkan sebelum terlambat- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments