Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sah presiden baharu FAM


HARI ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden baru badan induk tersebut bagi musim 2017-2021 sempena Kongres FAM ke-53 yang berlangsung siang tadi.

Tunku Ismail memenangi kerusi No. 1 FAM itu selepas pencabarnya bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menarik diri dua hari lalu.

Nampaknya ramai yang gembira dan menyambut baik perkembangan terbaru ini. Semoga Tunku Ismail dapat melakukan sesuatu dan mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak tanah air. 

Post a Comment

0 Comments