SEBELUM dikenali sebagai figura penuh keyakinan dengan gaya tersendiri dan personaliti yang sukar dipatahkan, Elle Woods hanyalah seorang remaja yang sedang mengenali dirinya dan mencari arah dalam kehidupan.Kini, peminat bakal menyaksikan sisi berbeza watak ikonik itu menerusi
Elle, siri prekuel kepada francais popular
Legally Blonde yang membawa penonton kembali ke tahun 1995, jauh sebelum kisahnya di Universiti Harvard bermula.
Prime Video melancarkan trailer rasmi dan key art untuk musim pertama
Elle, yang mengikuti perjalanan Elle ketika masih di bangku sekolah menengah. Siri ini meneroka bagaimana pengalaman, cabaran serta hubungan peribadi membentuk karakter Elle yang dikenali ramai hari ini.
Musim pertama
Elle akan menampilkan lapan episod secara eksklusif di Prime Video bermula 1 Julai 2026, melibatkan lebih 240 negara dan wilayah di seluruh dunia. Prime Video turut mengumumkan siri ini telah menerima tempahan untuk musim kedua.
Berlatarbelakangkan zaman remajanya, Elle berdepan pelbagai cabaran termasuk persahabatan yang rumit, percintaan terlarang serta pilihan fesyen yang mencerminkan keunikan dirinya. Namun, di sebalik segala perubahan dan pengalaman baharu, keluarga menjadi sumber kekuatan terbesar buatnya.
Hubungannya bersama ibunya, Eva, semakin erat apabila mereka berdua belajar menghadapi setiap cabaran kehidupan bersama-sama. Setiap pengalaman yang dilalui menjadi sebahagian daripada perjalanan yang membentuk keyakinan, impian dan keperibadian Elle.
Mengenali Dunia Elle Sebelum Menjadi Ikon
Dicipta oleh Laura Kittrell, Elle diterbitkan oleh Amazon MGM Studios dengan kerjasama Hello Sunshine. Kittrell turut menerajui siri ini bersama Caroline Dries sebagai pencipta bersama, selain bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama Reese Witherspoon, Lauren Neustadter, Amanda Brown, Marc Platt dan Brad Van Arragon.
Bagi barisan pelakon, Lexi Minetree membawa watak utama sebagai Elle Woods, bersama June Diane Raphael sebagai ibunya, Eva, dan Tom Everett Scott sebagai bapanya, Wyatt. Turut menyertai siri ini ialah Jacob Moskovitz, Gabrielle Policano, Chandler Kinney, Zac Looker dan Amy Pietz.
Dengan kisah yang membawa penonton menyelami perjalanan awal Elle Woods,
Elle menawarkan perspektif baharu tentang bagaimana seorang gadis yang penuh impian, keyakinan dan keunikan membentuk dirinya sebelum menjadi watak yang terus dikenang dalam dunia Legally Blonde.
Kesemua lapan episod musim pertama
Elle boleh mula distrim pada 1 Julai 2026 secara eksklusif di Prime Video.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments