Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nabila Huda 'Masak Sana Sini New York'

DI SEBALIK Kesibukannya di lokasi penggambaran, pelakon Nabila Huda sekali lagi tampil dalam program masakan, Masak Sana Sini New York untuk musim kedua.

Program kegemaran ramai itu akan bersiaran di Saluran Okey, RTM, setiap Isnin hingga Sabtu, jam 12 tengah hari sepanjang Ramadan ini.

Menerusi program tersebut, Nabila berkelana ke bumi New York, bertemu dengan rakyat Malaysia yang menetap di sana untuk memasak pelbagai juadah berbuka puasa yang mudah, ringkas.

Tidak hanya itu, sepanjang 26 episod bersiaran, penonton akan dibawa menyaksikan keindahan Washington Square Park, bangunan pencakar langit di Time Square, The High Line, bangunan The Vessel, bangunan bersejarah Grand Central Terminal, Central Park, The Metropolitan Museum dan jambatan ikonik Brooklyn Bridge.

Diikuti menyaksikan keunikan The Oculus, Chinatown, American Museum of Natural History, Coney Island, Little Island, kawasan kejiranan Soho, New York, New York Transit Museum, Roosevelt Island, senibina Flatiron Building, dan Promenade Height & Dumbo.

Menariknya program memaparkan pengembaraan Nabila di Prospect Park,  Joker Stairs, Unisphere, The Charging Bull (Wall Street), bangunan ikonik Empire State Building, pengalaman manis menaiki Bas Hop on Hop Off New York City, Statue of Liberty, serta episod khas Nabila Huda menyambut lebaran di kota New York bersama-sama rakyat Malaysia yang menetap di New York.

Bukan kembara semata-mata sebaliknya Nabila akan berkongsi resipi juadah berbuka puasa bersama tetamu jemputan. Antaranya Noor Azreen Kamalzman yang bekerja di Konsul Imigresen Malaysia, New York, Nalini A/P Sinniah (Pegawai Atas Imigresen Malaysia, New York), Nuryani Iman (Jurutera Perisian) dan ramai lagi. - 7KLIK

Masak Sana Sini New York juga boleh disaksikan menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).



[FOTO: RTM - Terima Kasih Nurul Fariza]

Post a Comment

0 Comments