6 Jun 2021

NAIM DANIEL LANCARKAN RAKAMAN SEMULA & REMIX BELIEVERS


BAK kata pepatah popular, muzik adalah bahasa sejagat. JOOX, platform penstriman muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia, membuktikan bahawa muzik memang boleh melangkaui semua sempadan dengan melancarkan inisiatif kolaborasi muzik global.

Kolaborasi hebat ini menyaksikan rakaman semula dan remix eksklusif Believers di JOOX, iaitu single terbaharu oleh Alan Walker, menampilkan artis-artis dan penerbit muzik tempatan dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Hong Kong.

Beberapa bintang muzik Asia popular memulakan kerjasama ini dengan meletakkan gaya tersendiri mereka dalam lagu Believers, kini boleh didengarkan secara eksklusif di JOOX. Bakat muda Malaysia, Naim Daniel turut akan melancarkan versi remix beliau, yang pasti menyuntik keunikan nan tersendiri.

"Bahagian terbaik dari rakaman semula ini adalah kami dibenarkan untuk mengubah lagu ini supaya bersesuaian dengan cita rasa peminat muzik Malaysia di sini. Sebagai contoh, kami menambahkan elemen seruling untuk memberikan nuansa dan suasana Nusantara.

"Saya sangat teruja dengan projek ini kerana ini julung kalinya saya berkolaborasi dengan Alan Walker dan lagu ini begitu dekat dengan saya kerana situasi wabak Covid-19 masa kini.

"Saya bersama dengan semua anak muda di luar sana yang mempunyai banyak harapan dan impian besar dalam hidup perlu menahan diri untuk sementara waktu ini kerana kita semua kini hidup dalam masa yang sangat sukar, dan oleh kerana itu apa yang perlu kita lakukan adalah untuk tetap PERCAYA," kata Naim Daniel. 


Tambahnya lagi, dia gembira dan teruja kerana generasi baru dunia muzik terus berkembang dan maju ke hadapan di mana peminat muzik mempunyai kebebasan untuk memilih jenis muzik dan genre yang mereka gemari.

"JOOX adalah platform yang menyediakan pelbagai genre muzik dari seluruh dunia. Sebagai pengguna JOOX sendiri, saya dapat mengawal sepenuhnya muzik apa yang ingin saya dengarkan.

"Di tengah pandemik Covid-19, muzik masih tetap hidup dan berkembang kerana kita menggunakan bahasa yang sama dalam muzik, " katanya.



Pengguna JOOX juga boleh berseronok dengan cabaran #BelieversonBuzz yang dilancarkan oleh JOOX melalui fitur Buzz yang sangat interaktif.

Pengguna boleh merakamkan video yang mereka inginkan dengan remix ekslusif Believers Alan Walker sebagai muzik latar dan membingkainya dengan pelekat eksklusif Believers kerana video anda berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif yang ditandatangani oleh Alan Walker sendiri.

Penerbit muzik dan artis antarabangsa Alan Walker berkata,

"Saya sangat gembira kerana barisan artis-artis hebat ini bersedia untuk berkolaborasi dalam rakaman semula dan remix Believers.

"Bekerjasama dan menjayakan projek ini bersama dengan mereka adalah sesuatu yang sangat mengujakan, dan saya sangat kagum apabila melihat mereka mempunyai visi dan arah yang berbeza untuk menyampaikan lagu ini.

"Saya sangat terinspirasi oleh bagaimana mereka memasukkan gaya dan citarasa mereka sendiri di lagu ini sehingga menjadikannya sesuatu yang berbeza. Saya harap kami dapat membawakannya secara langsung pada satu hari nanti,".



Poshu Yeung, Senior Vice President of JOOX,

“JOOX sentiasa berusaha untuk menjadikan muzik mudah diakses dan boleh dinikmati semua orang. Untuk julung kalinya, peminat dapat menggabungkan cinta dan sokongan mereka terhadap muzik pop tempatan dan antarabangsa melalui kolaborasi antara artis-artis Asia paling popular dan artis sensasi antarabangsa ternama.

"JOOX membawakan bakat-bakat tempatan dari semua pasarannya untuk berkolaborasi dengan artis antarabangsa di bawah satu projek menarik ini. Kami berharap dapat membawa dan menggalakkan lebih banyak kolaborasi seperti ini di masa hadapan, " ujarnya.


Inginkan muzik dan hiburan tanpa henti? Semua yang anda perlukan ada di JOOX. Alami JOOX dengan berinteraksi bersama idola muzik tempatan dan antarabangsa serta nikmati muzik pilihan anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan memuat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX di  Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website. 


[KREDIT: Joox]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan