11 Apr 2021

RODA PANAS, SELEBRITI POPULAR KONGSI KOLEKSI KENDERAAN PERIBADI


PROGRAM Roda Panas ialah sebuah program infotainment berbentuk majalah terbitan saluran Naura dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. berkaitan tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang terdiri daripada barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air pada setiap episod. 

Selain itu, program Roda Panas juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik penjagaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.

Julung kali diterbitkan, program Roda Panas musim pertama bakal dikemudikan oleh pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan Hero Pujaan Malaya, Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 episod dengan susunan tema berbeza pada setiap minggu.

Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod supercar, superbike, off road vehicle, modifikasi kereta dan motosikal serta banyak lagi.

Penerbitan musim pertama juga turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan tetamu jemputan yang terdiri daripada selebriti popular seperti Datuk AC Mizal, Datuk Awie, Datuk Rosyam Nor, Pekin Ibrahim, Black Hanifah, Achey, Beto Kusyairy serta Wak Doyok.

Manakala personaliti dan usahawan berpengaruh yang turut diundang termasuklah Amirul Rejab, Tinie Sulaiman serta Nabil Rahizad.

Program Roda Panas akan berdurasi selama 30 minit dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9.30 malam mulai 12 April ini secara eksklusif di saluran Naura (109) serta turut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


SINOPSIS EPISOD

Episode 1 (12th April 2021)
Guest: Dato AC Mizal
Episod pertama Roda Panas bersama dengan Datuk AC Mizal dan kereta kesayangan beliau, Porche Carrera 996 911 4S. tema Chemoflauge menjadi pilihan Datuk AC untuk kereta beliau dan pernah memandu mencecah 300km/j dengan 320 horsepower.


Episode 2 (19th April 2021)
Guest : Wak Doyok
Modifikasi luaran dan penjagaan dalaman kereta sangat dititikberatkan oleh Wak Doyok. Ford Mustang 5.0L V8 sangat menarik perhatian sesiapa yang memandang, nampak garang dan kemas. Dimodifikasi kepada model GT500 (Shelby) dan juga horse power 745 daripada standard 600hp. Dalaman yang bertemakan hitam dan meraj serta dihiasi dengan carbon fibre.


Episode 3 (26th April 2021)
Guest: Datuk Awie

Synopsis : Harley Davidson Rod Glide CVO menjadi pilihan Datuk Awie dalam Roda Panas. Spesifikasi enjin 1923cc dan mempunyai 2 silinder enjin. Walaupun tidak banyak yang dimodifikasi, akan tetapi Datuk Awie banyak berkongsi tentang tips dan penjagaan untuk model Harley Davidson, sesuai bagi mereka yang ingin bersantai untuk perjalanan jarak jauh.


Episode 4 (3rd May 2021)
Guest: Amirul Rejab
Nissan Skyline GTR R34 merupakan generasi akhir yang membawa nama Skyline dalam keluarga GTR. Amiru Rejab merupakan seorang usahawan kedai cuci kereta melaburkan sehingga hampir RM300,000.00 untuk modifikasi kereta ini. Nampak gah dengan warna biru yang dicampur khas dengan kod warna pilihan menjadikan kereta ini dapat memikat pandangan. Lampu hadapan sahaja sudah mencecah RM15,000.00, bagaimana pula dengan aksesori yang lain?


Episode 5 (10th May 2021)
Guest : Pekin Ibrahim
Volkswagen Golf R32 MK5, adalah kereta yang dimiliki oleh Pekin Ibrahim dan kereta ini juga sangat limited kerana tidak lebih kurang 10 buah sahaja di Malaysia. Deruman enjin sahaja sudah garang, apatah lagi dengan performance kereta ini. Pekin sangat peka dengan modifikasi sistem dan enjin kerana baginya, untuk modified sesebuah kenderaan perlu ada pengetahuan supaya kereta tidak akan diubah melebihi kemampuan.


Episode 6 (17th May 2021)
Guest: Black Hanifah
Bercuti sambil memandu kenderaan? Kereta bergerak atau dikenali sebagai Caravan yang mempunyai katil, tandas, dapur, meja makan, lengkap seperti sebuah rumah. Kapasiti penumpang sekitar 8 orang dan kereta ini juga mempunyai 2 bateri untuk support kereta dan juga sistem yang lain. Memperuntukkan lebih kurang RM25,000.00 untuk modifikasi supaya lebih selesa membawa keluarga bercuti. Jangan terkejut kerana Caravan ini juga mempunyai sebuah generator 240W.


Episode 7 (24th May 2021)
Guest: Tinie Sulaiman
Lamborghini Huracan dan Nissan GTR R35 dimiliki oleh seorang pengasas kosmetik, Tinie Sulaiman. GTR R35 adalah sebuah kereta 4WD On Demand ATESSA-ETS dan horsepower 545. Manakala Lamborghini Huracan yang bernilai RM1.6 juta ini mempunyai enjin 5.2L V10 FSNA dan berkelajuan 610 horsepower. Terdapat 3 mod pemanduan utama iaitu Mod Road/Street, Mod Sport dan Mod Corsa. Spoiler yang menjadi pilihan pemilik untuk modifikasi ialah spoiler carbon yang bernilai RM20,000.00.


Episode 8 (31st May 2021)
Guest : Achey & Beto Kusyairy
Walaupun keluaran Yama RXZ sudah berakhir tetapi permintaan pada motor ini tetap tinggi malah harganya juga mencecah lebih kurang harga sebuah superbike. Achey dan Beto Kusyairy bersama host review tentang kedua-dua model ini yang mempunyai keistimewaan dan spesifikasi masing-masing.


Episode 9 (7th June 2021)
Guest: Nabil Rahizad
Family car, Toyota Vellfire Modellista dan performance car, Evo 8 yang menjadi highlight dalam episod ini. Toyota Vellfire yang dimodifikasi daripada model 2016 kepada model 2018 Modellista memperuntukkan belanja puluhan ratus ribu ringgit termasuklah modified magic air suspension membolehkan kereta dikawal turun dan naik suspension menggunakan remote dan rim yang digunakan adalah rim Maverick.


Episode 10 (14th June 2021)
Guest: Datuk Rosyam Nor
Datuk Rosyam Nor, nampak garang tetapi beliau adalah seorang yang sangat menjaga kereta. Sebagai bukti BMW E36 beliau walaupun merupakan model tahun 1995 tetapi masih lagi berkilau dan enjin juga berfungsi dengan baik. Dalam episod ini juga beliau berkongsi keretanya model Satria Neo R3 Lotus yang hanya dikeluarkan 25 unit sahaja dia Malaysia.


[KREDIT: Astro]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan