25 Dis 2020

KAK KEK BARU NAK UP, STOPLAH BEING SO CUTE!



WATAK
 'Kak Kek’ yang dibawakan oleh pelakon jelita Catriona Ross kini kembali dengan naskhah eksklusif Kak Kek Baru Nak Up


Telefilem terbaharu arahan Irwan Abdul Rauf itu bakal bersiaran pada Ahad, 27 Disember 2020, di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124), jam 10 malam. Program berdurasi 120 minit ini juga boleh distrim secara percuma bagi pelanggan Astro di aplikasi Astro GO untuk pilihan lebih fleksibel.


Telefilem ini turut dibintangi Mark Adam, yang menggalas watak Danny, kembar kepada Kak Kek. Dia seorang chef yang juga diberhentikan kerja dek pandemik Covid-19. Danny seorang yang mahir dalam masakan, kelakar dan sering mencari gaduh dengan kembarnya, Kak Kek. Dia juga mempunyai seorang kawan baik iaitu Imran, watak yang dibawakan oleh Yusuf Bahrin. 


Imran merupakan seorang juruterbang muda yang juga diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19, yang mengambil keputusan untuk menjadi seorang penghantar makanan. Imran juga seseorang yang menyimpan minat pada Kak Kek.


Terdahulu, watak Kak Kek muncul di saluran NAURA (109) melalui siri travelog Kak Kek Ke Kelate yang dihoskan oleh Catriona Ross sebagai alter egonya ‘Kak Kek’. Siri ini telahpun bersiaran setiap Selasa, jam 9.30 malam, dan menerima sambutan yang baik dari peminat dengan lebih 142,000 tontonan. 


Kak Kek Baru Nak Up
Bahasa: Melayu
Tarikh Siaran: 27 Disember 2020
Hari: Ahad
Masa: 10 Malam
Saluran: Astro Ria (124) & Ria HD (104)   
Arahan: Irwan Abdul Rauf       
Pelakon: Catriona Ross, Mark Adam, Yusuf Bahrin, Ellyza Azizi


SINOPSIS

Kak Kek Baru Nak Up menceritakan tentang Kathy (Catriona Ross), seorang wanita 30-an berpewatakan moden kacukan Inggeris, Kelantan dan Sabah, yang terpaksa pulang ke rumah pusaka keluarganya kerana telahpun diberhentikan kerja. Demi kelangsungan hidup, dan setelah mendapat inspirasi daripada adiknya, Danny (Mark Adam), Kathy mengambil keputusan untuk menjadi ‘food reviewer’. 

Untuk membina identiti yang unik, Kathy bertukar watak menjadi ‘Kak Kek’ dan membuat ‘review’ menggunakan loghat Kelantan. Videonya telah menjadi tular disebabkan telatahnya serta tudung senget ‘ikonik’ yang menjadi tumpuan ramai. Namun, dia harus berdepan dengan Sofea (Ellyza Azizi), seorang ‘influencer’ yang dengki dengan kejayaannya.










[KREDIT: Astro]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan