28 Jan 2021

DERETAN TELEFILEM MENARIK MENANTI DI RTM



RADIO Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa berpegang kepada mengekalkan konsep menyiarkan drama yang mengupas isu secara mendalam seperti hubungan keluarga dan permasalahan berlaku dalam kalangan masyarakat setempat.

Malah mesej yang teliti daripada pelbagai aspek juga ditekankan dalam meningkatkan kualiti drama tempatan ke tahap membanggakan.

Pernah disiarkan menerusi saluran TV RTM, lima buah telefilem disenaraikan iaitu Suamiku Yang Tak Perfect, Desir Ombak Di Hati Bonda, Khilaf Terakhir dan Rahsia Kotak antara pilihan terbaik yang dapat ditonton oleh semua menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile.


Suamiku Yang Tak Perfect

Drama komedi kekeluargaan mengisahkan tentang Baharum seorang suami yang tidak romantik tetapi berlainan pula dengan isterinya Ku, seorang isteri yang romantik. Ini menyebabkan Ku selalu merasakan Baharum kurang memberi perhatian kepadanya.

Pelakon: Kazar Saisi, Balkisyh Semundur Khan, Elly Mazlein, Bella Astilah, Ikmal Amry dan Issey Fazlisham. 


Desir Ombak Di Hati Bonda 

Membawa penonton mengikut kisah Man yang terlantar akibat tertusuk cengkerang siput di kakinya telah menyebabkan kehidupan keluarganya bertambah sempit. Anaknya, Aida yang sudah bekerja pula sibuk mahu berkahwin dengan anak orang kaya.

Kehidupan Imah serba kekurangan apabila Man pergi buat selamanya. Imah cuba bangkit dengan semangat anak lelakinya, Ayat. Berjayakah Ayat membantu Imah mengubah kehidupan mereka?

Pelakon: Amyza Aznan, Azri Iskandar, Dayana Roza, Fazli Daniel dan Talha Harith.


Khilaf Terakhir

Mengisahkan perjalanan tentang demi sebuah syurga. Manaf terpaksa melepaskan Salmi dan Syafiq. Jalal pula merancang sesuatu agar tanah rumah yang didiami oleh Salmi dan Syafiq terjual. Namun selepas 20 tahun berlalu, Pak Hassan bersungguh mahukan Manaf mencari Salmi dan Syafiq kembali. Apakah sebenarnya yang berlaku? 

Pelakon: Azhan Rani, Naim Daniel, Marissa Yasmin, Sahronizam Nor, Abu Bakar Omar dan Fanin Halmi


Rahsia Kotak 

Menceritakan kisah watak utama Fikri yang baru tamat pengajian dan berkelulusan doktor telah pulang ke pangkuan keluarga. Namun, kembalinya Fikri amat tidak disenangi oleh Khir. Fikri pula telah menjalinkan hubungan dengan Puteri dan ini telah menambahkan lagi kebencian Khir terhadap Fikri dan keluarganya.

Pelakon: Ashraf Muslim, Reen Rahim, Yus Waisar, Hafizzudin dan Aleeza Shahdan.


Saksikan pilihan telefilem ini menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


[KREDIT: RTM]


Khilaf Terakhir 

Desir Ombak Di Hati Bonda

Suamiku Yang Tak Perfect

Tiada ulasan:

Catat Ulasan