Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SHEILA ON 7, LIVE IN KUALA LUMPUR


GRUP legenda popular Indonesia, Sheila On 7 bakal muncul kembali dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam. 

Selepas muncul dengan konsert hebat dan laris pada Mac 2016, Brian, Eros, Duta dan Adam akan kembali pula dalam sebuah konsert khas buat semua peminat Malaysia dalam sebuah konsert, SHEILA ON 7 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2018. 




Konsert dengan durasi dua dan setengah jam tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat mereka kerana grup hebat ini akan mempersembahkan repertoire dari album pertama mereka sehinggalah lagu-lagu seperti 'Sephia', 'Pria Kesepian' 'Melompat Lebih Tinggi', ' Seberapa Pantas ' dan banyak lagi lagu kegemaran ramai.

Konsert ini diadakan bertujuan untuk meraikan sokongan besar dari ribuan peminat setia mereka di Malaysia dan sekitar rantau ini. Penantian ini bakal berakhir dengan konsert ini pada tarikh 10 Februari 2018.



Tiket-tiket sudah mula dijual sejak 21 Disember lalu dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver) menerusi www.mytickets.asia.

Diskaun sebanyak 15% disediakan untuk 250 pembeli tiket pertama (tidak termasuk tiket Meet & Greet). Peminat setia Sheila On 7 akan mendapat peluang untuk bertemu dengan mereka dengan pembelian tiket Meet & Greet dan akan mendapat barangan percuma.

SHEILA ON 7 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2018  dianjurkan oleh No Fear Sdn Bhd & Shiraz Projects Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 8605 0195/0122560082 atau layari www.shirazprojects.com.



INFO
Tarikh: 10 Februari 2018
Masa: 8.30 malam
Lokasi: StarXpo, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur
Harga tiket: Meet & Greet RM315, Diamond RM215, Platinum RM165, Gold RM125, 
              Silver RM85
Tiket: www.myticket.asia
Sila hubungi: 03 8605 0195
Info Hotline: 012 256 0082
Website: www.shirazprojects.com
Instagram: shirazprojects
Facebook: shirazprojects


Post a Comment

0 Comments