Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AKU YANG MERINDUIMU, GANDINGAN MANTAP SYAFIE NASWIP & ELISYA SANDHA



DRAMA terbaharu, Aku Yang Merinduimu, berjaya mencuri perhatian penonton ketika ini disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Widuri di TV1.

Sedang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang, drama bersiri 26 episod ini menggandingkan dua pelakon utama Syafie Naswip dan Elisya Sandha, arahan Amor Rizan yang diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd ini.

Ia turut menampilkan barisan pelakon lama dan baharu termasuklah Eleen Arisha, John Tan, Mior Hashim Manap, Nor Aliah Lee, Isaac Iman, Iman Suhana, Zarul Imran, Jesse Lim, Neera Azizi, Shekeen Waida, dan Auni Zahra.

Sama-sama ikuti perjalanan cerita tentang setelah kematian ibu dan ayahnya dalam kemalangan jalan raya, Husna dijaga oleh Tok Ayah, Pak Seman lakonan mantap Mior Hashim Manap. Pak Seman berusaha mencari nafkah untuk membesarkan cucunya namun ada juga yang tidak suka dengan Pak Seman.

Sementara itu Engku Mariam yang menampilkan kemunculan semula pelakon Nor Aliah Lee, mewarisi semua harta perniagaan suaminya selepas bercerai bertindak memecar Pak Seman kerana merasakan lelaki itu sudah terlalu tua untuk melakukan kerja berat di kilang miliknya.

Selain itu, Engku Mariam juga tidak suka dengan Pak Seman dan Husna kerana menganggap orang miskin suka mengambil kesempatan.

Kesibukan Engku Mariam menguruskan perniagaan menyebabkan dia tidak sempat mengikuti perkembangan anak, Tengku Danial di sekolah. Suatu hari, Engku Mariam menerima laporan daripada guru disiplin mengatakan Tengku Danial ditangkap merokok di sekolah.

Engku Mariam tidak percaya anaknya berkelakuan begitu dan membuat keputusan untuk menukar sekolah Tengku Danial ke Pekan Cengkih kerana dia semakin sibuk dengan projek resortnya bersama Vincent (Jesse Lim) dan Eric (John Tan). Di situ juga, Tengku Danial bertemu dengan Husna yang satu sekolah dengannya.

Engku Mariam yng merupakan kawan baik Vincent mahu bekerjasama dalam projek pusat peranginannya di Pekan Cengkih. Vincent menyerahkan semua keputusan projek kepada Eric.

Dalam masa yang sama, Eric tidak sengaja terlanggar Husna dan mahu membayar ganti rugi kepada Husna namun ditolak secara baik oleh Pak Seman kerana Eric dan Vincent telah membayar kos rawatan Husna. Akan tetapi, Engku Mariam menuduh Pak Seman dan Husna mahu mengambil kesempatan atas kecederaan tersebut.

Ikuti pelbagai konflik antara Husna dengan Tengku Danial dalam drama ini dan apakah kesudahan jalan cerita hidup Engku Mariam yang dikuasai oleh rasa bongkak dalam dirinya ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


[KREDIT: RTM]




Post a Comment

0 Comments