GV10: Diumum tersingkir, Aishah tamatkan persaingan



DATUK Aishah menamatkan persaingan di pentas All Star Gegar Vaganza (ASGV), apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada konsert minggu keempat yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Pada minggu duet yang bertemakan 'Berdua Bersatu', Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, menyampaikan lagu Terlanjur Cinta (nyanyian asal Datuk Rossa dan Pasha) bersama Vince hanya meraih markah 43.75 peratus (%) sekali gus berada di tangga terbawah.

Sementara itu, Noryn Aziz yang bergandingan dengan penyanyi berpengalaman, Liza Aziz tampil cemerlang menerusi  lagu I'm Every Women (Whitney Houston) dengan markah tertinggi sebanyak 85.25%.

Persembahan Liza Hanim dan Ziana Zain menerusi lagu duet Madah Berhelah turut mencuri perhatian penonton apabila menampilkan nyanyian mantap sehingga menjadi bualan hangat di media sosial. Begitu juga dengan Ayai dan Datuk M. Nasir yang turut menggegarkan auditorium MBSA dengan persembahan hebat mereka menerusi lagu Raikan Cinta.

Bintang lain yang turut tampil sebagai penyanyi jemputan pada minggu duet ini ialah Datuk Jamal Abdillah, Mamat Exists, Misha Omar, Stacy, Marsha Milan, Azmi Saat, Idayu AF, Aishah Aziz, Wani Kayrie dan Amir Masdi.   

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

ASGV kembali dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse setelah Elly Mazlein menarik diri atas sebab peribadi beberapa hari lalu. Program kegemaran ramai itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam. - 7KLIK

Kedudukan dan markah peserta pada minggu keempat

1. Noryn Aziz - I'm Every Women (85.25%)
2. Liza Hanim - Madah Berhelah (85%)
3. Ayai Ilusi - Raikan Cinta (83.25%)
4. Tomok - Menggegar Dunia (74%)
5. Nikki Palikat - Tak Tercapai Akalmu (66.75%)
6. Aliff Aziz - If I Ain't Got You (66%)
7. Naqiu - Aku Dan Dirimu (65.50%)
8. Ezad Lazim - Untukmu Ibu (63%)
9. Azharina - Pupus (62.50%)
10. Jaclyn Victor - Dialah Di Hati (62.25%)
11. Zamani - Aku Penghibur (61.50%)
12. Hady Mirza - Tentang Rahsia (60.25%)
13. Siti Nordiana - Ada Apa Dengan Cinta (49.75%)
12. Datuk Aishah - Terlanjur Cinta (43.75%) - TERSINGKIR

Post a Comment

Previous Post Next Post