30 Dis 2021

KIRA DETIK DAN PROGRAM BUKA TIRAI TAHUN BAHARU 2022 DI TV2


MENGAMBIL kira bencana banjir yang melanda negara, acara tradisi kiraan detik-detik terakhir penghabisan tahun 2021 dan ketibaan tahun baharu 2022 pastinya berbeza sekali tahun ini. Justeru dalam membuka lembaran baharu 2022, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tetap menyediakan variasi pilihan program khas untuk seluruh rakyat Malaysia.

Empat program menanti penonton sepanjang tarikh kira detik 2021 manakala enam program lagi menyusul dalam menyemarakkan sambutan tahun baharu permulaan Januari 2022.


Legend Of The Fist: The Return Of Chen 
30.12.2021 | Khamis | 9 Malam 

Sinopsis:
Hakikatnya, Chen Zhen telah meninggalkan China dan menyertai sekumpulan lelaki Cina yang menentang bangsa Jerman di Perancis ketika Perang Dunia Kedua. Tujuh tahun kemudian, Chen kembali ke China dengan menggunakan identiti Qi Tianyuan, salah seorang rakannya yang terkorban di Perancis.


Di Shanghai, Chen Zhen dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya untuk mendampingi bos Kelab Casablanca, Tycoon Liu yang disyaki mempunyai pakatan dengan tentera Jepun. Chen Zhen terpikat dengan Kiki, penyanyi kelab yang bekerja dengan Tycoon Liu.

Sementara itu, Jeneral Jepun, Chikaraishi telah datang ke Shanghai bersama skuad pembunuh rahsia yang menghapuskan golongan yang menentang Tentera Jepun. Dengan menggunakan topeng hitam bagi merahsiakan identitinya, Chen Zhen telah bekerjasama dengan kapten polis Huang untuk melindungi para pejuang daripada pembunuh Jepun. Apakah yang bakal dilakukan oleh Chen Zhen untuk menyelamatkan keadaan. 

Lakonan  Shu Qi, Anthony Wong, dan Huang Bo.


Gig Kolumpo @ KLFM 
30.12.2021 | Khamis | 11 Malam 

Sinopsis: KLFM selangkah ke hadapan dan proaktif merancakkan kembali industri muzik Malaysia dengan penganjuran showcase istimewa ini menampilkan artis-artis popular Malaysia Akim & The Majistret bersempena dengan sambutan 48 tahun KLFM, Rentak Interaktif Kota.


Gig Kolumpo @KLFM yang dirakamkan secara langsung dihadapan penonton di Black Box, Publika Kuala Lumpur dihoskan oleh DJ Zima, DJ Aiman, DJ Diani La Dolce dan DJ Fahim.


Jumanji: Welcome To The Jungle 
31.12.2021 | Jumaat | 8 Malam 

Sinopsis: Empat kanak-kanak sekolah menengah menemui konsol permainan video lama dan ditarik ke dalam persekitaran hutan permainan itu, benar-benar menjadi avatar dewasa yang mereka pilih. Apa yang mereka dapati ialah anda bukan sahaja bermain Jumanji - anda mesti bertahan.

Untuk mengalahkan permainan dan kembali ke dunia nyata, mereka perlu meneruskan pengembaraan paling berbahaya dalam hidup mereka, menemui perkara yang ditinggalkan Alan Parrish 20 tahun lalu dan mengubah cara mereka berfikir tentang diri mereka sendiri - atau mereka akan terperangkap dalam permainan selama-lamanya. 

Pelakon: Dwayne Johnson, Jake Kasdan, Dany Garcia, Hiram Garcia, William Teitler, Matt Tolmach, Ted Field


Padi Reborn 
31.12.2022 | Jumaat | 10.30 Malam

Saksikan kembali rakaman konsert solo kumpulan Padi yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Jun 2018 dengan penampilan istimewa pemain drum wanita berbakat dari Malaysia, Amira Syahira dan juga Aizat Amdan dalam Padi Reborn.


Abstrak UDTV 2021
1.1.2022 | Sabtu | 11.30 Pagi 

Recap rancangan-rancangan yang berjaya diterbitkan tahun 2021, program yang berjaya diterbitkan dengan kekangan penerbitan UDTV serta industri kreatif disebabkan pandemik dan SOP pada waktu kini. Alternatif penerbitan drama menggunakan teknologi baharu juga digunakan sehingga terbitnya A.I Love, forte rancangan dan rancangan-rancangan yang dijanjikan daripada unit drama untuk tahun 2022.


Daddy’s Home 2
1.1.2022 | Sabtu | 1 tengah hari 

Brad Whitaker (Will Ferrell) ialah seorang eksekutif radio yang baik hati yang mahu menjadi bapa tiri terbaik kepada dua anak isterinya (Linda Cardellini). Apabila bekas suaminya, Dusty (Mark Wahlberg), kembali ke bandar, perasaan tidak selamat Brad dengan cepat berkembang menjadi kompleks rendah diri.

Semasa Dusty menunjukkan bakatnya dalam sukan olahraga, pembaikan rumah dan karisma budak jahat, Whitaker mendapati dirinya dalam pertarungan tanpa henti untuk memperjuangkan pesaingnya dan memenangi persetujuan keluarganya.

Pelakon: Will Ferrell, Mark Wahlberg, Mel Gibson, John Lithgow, Linda Cardellini, Alessandra Ambrosio, Scarlett Estevez, Didi Costine, Owen Vaccaro


Konsert Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLFM)
1.1.2022 | Sabtu | 4 Petang 

Sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-48, radio KLfm tampil dengan sebuah konsert bertemakan retro rock, Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLKL). Konsert yang bersiaran selama 2 jam di Black Box, Publika Kuala Lumpur ini dihoskan oleh DJ Zulastree dan DJ Mimie Walla akan disiarkan pada 31 Disember 2021, 11 malam di TV2.

Konsert KLKL menampilkan persembahan hebat daripada empat bintang rock terkenal tanah air iaitu kumpulan Lefthanded, Ella, Muss dan Spider menerusi lagu-lagu malar segar dendangan mereka.



#Memanglayan2021
1.1.2022 | Sabtu | 8 Malam 

Sebuah program khas yang merangkumkan semua program program terbitan Hiburan TV RTM. Program ini akan mempersembahkan program-pogram dari bulan Januari sehingga Disember 2021. Menampilkan pengacara lincah Nana Mahazan sebagai perantara antara linking dan insert program.


KMI….In Person With Haqiem Rusli
1.1.2022 | Sabtu | 9 Malam 

Sebuah program hiburan selama 1 jam 30 minit yang menampilkan artis BBNU terkenal Haqiem Rusli yang mempersembahkan lagu hit dan energetic beserta artis undangan Datin Alyah serta adik Haqiem iaitu Zali Rusli.


The Negotiation
1.1.2022 | Sabtu | 10.30 Malam 

Seorang perunding krisis ace berhadapan dengan seorang pengambil tebusan berdarah dingin. Sepanjang 21 jam, dia cuba memecahkan sikap tenangnya yang luar biasa dan memaksanya mendedahkan motivasinya.

Pelakon: Hyun Bin, Son Ye-jin, Kim Sang-Ho, Kim Sang-Ho, Jang Young-Nam, dan Jang Gwang.


[KREDIT: RTM]







Tiada ulasan:

Catat Ulasan