BWF World Tour Finals 2022 telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan perjuangan dan kemaraan pemain-pemain badminton terhebat di dunia.
Sepanjang kejohanan berlangsung bermula 7 hingga 11 Disember di Nimibutr Arena Bangkok, Thailand, masing-masing telah berusaha memberi yang terbaik, sekali gus menutup siri jelajah untuk tahun 2022.
World Tour Finals merupakan kejohanan penutup tirai bagi siri jelajah dunia BWF saban tahun yang menyaksikan hanya lapan pemain bagi setiap kategori yang berjaya mengumpul mata terbanyak (hanya dua wakil bagi setiap negara) dalam setiap kejohanan yang disertai sepanjang tahun ini.
Tahniah kepada barisan pemain Malaysia yang turut layak beraksi di kejohanan ini. Tahniah kepada Tan Kian Meng/Lai Pei Jing bagi kategori Mixed Doubles dan Ong Yew Sin/Teo Eei Yi (Men's Doubles) yang berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir.
Pemain lain yang turut beraksi ialah Pearly Tan/Thinaah Muralitharan dan Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (Women's Doubles), Aaron Chia/Soh Wooi Yik (Men's Doubles) dan Goh Soon Huat/Shevon Jamie Lai (Mixed Doubles).
Berikut adalah senarai penuh pemenang-pemenang mengikut acara/kategori.
Men's Singles
๐ฅViktor Axelson ๐ฉ๐ฐ (Denmark)
๐ฅAnthony Sinisuka Ginting ๐ฎ๐ฉ (Indonesia)
Women's Singles
๐ฅ Akane Yamaguchi ๐ฏ๐ต (Jepun)
๐ฅTai Tzu Ying (Chinese Taipei)
Mixed Doubles
๐ฅ Zheng Si Wei & Huang Ya Qiong ๐จ๐ณ (China)
๐ฅDechapol Puavaranukroh & Sapsiree Taerattanachai ๐น๐ญ (Thailand)
Women's Doubles
๐ฅ Chen Qing Chen & Jia Yi Fan ๐จ๐ณ (China)
๐ฅ Benyapa Aimsaard & Nuntakarn Aimsaard ๐น๐ญ (Thailand)
Men's Doubles
๐ฅ Liu Yu Chen & Ou Xuan Yi ๐จ๐ณ (China)
๐ฅ Mohammad Ahsan & Hendra Setiawan ๐ฎ๐ฉ (Indonesia)
Siri jelajah dunia BWF tahun 2023 akan mula membuka tirai menerusi kejohanan di Malaysia Open yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 hingga 15 January depan.
0 Comments