MENIKMATI kehidupan dengan aktif bukan hanya bergantung pada keupayaan untuk bergerak, tetapi turut melibatkan tenaga, kesihatan dan keyakinan untuk menjalani rutin harian.
Seiring pertambahan usia, keperluan tubuh juga berubah, menjadikan pemakanan seimbang antara aspek penting dalam usaha mengekalkan kesejahteraan untuk jangka panjang.
Memahami keperluan ini, jenama susu nutrisi untuk golongan dewasa, Anlene, memperkenalkan Anlene Total+ dengan formula dipertingkat daripada Anlene Total 10.
Produk yang baru sahaja dilancarkan di seluruh negara itu menggabungkan yeast beta glucan untuk membantu menyokong sistem imun serta 25 vitamin dan mineral bagi melengkapi keperluan nutrisi harian golongan dewasa.
Menurut Ketua Pemasaran Anlene Malaysia, Joselynn Lim, keperluan golongan dewasa menjadi pertimbangan penting dalam pembangunan produk tersebut.
“Kekuatan bagi golongan dewasa bukan sekadar tentang mobiliti, tetapi turut merangkumi kecergasan dan kebebasan untuk menjalani kehidupan seharian,” ujarnya.
Kekuatan Untuk Terus Aktif
Selama lebih tiga dekad, Anlene menitikberatkan kesihatan tulang, sendi dan otot bagi membantu golongan dewasa menjalani kehidupan aktif.
Menerusi formula terbaharu ini, rangkaian produknya turut merangkumi nutrien untuk membantu menyokong sistem imun, kesihatan pencernaan dan metabolisme tenaga yang penting untuk kesejahteraan harian.
Sistem imun, misalnya, memerlukan perhatian seiring peningkatan usia. Orang dewasa secara purata mengalami dua hingga tiga kali selesema setahun, manakala yeast beta glucan merupakan bahan yang dikaji berkaitan sokongan terhadap sistem imun dan kesihatan saluran pernafasan atas.
Anlene Total+ turut menggabungkan pelbagai vitamin dan mineral untuk membantu memenuhi keperluan nutrisi golongan dewasa, termasuk nutrien yang penting untuk kesihatan tulang, sendi dan otot.
Formulanya juga merangkumi prebiotik untuk membantu menjaga kesihatan pencernaan serta nutrien yang membantu tubuh menghasilkan tenaga daripada makanan.
Selain itu, ia turut mengandungi Milk Fat Globule Membrane (MFGM), komponen susu yang membekalkan fosfolipid dan dikaji berkaitan peranannya dalam fungsi otak, termasuk ingatan.
Joselynn turut menjelaskan, formula ini dibangunkan berasaskan fokus asal Anlene terhadap mobiliti, dengan mengambil kira aspek kesejahteraan golongan dewasa yang lebih menyeluruh.
Gabungan yeast beta glucan dan pelbagai nutrien di dalamnya bertujuan membantu rakyat Malaysia terus melakukan aktiviti yang mereka gemari.
Walaupun pemakanan boleh menyumbang kepada penjagaan kesihatan, pengambilan produk nutrisi perlu disertai diet seimbang dan gaya hidup aktif, bukannya menggantikan kepelbagaian makanan atau penjagaan kesihatan yang diperlukan.
Bagi Anlene, kehidupan sihat bukan sekadar tentang usia yang panjang, tetapi juga keupayaan untuk terus menikmati kehidupan yang bermakna.
Anlene Total+ kini boleh didapati di pasar raya, farmasi dan platform e-dagang di seluruh negara. Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi www.anlene.com. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
%20-%20(2).jpg)
0 Comments