30 Dis 2021

,


MENGAMBIL kira bencana banjir yang melanda negara, acara tradisi kiraan detik-detik terakhir penghabisan tahun 2021 dan ketibaan tahun baharu 2022 pastinya berbeza sekali tahun ini. Justeru dalam membuka lembaran baharu 2022, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tetap menyediakan variasi pilihan program khas untuk seluruh rakyat Malaysia.

Empat program menanti penonton sepanjang tarikh kira detik 2021 manakala enam program lagi menyusul dalam menyemarakkan sambutan tahun baharu permulaan Januari 2022.


Legend Of The Fist: The Return Of Chen 
30.12.2021 | Khamis | 9 Malam 

Sinopsis:
Hakikatnya, Chen Zhen telah meninggalkan China dan menyertai sekumpulan lelaki Cina yang menentang bangsa Jerman di Perancis ketika Perang Dunia Kedua. Tujuh tahun kemudian, Chen kembali ke China dengan menggunakan identiti Qi Tianyuan, salah seorang rakannya yang terkorban di Perancis.


Di Shanghai, Chen Zhen dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya untuk mendampingi bos Kelab Casablanca, Tycoon Liu yang disyaki mempunyai pakatan dengan tentera Jepun. Chen Zhen terpikat dengan Kiki, penyanyi kelab yang bekerja dengan Tycoon Liu.

Sementara itu, Jeneral Jepun, Chikaraishi telah datang ke Shanghai bersama skuad pembunuh rahsia yang menghapuskan golongan yang menentang Tentera Jepun. Dengan menggunakan topeng hitam bagi merahsiakan identitinya, Chen Zhen telah bekerjasama dengan kapten polis Huang untuk melindungi para pejuang daripada pembunuh Jepun. Apakah yang bakal dilakukan oleh Chen Zhen untuk menyelamatkan keadaan. 

Lakonan  Shu Qi, Anthony Wong, dan Huang Bo.


Gig Kolumpo @ KLFM 
30.12.2021 | Khamis | 11 Malam 

Sinopsis: KLFM selangkah ke hadapan dan proaktif merancakkan kembali industri muzik Malaysia dengan penganjuran showcase istimewa ini menampilkan artis-artis popular Malaysia Akim & The Majistret bersempena dengan sambutan 48 tahun KLFM, Rentak Interaktif Kota.


Gig Kolumpo @KLFM yang dirakamkan secara langsung dihadapan penonton di Black Box, Publika Kuala Lumpur dihoskan oleh DJ Zima, DJ Aiman, DJ Diani La Dolce dan DJ Fahim.


Jumanji: Welcome To The Jungle 
31.12.2021 | Jumaat | 8 Malam 

Sinopsis: Empat kanak-kanak sekolah menengah menemui konsol permainan video lama dan ditarik ke dalam persekitaran hutan permainan itu, benar-benar menjadi avatar dewasa yang mereka pilih. Apa yang mereka dapati ialah anda bukan sahaja bermain Jumanji - anda mesti bertahan.

Untuk mengalahkan permainan dan kembali ke dunia nyata, mereka perlu meneruskan pengembaraan paling berbahaya dalam hidup mereka, menemui perkara yang ditinggalkan Alan Parrish 20 tahun lalu dan mengubah cara mereka berfikir tentang diri mereka sendiri - atau mereka akan terperangkap dalam permainan selama-lamanya. 

Pelakon: Dwayne Johnson, Jake Kasdan, Dany Garcia, Hiram Garcia, William Teitler, Matt Tolmach, Ted Field


Padi Reborn 
31.12.2022 | Jumaat | 10.30 Malam

Saksikan kembali rakaman konsert solo kumpulan Padi yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Jun 2018 dengan penampilan istimewa pemain drum wanita berbakat dari Malaysia, Amira Syahira dan juga Aizat Amdan dalam Padi Reborn.


Abstrak UDTV 2021
1.1.2022 | Sabtu | 11.30 Pagi 

Recap rancangan-rancangan yang berjaya diterbitkan tahun 2021, program yang berjaya diterbitkan dengan kekangan penerbitan UDTV serta industri kreatif disebabkan pandemik dan SOP pada waktu kini. Alternatif penerbitan drama menggunakan teknologi baharu juga digunakan sehingga terbitnya A.I Love, forte rancangan dan rancangan-rancangan yang dijanjikan daripada unit drama untuk tahun 2022.


Daddy’s Home 2
1.1.2022 | Sabtu | 1 tengah hari 

Brad Whitaker (Will Ferrell) ialah seorang eksekutif radio yang baik hati yang mahu menjadi bapa tiri terbaik kepada dua anak isterinya (Linda Cardellini). Apabila bekas suaminya, Dusty (Mark Wahlberg), kembali ke bandar, perasaan tidak selamat Brad dengan cepat berkembang menjadi kompleks rendah diri.

Semasa Dusty menunjukkan bakatnya dalam sukan olahraga, pembaikan rumah dan karisma budak jahat, Whitaker mendapati dirinya dalam pertarungan tanpa henti untuk memperjuangkan pesaingnya dan memenangi persetujuan keluarganya.

Pelakon: Will Ferrell, Mark Wahlberg, Mel Gibson, John Lithgow, Linda Cardellini, Alessandra Ambrosio, Scarlett Estevez, Didi Costine, Owen Vaccaro


Konsert Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLFM)
1.1.2022 | Sabtu | 4 Petang 

Sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-48, radio KLfm tampil dengan sebuah konsert bertemakan retro rock, Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLKL). Konsert yang bersiaran selama 2 jam di Black Box, Publika Kuala Lumpur ini dihoskan oleh DJ Zulastree dan DJ Mimie Walla akan disiarkan pada 31 Disember 2021, 11 malam di TV2.

Konsert KLKL menampilkan persembahan hebat daripada empat bintang rock terkenal tanah air iaitu kumpulan Lefthanded, Ella, Muss dan Spider menerusi lagu-lagu malar segar dendangan mereka.



#Memanglayan2021
1.1.2022 | Sabtu | 8 Malam 

Sebuah program khas yang merangkumkan semua program program terbitan Hiburan TV RTM. Program ini akan mempersembahkan program-pogram dari bulan Januari sehingga Disember 2021. Menampilkan pengacara lincah Nana Mahazan sebagai perantara antara linking dan insert program.


KMI….In Person With Haqiem Rusli
1.1.2022 | Sabtu | 9 Malam 

Sebuah program hiburan selama 1 jam 30 minit yang menampilkan artis BBNU terkenal Haqiem Rusli yang mempersembahkan lagu hit dan energetic beserta artis undangan Datin Alyah serta adik Haqiem iaitu Zali Rusli.


The Negotiation
1.1.2022 | Sabtu | 10.30 Malam 

Seorang perunding krisis ace berhadapan dengan seorang pengambil tebusan berdarah dingin. Sepanjang 21 jam, dia cuba memecahkan sikap tenangnya yang luar biasa dan memaksanya mendedahkan motivasinya.

Pelakon: Hyun Bin, Son Ye-jin, Kim Sang-Ho, Kim Sang-Ho, Jang Young-Nam, dan Jang Gwang.


[KREDIT: RTM]







29 Dis 2021

,



[CREDIT: https://www.thestar.com.my/sport/badminton/2021/12/29/liu-ying-to-return-with-new-mixed-doubles-partner-next-year]


MIXED doubles ace Goh Liu Ying may make an eagerly-anticipated return to competition with a new partner in March next year.

All eyes have been on the 32-year-old as Liu Ying has yet to make any announcement pertaining to her playing career following the end of her 13-year partnership with Chan Peng Soon this month.

Peng Soon, 33, has rejoined the national team to pursue his ambition of making his third Olympic Games appearance in Paris 2024.

Yesterday Liu Ying revealed that she’s currently in talks with sponsors as well as having a few candidates in mind to team up and the news should excite her fans.

“There are negotiations going on (with potential sponsors), but I can’t provide any details for now,” said Liu Ying after attending a launching ceremony by the Rev Rehab Malaysia yesterday.

“But I’ll definitely play on, once I have secured the sponsorships.

“Apart from funding, there are a few more matters that need to be ironed out like which tournaments that my new partner and I can compete.

“If all is confirmed, the earliest that I may return to competition will be March.

“I’m not ready to let go of badminton just yet.”


Although Liu Ying did not reveal the name of her future partner, she hinted that she was looking for a fresh start with a new partner.

“Ideally, it will be good to team up with a partner who’s a highly-ranked player as it will help us make the cut for the World Tour events,” explained Liu Ying.

“I’d also prefer a younger partner who can make up for my lack of speed.”

Could these hints be pointing towards the possibility of Liu Ying joining forces with either Ong Yew Sin or Teo Ee Yi, who won the World Championships bronze medal recently.

Although they hardly play in mixed doubles, Yew Sin and Ee Yi, both 26 and 28 respectively, still fit the bill considering they are currently ranked No. 11.

All three players are also backed by the same equipment and apparel sponsor Li-Ning.

Asked if her history of injuries could hinder the new partnership from excelling, Liu Ying insists: “Since I have the freedom to plan my tournament schedule, I believe I can cope just fine.

“Playing a maximum of two back-to-back tournaments should be fine for me.

“Peng Soon and I had little options in the last two years because we were chasing for Olympics ranking points.

“Also, being a top 10 ranked pair, we also had to fulfil the top committed player obligations (which require them to play in certain number of top-tier events).

“The results could have been better if I had the chance to rest and recover well.”

Although they have parted ways, Liu Ying and Peng Soon still find themselves inseparable as they have now teamed up for a new rehab and physiotherapy venture.

Together with fellow Rio Olympics silver medallist Tan Wee Kiong, the trio were unveiled as business partners of Rev Rehab Malaysia in their new outlet at Bangsar Shopping Centre.

Their aim is to make Olympic-standard rehab and physiotherapy services available for the masses.


[CREDIT: https://www.thestar.com.my/sport/badminton/2021/12/29/liu-ying-to-return-with-new-mixed-doubles-partner-next-year]

,


DRAMA
adaptasi novel Derhaka Cinta Jebat karya Cik Tet yang menampilkan gandingan pelakon utama Azlee Khairi sebagai Jebat Zulkarnain dan Elvina Mohamad (Aisyah Humairah) menjadi pilihan drama bersiri pembuka tirai 2022 di Radio Televisyen Malaysia (RTM). 

Mengisi slot Widuri di TV1, drama 26 episod yang turut dibintangi pelakon Ikmal Amry, Jasper Supayah, Faez Nick, Daniel Fong, Ikhwan Rosli, dan Nina Fazurina ini menemui penonton mulai 3 Januari ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6 petang.

Ia mengisahkan plot cerita yang semuanya berpunca kerana rasa dendam, salah faham dan ditambah pula dengan ego yang tinggi melangit, sanggup Jebat Zulkarnain menzalimi Aisyah Humaira isterinya sendiri. Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar.

Tanpa usul periksa teganya Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia berkasihan dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya.

Aisyah benar-benar kecewa. Jebat mendustai cintanya. Dia dinikahi Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu.

Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka.

Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.



[KREDIT: RTM]






28 Dis 2021

,


KOPETRO Catering, salah sebuah anak syarikat kepada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), menyeru kepada keluarga Malaysia untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor melalui program infaq pek makanan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. 

Tidak terhad kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementera, program infaq pek makanan ini juga mensasarkan sumbangan orang ramai turut disalurkan kepada anggota-anggota barisan hadapan seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Bomba yang masih lagi bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

Dengan tempahan minimum sebanyak 20 pek, orang ramai yang berminat untuk membuat infaq boleh memilih dua set menu makanan panas yang mengandungi nasi, lauk-pauk dan air mineral serendah RM7.90 satu pek dan penghantaran ke pusat pemindahan sementara yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor adalah percuma, ihsan daripada KOPETRO Catering.

Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, berkata program infaq pek makanan ini bukan perkhidmatan baharu yang ditawarkan KOPETRO Catering. 

Sejak negara diselubungi pandemik Covid-19 tahun 2020 yang lalu, pihak KOPETRO Catering telahpun membuka peluang kepada masyarakat yang ingin memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui program infaq makanan.

Selain memastikan kelangsungan perniagaan dapat diteruskan tatkala negara berada di bawah perintah kawalan pergerakkan, usaha murni seperti ini memberi peluang kepada masyarakat saling bantu-membantu dengan menggunakan saluran yang betul dan berkesan.

Ahmad Shakir memberitahu bahawa pihaknya amat prihatin dengan bencana banjir yang melanda negara dan berharap inisiatif KOPETRO mengadakan program infaq pek makanan ini dapat membantu mangsa banjir dan barisan hadapan yang terlibat dengan memastikan makanan berkhasiat dapat disalurkan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa berada di pusat permindahan sementara.

Menurut Mohd. Safwan Zulmani, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan & Minuman KOPETRO, selain menawarkan pek makanan panas, KOPETRO Catering turut menyediakan pakej makanan dan minuman untuk majlis kenduri kahwin, majlis keramaian, majlis makan malam syarikat dan terbaharu pakej minuman untuk mesyuarat maya (virtual meeting) yang telah mendapat sambutan hangat sewaktu PKP rancak diperketatkan.

"Sebanyak 200 pek makanan telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di kampung tersebut hasil infaq dari 6 orang individu yang telah membuat tempahan awal.

"Selain makanan panas, KOPETRO Catering turut menawarkan produk sejuk beku sedia untuk dimakan jenama LengQuas keluaran KOPETRO Food," katanya yang ditemui sewaktu penyampaian pek makanan di Kampung Bangi Tambahan, Selangor.

Mula memasuki pasaran tempatan sejak tahun 2019, LengQuas menawarkan 21 hidangan lauk-pauk tradisional, antara yang menjadi pilihan popular adalah Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik dan Daging Masak Hitam, selain makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma dan Nasi Putih Daging Masak Hitam.

Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.

KOPETRO Food turut menawarkan produk makanan sedia untuk dimakan bukan beku, yang diproses dengan teknologi Sistem Dekontaminasi Termal (TDS), tanpa sebarang penggunaan bahan kimia atau bahan pengawet.

Makanan yang melalui proses dekontaminasi kekal segar pada suhu bilik selama sekurang-kurangnya 1 tahun serta kualiti makanan, kesegaran dan rasa terpelihara 100 peratus.

Boleh dinikmati terus tanpa sebarang pemanasan, produk ini amat sesuai untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program infaq pek makanan dan produk-produk LengQuas atau ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 017-9320036 atau layari laman web www.kopetrocatering.com.my untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan KOPETRO Catering.



(KREDIT: KOPETRO)




27 Dis 2021

,


GOH LIU YING,
satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya pada peminat sukan Badminton yang pernah menjadi saksi kehebatannya beraksi di gelanggang dalam acara Beregu Campuran (Mixed Doubles) bersama Chan Peng Soon.

Momen yang paling diingati tentunya aksi hebat mereka ketika berada ke pentas final Olimpik Rio pada 2016, sekali gus membawa pulang pingat Perak buat pertama kalinya dalam acara ini untuk Malaysia.

Luar biasa. Bukan sahaja aksinya, tetapi personaliti dan perjalanan dilalui Liu Ying untuk berada pada tahap itu juga luar biasa.

Bagaimanapun, selepas berakhirnya World Tour Final BWF yang berlangsung di Bali, Indonesia pada minggu lalu, pasangan ini mengumumkan sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing selepas 13 tahun bersama. 

Peng Soon kembali ke pangkuan BAM, manakala Liu Ying belum memberi kata putus tentang perjalanan kerjaya badmintonnya selepas ini sama ada untuk bersara atau sebaliknya.

Jadi kami kumpulkan trivia menarik ini  buat peminat Liu Ying, sekali gus tribute istimewa buat si cantik yang sangat besar jiwa dan perjuangannya.



  • Merupakan anak kelahiran Alor Gajah, Melaka.
  • Lahir pada 30 Mei 1989 dan kini berusia 32 tahun.
  • Bernaung di bawah zodiak Gemini.
  • Tinggi 1.68m dan berat badan 50kg.
  • Mendaftar masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 13 tahun.
  • Merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Dua adiknya lelakinya bernama Goh Qi Hao dan Goh Qi Liang.
  • Berpersonaliti menarik dan sangat disenangi ramai kerana sikap merendah dirinya.
  • Kini dikenali dan lebih mesra dengan panggilan 'Mummy' oleh para peminatnya selepas terlibat dengan siri tournament panjang sepanjang Oktober hingga Disember 2021 bersama rakan-rakan pemain badminton seangkatan daripada team profesional.



  • Bapanya, menjadi sumber inspirasi terpenting dalam hidup Liu Ying yang membawanya pada sukan badminton dan berada pada kedudukan hari ini.
  • Mula memegang raket badminton pada usia lima tahun atas galakan daripada bapanya yang memasang impian untuk melihat di beraksi di pentas Olimpik.
  • Sangat menghargai peminat sehingga Liu Ying menyediakan satu ruang khas untuk menyimpan segala hadiah pemberian peminat sebagai tanda terima kasihnya.
  • Menulis sebuah buku autobiografi tentang perjalanannya jatuh bangunnya sebagai seorang pemain badminton dalam buku berjudul I Just Goh Liu Ying.


  • Debut badminton pertama Liu Ying sebagai pemain kebangsaan pada tahun 2007 menerusi acara Beregu Wanita.
  • Mula dipasangkan dengan Chan Peng Soon sebagai Beregu Campuran pada tahun 2009.
  • Menjalani pembedahan pada kedua belah lututnya pada tahun 2014 selepas mengalami kecederaan serius. Biarpun menjalani pembedahan, semangat Liu Ying tetap kuat untuk berjuang di gelanggang badminton.  Liu Ying berehat daripada bermain badminton selama setahun sebelum kembali pada tahun 2015
  • Dalam tempoh setahun selepas pembedahan, setiap kali selesai perlawanan, Liu Ying perlu mengambil pain killer kerana kedua-dua lututnya akan membengkak selepas bermain.
  • Pada tahun 2017, Liu Ying sekali mengalami kecederaan di bahu kiri dan terpaksa menjalani pembedahan di Jerman. 


  • Merupakan perintis dan bacth pertama pasangan Beregu Campuran di Malaysia yang sebelum ini lebih popular dalam acara Perseorangan Lelaki dan Beregu Lelaki.
  • Memenangi pingat Perak di Sukan Olimpik Rio pada tahun 2016 dalam acara Beregu Campuran bersama Chan Peng Soon. Ia merupakan pingat pertama buat Malaysia dalam acara tersebut di sukan Olimpik.
  • Acara Beregu Campuran mula menarik perhatian ramai, malah nama Liu Ying juga mula meniti di bibir ramai orang.
  • Pada tahun 2019, Liu Ying dan Peng Soon mengambil keputusan untuk keluar daripada BAM dan bergerak sendiri sebagai pemain profesional.
  • Liu Ying menganggap tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebagai pembawa Jalur Gemilang bersama seorang lagi pemain badminton, Lee Zii Jia pada acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 merupakan detik paling manis dan sukar dilupakan sebagai atlet negara.
  • Liu Ying dan Peng Soon terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 biarpun sudah memberikan yang terbaik dalm persembahan mereka.  
  • Setakat ini, Liu Ying sudah beraksi di sukan Olimpik sebanyak tiga kali iaitu di Olimpik London 2012, Olimpik Rio 2016 dan Olimpik Tokyo 2020.
  • Pernah merancang untuk bersara daripada sukan badminton pada tahun 2020, tertapi tertangguh kerana layak ke sukan Olimpik Tokyo 2020.
  • Bukan sahaja mempunyai ramai peminat di Malaysia, tetapi Liu Ying juga mendapat perhatian peminat badminton Indonesia. Setiap kali beraksi di Indonesia, dia menerima sokongan padu peminat badminton di sana (kecuali ketika perlawanan menentang pemain Indonesia).
  • Populariti yang dimiliki Liu Ying di Indonesia membuatkan dia turut menjadi buruan media di sana untuk mendapatkan liputan. Bukan hanya berkaitan kerjayanya sebagai pemain sukan, tetapi juga cerita peribadinya. 


  • Liu Ying dianggap sebagai ikon fesyen dalam kalangan peminat badminton kerana sering tampil dengan gaya dan stail yang tersendiri setiap kali turun ke gelanggang. Biarpun lincah beraksi, tetapi Liu Ying tetap nampak feminin menerusi penampilannya.
  • Jarang berambut pendek kerana mahu menampakkan sesi feminin dirinya sebagaimana diminta bapanya sendiri.
  • Jersi yang dipakai Liu Ying sering menarik perhatian ramai kerana tampil berbeza dengan pemain-pemain badminton wanita lain.


  • Mula aktif dalam bidang modelling untuk mencari penajaan sukan badminton apabila bergerak secara profesional.
  • Pernah mengikuti kelas modelling dan memperoleh sijil khas.
  • Dilantik sebagai duta pelbagai jenama produk dan dijemput dalam pelbagai program sukan di TV. Antaranya Li-Ning, Daikin, Himalaya dan banyak lagi.


  • Selain bergelar pemain badminton profesional, Liu Ying merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai syarikat IT sendiri yang diusahakan bersama adiknya. Liu Ying mengusahakan aplikasi tempahan makanan yang dikenali sebagai Fast Order.
  • Mempunyai perniagaan di bawah label jenamanya sendiri, GLY Store.

  • Ramai yang perasan penguasaan bahasa Melayu Liu Ying semakin baik. Menerusi pemerhatian,  selepas beraksi di Olimpik Rio 2016 Liu Ying pada setiap sesi temubual melibatkan dirinya, memperlihatkan penguasaan bahasa Melayu yang jauh lebih baik dan tidak terlalu pelat seperti mana awal dia dikenali dulu. Malah jauh lebih baik daripada Peng Soon.
  • Sering digosipkan dengan Peng Soon kerana keserasian mereka di gelanggang, sedangkan ramai tidak tahu Peng Soon sudahpun berkahwin dan merupakan bapa kepada empat anak.
  • Liu Ying sebelum ini (ketika usia 19 tahun) pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemain badminton negara yang beraksi dalam acara Regu Lelaki iaitu Ong Jian Guo. Mereka yang sama-sama berasal dari Melaka, bercinta selama lapan tahun sebelum mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada 2017.
  • Dalam satu temu bual program sukan, Liu Ying berkata mahu mencari pasangan atau teman hidup yang bukan daripada sukan badminton.