4 Jan 2022

TARIKAN PROGRAM TERBAHARU BUKA TIRAI TAHUN 2022 DI TV OKEY



RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV Okey terus memantapkan kualiti program siarannya bermula Januari tahun 2022 ini dengan menyediakan pelbagai program khas untuk tontonan seisi keluarga.

Daripada drama bersiri, majalah, dokumentari, telemovie hingga travelog, saluran TV Okey menjanjikan 12 program baharu keseluruhannya yang bermula siarannya Januari ini. Berikut disertakan program yang dipilih untuk khas untuk penonton salurannya. 


DOKUMENTARI

Kreativisi 
Setiap Sabtu, 12.30 Tengah Hari (Mulai 1 Januari 2022)

Sinopsis: Sebuah dokumentari yang memaparkan tentang keunikkan serta informasi tentang keseniaan yang terdapat di Malaysia.

Muzik Kita
Setiap Ahad, 12.30 Tengah Hari (Mulai 2 Januari 2022)

Sinopsis: Memaparkan tentang adat dan seni budaya warisan masyarakat Sabah yang terkenal dengan kepelbagaian seni serta tradisi yang mengangkat jati diri penduduk setempat.


MAJALAH
Juwita
Setiap Sabtu, 11.30 Pagi (Mulai 1 Januari 2022)

Sinopsis: Bersama Nora Danish menyelusuri kejayaan wanita-wanita moden dalam dunia perniagaan serta berkongsi pengalaman dan kehidupan selebriti jemputan dalam Juwita.

Jom Minum Petang
Setiap Isnin, 4 Petang (Mulai 3 Januari 2022)

Sinopsis: Bersama Cef Fendi Mohamad dan selebriti jemputan menyediakan pelbagai resepi puff, roti, kuih muih, desert dan pelbagai lagi dalam Jom Minum Petang serta tip masakan untuk penonton.

Idola Fesyen
Setiap Selasa, 11.30 Pagi (Mulai 4 Januari 2022)

Sinopsis: Sebuah majalah fesyen yang memfokuskan konsep makeover yang menampilkan pengacara Adriana Adnan. Rancangan ini juga akan memberi tips serta informasi penting dalam solekan dan penampilan. 

Makanpedia
Setiap Selasa, 10 Pagi (Mulai 4 Januari 2022)

Sinopsis: Program majalah yang membawa penonton ke pelbagai destinasi dan memperkenalkan kepelbagaian gastronomi yang wujud di Malaysia. Merungkai sejarah & evolusi pelbagai masakan, bermula daripada penyediaan tradisi sehingga ke hidangan trendy dan eksklusif. Memperkenalkan beraneka gaya masakan dan juadah hidangan di rumah, jalanan, kafe dan restoran pelbagai bintang. Pengacara: Tash Yong.

Hungry For Chance
Setiap Selasa, 5.30 Petang (4 Januari 2022)

Sinopsis: Sebuah majalah yang memaparkan tentang info-info berkaitan cara pemakanan serta  tip menjaga kesihatan yang baik serta perkongsian resepi yang sihat dalam menjaga kesihatan.
Pengacara: Bobo NG.

Laman Sempoi
Setiap Rabu, 11.30 Pagi (Mulai 5 Januari 2022)

Sinopsis: Sebuah majalah dekorasi yang memaparkan tentang pembinaan sesebuah binaan laman dan berkongsi keindahan, informasi bunga-bungaan serta berkongsi nilai estetika pada pandangan individu yang membina sesebuah laman.
Pengacara: Emma Ismail.


TRAVELOG

Solo Traveller
Setiap Ahad, 12 Tengah Hari (Mulai 2 Januari 2022)

Sinopsis: Alami pengembaraan Solo ke setiap pelusuk negeri Sabah bersama pengacara Dewi Liana Seriestha. Kembara melalui hutan hujan tropika terbesar di Asia, mendaki kearah puncak tertinggi di Malaysia, kenali flora dan fauna yang hanya wujud di hutan belantara Borneo. Kagumi vista indah sepanjang Banjaran Crocker dan merasai iklim berbeza dan kehidupan unik di pinggiran Gunung Kinabalu bersama Solo Traveller.

Wild Wheels
Setiap Isnin, 10 Malam (Mulai 3 Januari 2022)

Sinopsis: Rancangan travelog realiti menjelajah ke tempat menarik berkonsep backpack. Hos iaitu Tee Jay dan Nia akan menerima misi yang akan mereka laksanakan. Antara tempat menarik adalah seperti Luang Prabang dan Vang Vieng Laos, Langkawi dan Melaka.

Glob
Setiap Selasa, 10 Malam (Mulai 4 Januari 2022)

Sinopsis: Memaparkan pelbagai aksi lasak orang bujang bersama hos Shahrul Kamal seperti surfing, mendaki gunung, berakit, menunggang kuda dan banyak lagi. 


DRAMA BERSIRI

Maryam Qistina
Selasa hingga Sabtu, 2.30 Petang (Mulai 4 Januari 2022)

Sinopsis: Kisah kekuatan Qistina mengharungi kehidupan sebagai wanita berkerjaya bersama suami dan anak-anak tercinta. Namun begitu, perjalanan hidupnya tidak seindah yang disangka. Qistina terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan disebabkan ketamakkan dan nafsu manusia disekelilingnya. Berjayakah Qistina menyelamatkan keluarga dan kerjayanya.  
Pelakon: Eleena Sui, Ikhram Juhari, Akhmal Nazri dan Aisyah Ilias.


Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan