3 Nov 2021

KEMERIAHAN 11 PROGRAM RAIKAN DEEPAVALI 2021 DI RTM


KESELURUHAN sebanyak 11 program baharu menanti tayangan siaran khas Deepavali yang bakal disiarkan menerusi saluran TV2 oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai malam menjelang sambutan iaitu 3 hingga 5 November depan. 

Tajuk program pilihan termasuklah lima telefilem Kannadi Manasu, Laddu, Bayam Ore Nagaichuvai, Ore Varthey dan En Iniya Ponnilave.

Sementara untuk program hiburan pula ialah Deepa Oli (UHTV) dan Pertandingan Akhir Bintang Minnal@RTM 2020.

Diikuti Lakshmi dan Kumbalangi Nights (cereka Tamil/Malayalam), Vazhi (drama pendek), King Arthur: Legend Of The Sword (cereka Inggeris).


KONSERT KHAS DEEPAVALI: DEEPA OLI 
Rabu | 3 NOV 2021 | 9 Malam

Berkonsepkan variety show yang mengangkat radio Minnal FM sebagai linking utama di dalam program. Konti Minnal FM akan menjadi tunjang kepada interaksi artis manakala persembahan lagu akan dirakam di Auditorium Perdana.

Deepa Oli menggabungkan artis-artis dan personaliti popular berbangsa India serta mengangkat Minnal FM.

Rancangan berdurasi 90 minit ini merupakan sebuah rancangan khas bersempena sambutan Deepavali yang disambut oleh penganut agama Hindu di seluruh negara. Perayaan ini disambut bagi melambangkan semangat muhibah dan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia.

Artis: Santesh, Rabbit Mac, Gayathri, Hashmita, Ifon, Sabesh Manmathan, Reena Nicky, Piraveen (Juara Bintang Minnal) dan Darkey.


TELEFILEM: KANNADI MANASU
Rabu | 3 NOV 2021 | 10.30 Malam 

Telefilem ini mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki, iaitu Anand yang mengalami penyakit ‘Obsessive Compulsory Disorder’ (OCD) atau yang mengalami gangguan mental jatuh cinta dengan Priya, seorang pekerja di pejabatnya.

Anand, mengalami penyakit itu dari kecil lagi diwarisi daripada ibunya, sentiasa mengutamakan kebersihan di tempat kerja mahupun di rumahnya.

Pada satu hari, Venugopal, bapa Priya yang tinggal di sebuah kampung terpaksa pergi ke bandar untuk menjalanai pemeriksaan kesihatan di hospital dan seterusnya pergi ke rumah Priya.

Anand juga berpeluang untuk berjumpa dengan Venugopal dan semasa mereka mengadakan minuman, tiba-tiba Venugopal jatuh dan pengsan. Anand dan Priya cuba membawa Venugopal ke hospital.

Dalam perjalanan ke hospital, Venugopal telah muntah pada Anand di dalam keretanya dan ini menjadikan Anand marah dan meninggalkan Priya dan bapanya di tepi jalan.

Setelah insiden itu, Priya memutuskan perhubungan dengan Anand dan pulang ke kampung dengan bapanya. Namun, keluarga Priya dan Ibu Anand berjaya menyatukan mereka kembali.

Pelakon: Perakash, Logan, Sanggeetha, Kavitha, Kubendra


TELEFILEM: LADDU
Kkhamis | 4 NOV 2021 | 8 pagi

Kisah Jia Meng, Abu dan Hemaruben yang cuba menunaikan hasrat Jeeshnavi selepas mengetahui Jeeshnavi mengidap Kanser tahap akhir.

Mereka berempat merupakan rakan baik semenjak kecil tetapi terpisah selepas Jeeshnavi berpindah ke Australia. Setelah menunaikan kesemua hasrat Jeeshnavi, mereka memastikan Jeeshnavi turut menyambut Deepavali bersama mereka dengan meriah dan gembira.

Pelakon: Nawinia Murali, Saharudin Jamaludin dan Muhamad Danil.


TELEFILEM: BAYAM ORU NAGAICHUVAI
Khamis | 4 NOV 2021 | 1 Tengah hari

Merupakan sebuah telefilem khas deepavali berbahasa Tamil yang mengisahkan Rajesh pergi ke Fraser's Hill seminggu sebelum Deepavali untuk menenangkan fikiran dari masalah kerjaya dan keluarganya.

Rajesh amat sibuk dengan kerjayanya sehingga tidak dapat meluangkan masa untuk isteri dan anaknya. Akhirnya dia sedar kepentingan nilai kekeluargaan dan pulang ke pangkuan keluarganya.

Pelakon: Magen, Manjit Maan, Aanantha, Sharmini, Kogila, Agotheran.


FILEM: KING ARTHUR: LEGEND OF THE SWORD
Khamis | 4 NOV 2021 | 3 Petang

Mengisahkan seorang pemuda gelandangan bernama Arthur yang dibesarkan di rumah pelacuran tetapi mempunyai bakat dan kemahiran sebagai seorang pejuang.

Arthur dan rakan-rakannya menghalang sekumpulan Viking yang menganiaya salah seorang pelacur dan menuntut mereka membayar ganti rugi. Tindakan Arthur mengundang kemarahan Raja Vortigern yang melindungi Viking.

Rumah pelacuran ini diserbu oleh Blacklegs, askar Raja Vortigern. Arthur cuba melarikan diri tetapi ditangkap dan dipaksa menaiki sebuah kapal bersama ratusan lelaki lain.

Askar Blackleg memaksa semua lelaki se usia Arthur untuk mencuba menarik pedang Excalibur yang terpacak pada batu dekat istana. Arthur berjaya mencabut pedang Excalibur tetapi dia dikurung dipenjara bawah tanah.

Raja Vortigern merancang untuk membunuh Arthur untuk mengekalkan kekuasaannya. The Mage, ahli sihir mendiang Raja Uther menemui bekas panglima Raja Uther, Bedivere ditempat persembunyiannya dan mendesak Bedivere menyelamatkan Arthur.

Pelakon: Charlie Hunnam, Astrid Berg├Ęs-Frisbey, Eric Bana


CEREKA TAMIL: LAKSHMI
Khamis | 4 NOV 2021 | 9 Malam

Lakshmi seorang kanak kanak perempuan yang sangat berminat untuk menari dan ingin menyertai pertandingan menari di peringkat nasional tetapi ibunya tidak minat dengan tarian.

Tanpa pengetahuan ibunya dan dengan bantuan seorang pemilik restoran yang bernama Vijay Krishna, Lakshmi telah menyertai sekumpulan penari bernama Chennai Spring Boots.

Pada kali pertama Laksmi muncul di atas pentas beliau terkejut dan berasa gementar apabila berdepan dengan penonton. Selepas melalui pelbagai dugaan beliau mula dilatih oleh Vijay Krishna.

Vijay Krishna yang merupakan seorang bekas penari yang terkenal yang pernah menyertai pertandingan menari di peringkat nasional. Sebelum menjelang pertandingan akhir, ibu Lakshmi telah mendapat tahu tentang penyertaannya dalam pertandingan menari dan cuba menghalangnya.

Lakshmi tercedera dalam satu kemalangan semasa berlari dari ibunya dan mengakibatkan beliau hilang pendengaran. Namun beliau tidak putus asa dan setelah mendapat restu ibunya Lakshmi menyertai pusingan akhir pertandingan menari tersebut. Akhirnya, beliau dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pride of India.

Pelakon: Prabhu Deva, Ditya Bhande, Aishwarya Rajesh.


PERTANDINGAN AKHIR BINTANG MINNAL@ RTM 2020
Khamis | 4 NOV 2021 | 11.30 Malam

Pertandingan bintang Minnal @ RTM merupakan usaha murni RTM melalui stesen radio Minnalfm untuk melahirkan lebih ramai penyanyi tempatan dan melahirkan bintang berkualiti.

Pentas akhir ini akan menyaksikan keupayaan lapan peserta bertanding mendendangkan lagu iaitu dalam Bahasa Tamil dan juga Bahasa Malaysia yang semestinya menguji tahap ketahanan vokal setiap peserta yang akan menjadi kayu pengukur kepada kehebatan artis-artis kelahiran RTM sebelum ini.

Artis: Khai Bahar, Wany Hasrita, Shantesh, Neeta dan Hasmita Selvam.


DRAMA PENDEK: VAZHI
Jumaat | 5 NOV 2021 | 1 Pagi

Seorang suami mengajar isteinya memandu kereta di sebuah padang bola. Siva terpaksa mengajar isterinya Kamini memandu kerana Siva tidak dapat pulang ke kampung atas urusan kerja sempena Deepavali.

Siva stress dengan Kamini yang sering mempersoalkan cara ajaran Siva. Berlaku pelbagai aksi lucu antara suami isteri ini. Kamini akhirnya berjaya membawa kereta dengan cemerlang walaupun Siva cedera dan perlu dikejarkan ke hospital

Pelakon: Aghondera dan Ratna Gowri.


TELEFILEM: ORE VARTHEY
Jumaat | 5 NOV 2021 | 8 Pagi

Perpisahan antara ibu dan bapa yang memberi impak terhadap anak-anak akibat tidak mendapat kasih sayang dan perhatian sepenuhnya hingga menyebabkan anak-anak memilih hala tuju hidup yang salah.

Pelakon: Kishok, Puspha Narayan, Kaamesha Ravindran, K.Prakash, Irfan Zaini


TELEFILEM: EN INIYA PONNILAVE
Jumaat | 5 NOV 2021 | 3 Petang

Kisah tentang seorang anak gadis bernama Pungguzhali yang berusaha untuk mencari wanita pertama yang dicintai oleh datuknya, Govinthasamy yang juga mempunyai nama yang sama dengannya.

Kebetulan, wanita itu adalah nenek kepada Roshan, rakan sekolah yang selalu membulinya. Pungguzhali berhasrat untuk bekerjasama dengan Roshan untuk menjemput neneknya ke rumah untuk berbual-bual dengan Govinthasamy sempena perayaan Deepavali.

Pelakon: Agho , Hasvitha , Shamini Ramesh.


CEREKA MAAYALAM: KUMBALANGI NIGHTS
Jumaat | 5 NOV 2021 | 9 Malam

Filem cereka ini mengisahkan mengenai empat adik-beradik iaitu Saji, Bonny, Bobby dan Franky yang ditinggalkan oleh ibu mereka setelah ketiadaan bapa mereka.

Empat orang pemuda ini terpaksa meredah pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan seharian mereka. Mereka sentiasa dipandang rendah oleh penduduk di sekeliling mereka. 

Pelakon: Fahadh Faasil, Shane Nigam, Soubin Shahir.


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan