31 Dis 2020

,


THE SECOND of two special episodes of the Emmy® winning HBO drama series Euphoria will debut same time as the U.S. on Monday 25 January at 10am exclusively on HBO GO.

The episode will air on HBO that same evening at 11pm. Stream or download the first episode of Euphoria Special and the entire eight-episode first season on HBO GO.

The second special episode directed by Sam Levinson, titled F*ck Anyone Who's Not A Sea Blob, follows Jules (played by Hunter Schafer) over the Christmas holiday as she reflects on the year.

Schafer serves as co-executive producer on the second special episode, which she co-wrote with Euphoria creator Sam Levinson. Both special episodes were produced under Covid-19 guidelines. 

Euphoria received three Primetime Emmy® Awards this year, including Outstanding Lead Actress In A Drama Series (Zendaya), Outstanding Contemporary Makeup (Non-Prosthetic) and Outstanding Original Music and Lyrics.

Euphoria is created and written by Sam Levinson, who also serves as executive producer; executive producers Kevin Turen, Ravi Nandan, Zendaya, Drake, Future the Prince, Hadas Mozes Lichtenstein, Ron Leshem, Daphna Levin, Tmira Yardeni, Mirit Toovi, Yoram Mokady and Gary Lennon; Will Greenfield serves as a co-executive producer. Produced in partnership with A24 and based on the Israeli series of the same name, which was created by Ron Leshem and Daphna Levin, from HOT.


[CREDIT: HBO]

30 Dis 2020

,


SENSORY Wayang Kulit - Traditional Theater Beyond Sight merupakan sebuah projek anjuran pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 3, Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Akademi Seni Budaya Warisan dan Kebangsaan (ASWARA) dibawah subjek Penilaian Tahun Akhir (PeTA).

Projek Wayang Kulit atas talian yang disertai Deskripsi Audio (Penerangan Suara) ini diadakan buat pertama kali di Malaysia dengan inisiatif untuk memperkenalkan seni tradisional Wayang Kulit kepada komuniti berpenglihatan terhad dan buta.

Projek ini merangkumi program seperti Bengkel Sensory Wayang Kulit, Hikayat Storytelling bersama Kaki Seni dan Persembahan Sensory Wayang Kulit .

Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung Wayang Kulit yang terdiri daripada pelbagai watak mitologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Tok Dalang. Cerita yang dimuatkan dalam Wayang Kulit Kelantan adalah berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama.

Patung Wayang Kulit yang dihasilkan untuk bengkel yang telah dijalankan secara atas talian selama dua hari pada 28 Novermber 2020 dan 29 November 2020 agak berbeza dengan penambahan tekstur ke atas patung Wayang Kulit tersebut supaya orang yang berpenglihatan terhad dan buta dapat lebih memahami ciri-ciri patung Wayang Kulit melalui deria sentuhan mereka.

Para peserta didedahkan dengan cara mewarna patung wayang kulit, cara memegang dan cara bermain wayang kulit menjadi Tok Dalang dengan membaca dialog cerita di dalam dialek Kelantan.

Bengkel ini disertai oleh sembilan orang perserta yang mengalami cacat penglihatan serta satu perserta yang mempunyai masalah pembelajaran dari Dialogue In The Dark Malaysia. Bengkel Sensory Wayang kulit ini diteraju oleh Kamarul Baisah yang merupakan Dalang Muda dalam persembahan teater Wayang Kulit Kelantan dan juga merupakan seorang pensyarah di Pusat Seni Tradisional Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Persembahan akhir para perserta dapat ditonton secara atas talian pada 30 Januari 2021 pada pukul 8.30 malam hingga 10.10 malam di platform media sosial di Facebook @sensorywayangkulit dan YouTube.

Sensory Wayang Kulit - Traditional Theater Beyond Sight ini merupakan salah satu usaha untuk mewujudkan sebuah persembahan Wayang Kulit yang dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat termasuklah dari komuniti berpenglihatan terhad dan buta serta dengan harapan agar program-program sebegini menjadi terusan dan penyambung oleh generasi yang akan datang dalam mengangkat kesenian tradisi negara.


[KREDIT: Aswara]








29 Dis 2020

,



TAHUN
2020 dunia terpaksa melalui krisis pandemik Covid-19 yang mengubah pola kehidupan seharian kita.


Dalam kesukaran berdepan dengan wabak ini hakikatnya telah mengajar kita untuk lebih menghargai dan bersyukur seadanya daripada mengharapkan sesuatu yang tidak pasti terutama dalam menghargai masa dan keluarga.

Justeru mukadimah tahun baharu 2021 diwarnai Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan mengajak penonton setia salurannya meluangkan masa berkumpul dengan yang tersayang menonton program di rumah masing-masing.

Siapa kata sambutan tahun baru 2021 tidak boleh disambut dengan meriah? Sambil menonton kita boleh bersembang, berkongsi azam tahun baru, cabaran tahun 2021 dan banyak lagi aktiviti boleh dilakukan bersama-sama.

RTM melalui saluran TV2 tampil dengan beberapa program khas bermula tarikh 31 Disember ini, jam 9.30 malam dengan tayangan filem Tai Chi Zero.

Filem ini mengisahkan tentang di Desa Chen, semua penduduk mahir seni bela diri yang dikenali sebagai Tai Chi Chen. Lu Chan datang ke desa tersebut untuk mempelajarinya, namun penduduk kampung dilarang mengajar Tai Chi Chen kepada orang luar. 

Bagaimanapun apabila Desa Chen cuba dimusnahkan seorang lelaki yang ingin membina jalan kereta api merentasi desa tersebut, penduduk kampung menyedari bahawa mereka mungkin tidak mempunyai pilihan selain menaruh kepercayaan kepada Lu Chan yang mempunyai kekuatan tersembunyi.

Filem aksi ini dibintangi oleh Anglebaby, Jayden Yuan, Stephan Fung, Tony Leung Ka-Fai dan Shu Qi.

Pada 1 Januari 2021, seawal jam 10 pagi, saksikan telemovie berjudul Di Sisi yang telah dinobatkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2019.

Kisahnya tentang Jali bekas peninju hebat yang kematian isteri dan kini hanya mampu berada di kerusi roda mengharapkan bantuan anaknya Udin. Udin seringkali dibuli oleh rakan sebayanya yang lain. Namun sentiasa sabar dan tabah berada di sisi ayahnya meski seringkali dimarahi tanpa sebab.

Drama terbitan Unit Drama TV ini menampilkan pelakon Muhammad Aidil Rafiq, Ruzaidi Rahman, Aman Graseka, Bohari Ibrahim, dan Rosnah Johari. 

Seterusnya berhibur dengan Konsert Wings & Superfriends, jam 2 petang yang menyaksikan gabungan persembahan Kumpulan Wings bersama artis-artis popular seperti Datuk M.Nasir, Datuk Ramli Sarip, Datuk Hattan, Datuk Nash, Datuk Siti Nurhaliza, Ito, Sahara Yaacob, Liza Hanim, Lan Kristal, Haiza, Syamel, Maya Karin, Billa, Kudeen, Uchop dan Aniq. 

Rangkuman semua program terbitan Unit Hiburan RTM sepanjang tahun 2020 program #memanglayan2020, jam 8.30 malam.

Dihoskan oleh Nana Mahazan, program satu jam ini akan mengimbas kembali antara konsert-konsert yang trending, rancangan hiburan sepanjang PKP iaitu Nyanyi Dari Rumah, terbitan klip video, rancangan bual bicara dan pelbagai aksi kru penerbitan di belakang tabir.

Perbezaan karekter dua beranak, Eddy, anak lelaki yang sado dan bapanya, Zainal yang lembut mewarnai plot kisah telemovie Mr. Pavlova disiarkan pada jam 9.30 malam.

Pertembungan sikap keduanya membuatkan anak beranak ini sering tidak sependapat. Tapi ada sesuatu yang membuatkan Eddy mematuhi arahan Zainal iaitu membuat kek pavlova untuk memikat hati seorang gadis bernama Zahra.

Telemovie ini dilakonkan oleh Erry Putra, Abby Nadzri, Datuk Jalaluddin Hasan dan Hairi Safwan.

[KREDIT: RTM]

28 Dis 2020

,




SELESAI sudah pusingan separuh akhir Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) pada hari Ahad yang lepas. Lima pasangan duet telah diumumkan untuk mara ke Lagu Cinta Kita 2 Final yang akan bersiaran secara langsung pada 3 Januari 2021 (Ahad), dari pukul 9.00 hingga 11.30 malam. 

Khareez & Nadeera telah dinobatkan sebagai Pasangan Terbaik dengan menduduki tempat pertama di separuh akhir LCK2 sekaligus melayakkan pasangan ini ke pusingan akhir. Mereka juga memenangi produk Nivea bernilai RM500 pada malam tersebut. 

Turut mara ke Lagu Cinta Kita 2 Final ialah Syafiq & Serra, Kael & Evie, Iss & Mya dan Adly & Darling. Manakala pasangan Hariz & Mafa dan Fariqwan & Mina telah disingkirkan. 

Tirai persembahan dimulakan oleh pasangan hos, Azwan Ali dan Elly Mazlein yang menyanyikan lagu Teringin.

Episod ini menampilkan Fattah Amin dan pelakon utama Gerak Khas The Finale, Erra Fazira  sebagai panel cinta untuk berbual tentang topik ‘Karier & Percintaan’.

Persembahan penutup pula dimeriahkan oleh nyanyian duet Erra Fazira dan Naqiu dengan lagu Kita Insan Biasa. Kumpulan Kpop yang sedang mencipta nama, P1Harmony turut menyerikan episod separuh akhir ini. 

Menampilkan tema ‘Flora Cinta’’, lagu-lagu persembahan daripada para peserta ialah Iss & Mya (Kabut Serangkai Mawar), Hariz & Mafa (Gadis Dan Bunga), Khareez & Nadeera (Kau Mawarku), Syafiq & Serra (Teman), Adly & Darling (When I Was Your Man), Kael & Evie (Seri Langkat) dan Fariqwan & Mina (Kau Bunga Cintaku).

Selain itu, para peserta juga menjayakan segmen khas yang membawakan lagu Kpop daripada BTS dengan lagunya Dynamite oleh peserta lelaki, manakala lagu Ice-Cream nyanyian Blackpink oleh peserta perempuan.

Pemarkahan setiap peserta akan ditentukan dengan 70% markah daripada barisan juri profesional dan 30% daripada jumlah undian online di laman rasmi Lagu Cinta Kita Musim 2 (www.xtra.com.my/lck2). 2 pasangan yang mendapat markah keseluruhan paling rendah akan berhadapan dengan sesi penyingkiran dimana keputusannya terletak pada panel juri cinta iaitu Ajai, Hael Husaini dan Mas Idayu.

Pasangan Iss & Mya tampil sebagai peserta pertama dengan lagu Kabut Serangkai Mawar. Ajai memuji mereka berdua yang mampu menggubahkan sebuah lagu solo kepada nyanyian duet yang menyebabkan dia lebih meminati versi ini. Mas Idayu juga memuji kedua-duanya sangat serasi dan berjaya menunjukkan dinamik dari awal dan pandai mengimbangi persembahan mereka.

Berlainan dengan genre lagu yang disampaikan sebelum ini, Hariz & Mafa mempertaruhkan lagu rancak Gadis Dan Bunga buat pertama kali di pentas LCK2.

Walaupun mereka berdua keluar dari zon selesa dan menyahut cabaran itu tapi nampak ada kekurangan dalam aspek keserasian dalam nyanyian duet itu. Mafa perlu lebih genit supaya dapat menonjolkan keriangan lagu itu. Malah, Hael juga merasakan persembahan yang lepas lebih bagus daripada pusingan separuh akhir. Jadi, mereka telah gagal ke pusingan akhir.

Khareez & Nadeera sekali lagi menonjolkan kekuatan mereka dalam lagu Kau Mawarku. Keserasian yang terdapat dalam kedua-duanya menzahirkan penghayatan lagu yang sungguh indah. Syafiq & Serra makin lama makin serasi dan berjaya menonjolkan kekuatan mereka dalam lagu Teman.

Mas Idayu berkata, dia sangat terhibur dengan persembahan mereka kerana keserasian itu, segala yang telah dirancang berjaya dijalankan dengan baik.

Persembahan Adly & Darling menerusi lagu When I Was Your Man tidak mendapat markah yang tinggi seperti sebelumnya. Seperti yang dikatakan oleh Hael, mereka adalah peserta yang mempunyai keserasian yang baik.

Pemilihan lagu tersebut tidak dapat menggambarkan keserasian kerana kurang sesuai dengan vokal mereka berdua sehingga meletakkan pasangan ini di tangga paling corot bersama dengan Hariz & Mafa dan Fariqwan & Mina. 




Seterusnya, Kael & Evie memberi kejutan dengan genre lagu yang tidak pernah ditampilkan iaitu Seri Langkat. Mas Idayu memuji mereka berdua yang berjaya keluar dari zon selesa walaupun kelihatan sedikit canggung tetapi ia tidak menjejaskan penyampaian lagu tersebut.

Bagi Fariqwan & Mina, mereka bangkit dari kekecewaan apabila Mina mengambil inisiatif untuk mengatasi 'anxiety' yang mungkin akan menjejaskan prestasi mereka. Hael telah memuji keberanian dan kesungguhan mereka kerana berjaya memberikan persembahan yang lebih baik berbanding dengan minggu lepas.

Mas Idayu juga berkata nampak kejujuran mereka menerusi persembahan. Sayangnya, perjalanan mereka di LCK2 berhenti di pusingan separuh akhir.

Lagu Cinta Kita 2 Final bakal menyaksikan kesemua lima pasangan mempersembahkan dua buah lagu dalam 2 pusingan.

Bukan itu sahaja, ketiga-tiga juri iaitu Ajai, Hael dan Mas Idayu juga akan membuat persembahan istimewa nanti.

Nantikan persembahan menarik daripada Dayang Nurfaizah dan Zizi Kirana manakala Rozita Che Wan bakal menyerikan episod akhir sebagai Panel Cinta untuk membincangkan topik 'Percintaan & Jarak Umur' .

Pasangan manakah paling serasi dan adakah bunga-bunga cinta mula mekar? Siapakah bakal bergelar juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000. Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya pada 3 Januari 2021.

Lagu Cinta Kita 2 bersiaran langsung di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam hingga 11.30 malam dan ia juga boleh strim live HD di www.tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial Gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 


[KREDIT: TV3]

27 Dis 2020

,



PENGACARA
dan pelakon Neelofa akhirnya tampil bersuara dan menyangkal segala dakwaan melibatkan dirinya yang hangat menjadi bualan ramai sejak semalam.


Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan Neelofa pada Ahad.


"Berkenaan dengan perkara yang sedang tular semenjak petang sabtu semalam, pelbagai cerita dan andaian yang telah keluar tentang diri saya dan keluarga.


"Berikut adalah penjelasan penuh berkaitan beberapa hal yang banyak dibualkan di media sosial. Saya berharap, semua pihak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan dan seterusnya tidak terus membuat andaian mengenai perkara yang tidak betul tentang diri saya, Haris (PU Hariz) serta keluarga kami.


Antara andaian dan tuduhan yang muncul di media sosial semenjak semalam adalah seperti berikut:

1. Kononnya terkena buatan minyak pengasih

Cerita itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat. Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.

2. Kononnya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris.
Saya menyangkal tuduhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

3. Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan.

Andaian ini juga adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas.


"Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.

"Sementara itu, mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.

Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku.

"Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan.

"Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan. Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teguran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati.

"Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya. Harap perkara ini tidak lagi akan berpanjangan.

"Terakhir, saya perlukan doa-doa anda buat saya. Terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat hargai.


NOOR NEELOFA MOHD NOOR


26 Dis 2020

,



PELAKON Dayana Roza atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, kini selamat bergelar isteri setelah dinikahkan dengan lelaki pilihannya, A'dael Adham Ayahudin, 33, pada jam 9 pagi, Jumaat.

Majlis pernikahan pasangan tersebut dilangsungkan di Masjid Negara dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak berwajib.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin yang diberi dalam bentu gelang tangan bernilai RM2000 beserta tujuh dulang hantaran berbaslas sembilan. Sementara wang hantaran pula dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pasangan ini telah berkenalan selama enam tahun dan mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos lalu.

Tahniah dan selamat pengantin baharu!






 

25 Dis 2020

,



WATAK
 'Kak Kek’ yang dibawakan oleh pelakon jelita Catriona Ross kini kembali dengan naskhah eksklusif Kak Kek Baru Nak Up


Telefilem terbaharu arahan Irwan Abdul Rauf itu bakal bersiaran pada Ahad, 27 Disember 2020, di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124), jam 10 malam. Program berdurasi 120 minit ini juga boleh distrim secara percuma bagi pelanggan Astro di aplikasi Astro GO untuk pilihan lebih fleksibel.


Telefilem ini turut dibintangi Mark Adam, yang menggalas watak Danny, kembar kepada Kak Kek. Dia seorang chef yang juga diberhentikan kerja dek pandemik Covid-19. Danny seorang yang mahir dalam masakan, kelakar dan sering mencari gaduh dengan kembarnya, Kak Kek. Dia juga mempunyai seorang kawan baik iaitu Imran, watak yang dibawakan oleh Yusuf Bahrin. 


Imran merupakan seorang juruterbang muda yang juga diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19, yang mengambil keputusan untuk menjadi seorang penghantar makanan. Imran juga seseorang yang menyimpan minat pada Kak Kek.


Terdahulu, watak Kak Kek muncul di saluran NAURA (109) melalui siri travelog Kak Kek Ke Kelate yang dihoskan oleh Catriona Ross sebagai alter egonya ‘Kak Kek’. Siri ini telahpun bersiaran setiap Selasa, jam 9.30 malam, dan menerima sambutan yang baik dari peminat dengan lebih 142,000 tontonan. 


Kak Kek Baru Nak Up
Bahasa: Melayu
Tarikh Siaran: 27 Disember 2020
Hari: Ahad
Masa: 10 Malam
Saluran: Astro Ria (124) & Ria HD (104)   
Arahan: Irwan Abdul Rauf       
Pelakon: Catriona Ross, Mark Adam, Yusuf Bahrin, Ellyza Azizi


SINOPSIS

Kak Kek Baru Nak Up menceritakan tentang Kathy (Catriona Ross), seorang wanita 30-an berpewatakan moden kacukan Inggeris, Kelantan dan Sabah, yang terpaksa pulang ke rumah pusaka keluarganya kerana telahpun diberhentikan kerja. Demi kelangsungan hidup, dan setelah mendapat inspirasi daripada adiknya, Danny (Mark Adam), Kathy mengambil keputusan untuk menjadi ‘food reviewer’. 

Untuk membina identiti yang unik, Kathy bertukar watak menjadi ‘Kak Kek’ dan membuat ‘review’ menggunakan loghat Kelantan. Videonya telah menjadi tular disebabkan telatahnya serta tudung senget ‘ikonik’ yang menjadi tumpuan ramai. Namun, dia harus berdepan dengan Sofea (Ellyza Azizi), seorang ‘influencer’ yang dengki dengan kejayaannya.










[KREDIT: Astro]

24 Dis 2020

,



PENONTON
dan peminat filem komedi seram sering disajikan dengan pelbagai jenis hantu. Muncul dengan kelainan, Astro Shaw persembahkan hantu yang kelakar, suka pamerkan aksi comel dan mampu berinteraksi dengan manusia.

Gelagat lucu tersebut boleh di tonton menerusi filem terbaru terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Alpha47 Films, iaitu Saka Nan Sepi yang akan menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First mulai 10 Disember lalu.

Filem komedi seram ini telah mendapat sentuhan oleh pengarah Razaisyam Rashid dan Azri Azman. Jika sebelum ini Razaisyam Rashid mengarahkan filem seram dengan elemen yang lebih serius iaitu Pusaka, tetapi kali ini beliau tonjolkan kebolehanya dengan mengarahkan filem komedi seram dengan menyuntik elemen lucu terutamanya kepada hantu itu sendiri.

Sarat dengan unsur komedi dan nilai kekeluargaan, penonton pasti dapat merasainya menerusi lakonan mantap yang dijayakan oleh barisan pelakon terkenal tanah air seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sherry Al Hadad, Namron, Ayie Hushairi Husain dan Han Zalini. Ini juga menjadikan kemunculan semula buat Syafiq Kyle dan Mimi Lana di dalam filem selepas filem terakhir meraka, Pusaka pada tahun 2019.

Jika kebiasaanya, kehadiran hantu pasti mengundang rasa takut dan menyeramkan tetapi bezanya Saka Nan Sepi memperlihatkan hantu yang takut kepada manusia. Ia dapat disaksikan menerusi watak Girlboy Saka yang merupakan hantu yang kelakar, takutkan manusia dan kucing, rajin membantu serta pendengar yang baik.

Manakala pelakon lain seperti Namron membawa watak seorang bapa yang romantik dan kelam kabut, Sherry AL Hadad jayakan watak seorang isteri baru kepada ayah bekas rakan sekelasnya tetapi kehadirannya tidak diterima oleh anak-anak tirinya, manakala, Syafiq Kyle membawa watak seorang anak lelaki yang penakut dan banyak habiskan masa bermain game, Mimi Lana dengan watak anak perempuan yang sentiasa dengan dunianya sendiri.


Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Astro Shaw terbitkan sebuah lagi filem yang diterbitkan eksklusif untuk tayangan di Astro First bagi memenuhi kehendak peminat filem seram dan komedi.

"Kami terbitkan Saka Nan Sepi dan ia menampilkan gandingan pelakon-pelakon berbekat besar dan garapan pengarah hebat. Penonton dapat saksikan kemunculan semula ‘Gandingan Serasi Filem Popular’, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 melalui filem Pusaka, iaitu Syafiq Kyle dan Mimi Lana.

"Malah, Syafiq Kyle, Namron, Mimi Lana dan Sherry Al Hadad juga turut tonjolkan sisi berbezanya dengan watak humor.

"Menariknya, tidak seperti filem seram komedi yang lain di mana kebiasaanya akan tonjolkan hantu yang menyeramkan, tetapi Saka Nan Sepi tampilkan hantu yang berbeza yang mana kami merasakan keadaan fizikal dan perwatakannya boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat.

"Memandangkan filem ini bakal ditayangkan di pawagam rumah anda, jadi hantu dan jalan ceritanya yang lebih santai amat bersesuaian dengan tontonan seisi keluarga.

"Kami harap filem ini bukan sahaja mampu memberi hiburan semata-mata kepada penonton Astro tetapi turut menyampaikan mesej tersirat yang boleh di ambil sebagai pengajaran,” katanya.

Saksikan filem Saka Nan Sepi yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480.

Anda juga boleh strim Saka Nan Sepi di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.


SINOPSIS

Keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.

Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan.

Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti. Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu.

Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy.

 

[KREDIT: Astro Shaw]

23 Dis 2020

,



PROGRAM Tanya Doktor ialah sebuah rancangan bual bicara khusus mengenai kesihatan terbitan Astro Prima.


Kembali dengan pengisian lebih segar dan interaktif untuk musim kelima, program Tanya Doktor bakal mengetengahkan pelbagai topik perkongsian menarik merangkumi kupasan komprehensif mengenai isu-isu semasa berkaitan kesihatan. 


Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, hos dan panel doktor juga akan berinteraksi dengan penonton di studio dan media sosial untuk saling bertukar tips, pengalaman serta pandangan yang membina. Lebih menyeronokkan, sesi aktiviti kecergasan dan senaman ringan juga turut diadakan di segmen terakhir  untuk dimanfaatkan bersama.


Selebriti popular Lisa Surihani masih lagi dikekalkan dan diberi mandat untuk mengendalikan program ini selaku hos bersama seorang lagi doktor residen iaitu Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say. 


Untuk musim ini juga, program Tanya Doktor turut menampilkan barisan panel doktor pakar daripada pelbagai bidang pengkhususan yang berlainan iaitu Dr. Ahmad Rostam Md Zin (Pakar Psikiatri Hospital Putrajaya), Dr. Liyana Dhamirah (Pakar Estetik) dan Dr. Lim Ing Kien (Pakar Dermatologi Estetik).


Rangkaian program Tanya Doktor akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘on demand’untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Program Tanya Doktor akan berdurasi selama 60 minit menerusi paparan 10 buah episod secara eksklusif pada setiap hari Rabu, jam 9 malam mulai 16 Disember ini.


Manakala klip kupasan pendapat berkaitan kesihatan dapat ditonton melalui kapsul ‘Fakta Mitos Tanya Doktor’ pada setiap hari Isnin, jam 7 malam bermula 14 Disember ini.


Kapsul ‘Demo Medik Tanya Doktor’ yang menampilkan klip sedutan sesi demonstrasi yang berkaitan dengan topik kesihatan pula akan bersiaran pada setiap hari Selasa, jam 7 malam mulai 15 Disember ini.


Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, pihaknya amat gembira dengan penerimaan positif terhadap program Tanya Doktor yang merupakan platform utama dalam menyalurkan maklumat mengenai kesihatan.

"Sungguhpun inpati program ini jauh lebih serius berbanding program hiburan lain terbitan Astro, namun sambutan yang diterima membuktikan bahawa program sebegini juga relevan dan mampu menarik minat para penonton sehingga mendorong kami untuk meneruskan penerbitan Tanya Doktor untuk musim yang kelima.

"Senario ini mencerminkan perubahan sikap dan tahap kesedaran masyarakat yang kini lebih peka dan proaktif dalam usaha untuk mengambil berat mengenai kepentingan kesihatan dan risiko penyakit berbahaya.

"Masih mengekalkan format asal dengan pelbagai suntikan pembaharuan sebagai kelainan untuk mendekati penonton, Tanya Doktor musim terbaharu turut mengundang panel pakar perunding untuk memberi pandangan mengenai topik perbincangan berdasarkan tema mingguan.

"Pakar-pakar ini juga akan membuat eksperimen dan demonstrasi secara santai agar penonton dapat memahami topik tersebut dengan lebih mudah. Selain itu, tetamu profil kes juga akan dijemput untuk berkongsi tentang masalah kesihatan yang dihadapi. Bukan itu sahaja, para penonton juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ilmu, tips kesedaran dan langkah pencegahan serta amalan gaya hidup sihat.

"Sempena Kempen Kesedaran Kanser Prostat yang dilancarkan sekitar bulan November lalu, kami juga cukup berbesar hati di atas persetujuan Dato’ Sri Nazir Razak yang sudi hadir sebagai tetamu undangan istimewa sebagai pembukaan untuk episod pertama bagi berkongsi pengalaman peribadi beliau sebagai seorang ‘survivor’ yang pernah berjuang melawan kanser prostat tidak lama dahulu.

"Semoga perkongsian yang diberi dalam setiap topik perbincangan menerusi program Tanya Doktor musim ini dapat memberi manfaat kepada semua yang menonton. Semoga terhibur,” katanya. 


TRIVIA MENGENAI PROGRAM ‘TANYA DOKTOR'

1. Topik perbincangan program bual bicara ‘Tanya Doktor’ musim kelima adalah bertemakan tentang penyakit kritikal, kesihatan mental serta kecantikan. Setiap panel doktor yang diundang khas untuk menjayakan musim ini merupakan pakar perunding dalam bidang pengkhususan yang berkaitan dengan pilihan topik mingguan.


2. Selain kupasan dan penjelasan daripada sudut perubatan, program ini juga turut membincangkan mengenai gaya hidup masyarakat moden yang menjadi antara faktor utama masalah kesihatan. 


3. Antara topik kupasan menarik yang akan dibawakan menerusi program ini termasuklah perbincangan mengenai kanser prostat, rawatan dialisis, masalah kesihatan berkaitan saraf seperti sindrom ‘Carpal Tunnel’, kecelaruan personaliti, kebimbangan kronik melampau, gangguan obsesif kompulsif, halusinasi, gangguan tingkah laku pemakanan seperti anoreksia dan bulimia, ketagihan suplemen, amalan diet yang keterlaluan serta banyak lagi.


[KREDIT: Astro prima]

22 Dis 2020

,



RADIO Televisyen Malaysia (RTM) dipilih sebagai penyiar rasmi Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) yang bakal disiarkan secara langsung pada 27 Disember ini, pukul 9 malam menerusi saluran TV1.

Sembilan kategori dipertandingan iaitu Lagu Nasyid Terbaik, Lirik Nasyid Terbaik, Susunan Muzik Nasyid Terbaik, Vokal Nasyid Terbaik, Rakaman Lagu Nasyid Terbaik, Video Muzik Nasyid Terbaik, Artis Nasyid Pilihan, Artis Nasyid Baru Pilihan dan Artis Nasyid Nusantara Pilihan. 

Manakala dua lagi kategori iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Khalifah pula adalah anugerah khas yang dikhususkan kepada individu atau kumpulan yang telah memperolehi pencapaian tertinggi yang dinilai oleh panel khas yang dilantik Jawatankuasa Penganjur ANAM 2020.

Artis terkenal Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers dan Inteam memberikan persembahan istimewa untuk peminat. Begitu juga penampilan nyanyian daripada Dato’ Jamal Abdillah, Naim Daniel, Khai Bahar, dan Colour of Voices turut menghiburkan penonton. Manakala selebriti yang bakal tampil di pentas ANAM 2020 sebagai penyampai anugerah pula adalah Altimet, Dato’ Nash, Along Exist dan IM Ashraf.

ANAM 2020 menampilkan pengacara popular Farah Fauzana bersama artis nasyid terkenal Hafiz Hamidun yang mana gandingan mereka berpengalaman luas dalam bidang pengacaraan dan pengetahuan mendalam dalam bidang nasyid tanah air.  

Malam pengiktirafan dan penghormatan tertinggi bagi penggiat industri nasyid ini menyaksikan buat julung kalinya anugerah nasyid dapat disampaikan dengan penuh berprestij dengan penglibatan dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). 

Acara bersejarah dianjurkan oleh Munsyid Malaysia ini turut mendapat sokongan daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Taqwa-MAIWP dan Pusat Pengutan Zakat – (MAIWP) sebagai rakan strategik ANAM 2020.

Saksikan siaran langsung Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) menerusi saluran TV1.


[KREDIT: RTM]

21 Dis 2020

,


MENJADI keutamaan bagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk memberikan program terbaik terutama pada hari sambutan perayaan yang disambut saban tahun. Tidak terkecuali sambutan perayaan Hari Krismas atau Hari Natal yang diraikan seluruh penganut agama Kristian. 

RTM menerusi saluran TV2 mengajak penonton mengira detik sambutan Hari Natal tahun ini dengan siaran program khas Muzikal A Wonderful X Mas pada 24 Disember ini, pukul 11.30 malam. 

Berhibur dengan muzikal yang menampilkan artis-artis tempatan dengan lagu-lagu mempesonakan dengan hos Micheal Xavier dan Cheryl Ong. 



Diikuti program Underneath Christmas Tree, pukul 10.30 pagi istimewanya kerana menampilkan lagu-lagu terkini dan malar segar daripada artis terkemuka tanah air. Berdurasi 90 minit dihoskan oleh BK dan Doria Rachel Jolly. 




Melalui program khas ini penonton dapat mengikuti Program Khidmat Masyarakat (CSR) yang dilakukan oleh stesen radio berbahasa Inggeris RTM, TRAXXfm yang turun padang membantu golongan yang memerlukan. Artis yang membuat persembahan Jaclyn Victor, Vince Chong, Reshma, Yuveena, Suki Low dan Nashrin.

Hari sama turut disiarkan Joyful December, pukul 3.30 petang yang berlangsung di A Famosa, Melaka. Saksikan barisan artis hebat Jaclyn Victor, Zizi Kirana, Dr Soo Vincci, Shantish, Jay Jay, Resh, Russel Curtis, Ferona (Bintang RTM) menyampaikan lagu-lagu popular bersesuaian tema sambutan Hari Natal. Ia turut menggandingkan tiga pengacara Awal Ashaari, Thanuja Ananthan dan Elspeth Dines (TRAXXfm).

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


[KREDIT: RTM]

20 Dis 2020

,



PELAKON Kamal Adli membuat kejutan istimewa buat kekasihnya, Uqasha Senrose dengan melamar heroin Perempuan Tanpa Dosa itu di Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), pada Ahad.


Kamal 34, berbuat demikian selepas melunaskan tanggungjawabnya sebagai penyampai anugerah bersama Uqasha, sebelum melutut dan memberikan cincin lamaran itu dengan bersaksikan penonton di PICC dan di rumah yang menyaksikan siaran langsung itu.  

"Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?," ucap Kamal.

"Awak ni sedang 'promote' drama baharu kita ke?" balas Uqasha yang terkejut dengan lamaran berkenaan.


Kamal kemudiannya mengulang kembali lamaran tersebut sebelum dijawab 'yes' oleh Uqasha beserta sorakan  daripada penonton yang menyaksikan momen istimewa itu.


Terdahulu, Kamal dan Uqasha, 28, mula digosipkan mempunyai hubungan istimewa selepas membintangi drama arahan Michael Ang, Setelah Terlafaznya Akad pada tahun lalu.


Hubungan itu terus diperkatakan apabila mereka sekali lagi digandingkan dalam drama Perempuan Tanpa Dosa, juga arahan Michael Ang yang trending baru-baru ini.


Lebih menguatkan lagi spekulasi hubungan cinta mereka apabila Michael tanpa sengaja mendedahkan pasangan itu telah menghadiri kursus perkahwinan ketika dalam penggambaran drama terbabit.


Apapun, tahniah Kamal dan Uqasha. Semoga dipemermudahkan urusan ke jinjang pelamin.

16 Dis 2020

,



PROGRAM
muzik misteri, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan bakal kembali untuk musim yang keempat pada tahun 2021.


Penangan hebat ICSYVMY telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menunjukkan bakat dan sama-sama menghiburkan penonton dengan gaya tersendiri!

ICSYVMY Musim 3 yang telah bersiaran untuk 21 episod pernah mencecah 5.5 juta penonton, mencatatkan kadar tontonan TV secara purata pada 3.1 juta penonton serta mengumpul 55 juta tontonan digital pada keseluruhannya.

Penyertaan ICSYVMY4 kali ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas. Tidak kira anda seorang penyanyi atau penyamar, anda dialu-alukan untuk menyertai program ini dengan menghantar rakaman video ke www.xtra.com.my/icsyvmy  dari 14 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di www.xtra.com.my/icsyvmy dan mengisi borang dengan lengkap. Muat naik video uji bakat di dalam borang penyertaan itu. Video nyanyian harus dirakam secara acapella, tiada iringan muzik dan tanpa ‘minus one’. Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak produksi.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.



[KREDIT: TV3]

14 Dis 2020

,


TIDAK perlu berbelanja besar untuk menikmati percutian indah hingga ke luar negara. Dalam Malaysia sahaja anda boleh merealisasikan hasrat tersebut. Caranya luangkan masa untuk menyaksikan program Penginapan Unik sedang bersiaran setiap Jumaat, jam 10 malam di TV1. 

Anda akan berpeluang menyaksikan 13 lokasi istimewa berbeza dalam negara termasuklah destinasi indah hingga ke Sabah dan Sarawak. Setiap lokasi pastinya mampu memberikan memori berbeza dan membuatkan percutian anda bertambah unik. Pada masa sama hos akan melakukan aktiviti yang ditawarkan untuk dicuba di situ.

Bersama hos Ellyas Abdullah, episod pertama mengajak anda menyaksikan keunikan penginapan Mongolian Yurt Wind Paradise di Kundasang, Sabah serta aktiviti yang ditawarkan. Sesiapa yang ingin merasai pengalaman berbeza menginap dalam khemah Mongolia, tak perlu pergi jauh sampai ke Mongolia kerana ianya ada di Kundasang, Sabah. 

Seterusnya program ini berkongsi keunikan dan keindahan lokasi percutian yang sesuai bagi pencinta alam semulajadi iaitu Bamboo Village, Hulu Langat, Selangor. Lokasi ini pastinya sesuai bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan lari daripada kesibukan kota.

Bamboo Village juga adalah pilihan yang tepat bagi penduduk yang tinggal di ibu kota, kerana ia merupakan sebuah rumah penginapan atau resort yang terletak berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur.

Ikuti juga episod berada di Terrapuri Heritage Village, Kg. Mangkok Setiu, Terengganu serta aktiviti yang ditawarkan. merupakan sebuah pusat peranginan yang menempatkan bilik-bilik yang berkonsepkan tradisional dengan menjanjikan pengalaman bertaraf 5 bintang.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh diaturkan bersama pihak Terrapuri yang akan memberikan 1001 perasaan di hati anda. 

Berkonsepkan The First Pop Up Beach Resort di Malaysia, penonton berpeluang mengikuti aktiviti dilakukan hos ketika mengunjungi Cabana Retreat yang terletak di sepanjang pantai Rampayan, Kota Belud. Ia adalah lokasi yang ideal untuk bersantai dan berehat.

Episod seterusnya penonton dapat merasai suasana semulajadi rumah pokok yang berada di kawasan ladang yang terletak jauh di Terra Tree House, Cameron Highlands, Pahang serta aktiviti yang ditawarkan di situ. 

Ikuti juga beberapa lokasi lain antaranya Lamin Dana Heritage Lodge, Mukah Sarawak, Time Capsule Retreat, Sungai Lembing, Pahang dan Tagal Luanti Homestay, Ranau, Sabah.


[KREDIT: RTM]









13 Dis 2020

,


YOU have followed the powerful yet pernicious ring that rules them all from The Shire to Modor. Now, another ring is embarking on an adventure of its own in WarnerMedia’s first HBO Asia original romantic comedy Adventure of the Ring, which premieres with two episodes on Sunday, 13 December at 9pm exclusively on HBO GO and HBO (Astro Ch 411 HD).

The eight-episode series will premiere with one new episode every Sunday at the same time. Watch the official trailer here.

Based on mathematician and author Lai I-Wei’s romance novel Ring of the Day, Adventure of the Ring tells the stories of different couples who come in contact with an engagement ring.

Starring Chris Wang as Yi-Zhi, a baseball-loving actuary, and Allison Lin as Lisa, his free-spirited flight attendant girlfriend, the adventure begins on the morning of Yi-Zhi’s meticulously planned proposal when he misplaces the ring on the train.

While the search for the ring continues, Yi-Zhi and Lisa re-examine their future and what love means to them as the ring travels through the hands of other couples.

Helmed by Nelson Yeh and directed by Golden Bell nominated director, Kitamura Tayoharu, the series also stars Denny Huang, Sun Ke-Fang, Lung Shao-Hua, Wang Chuan, Helena Hsu, Liang Cheng-Chun, Wang You-Chian, Erek Lin, Vicky Huang, Bamboo Chen, Janet Hsieh, Huang Shang-Ho.

HBO Asia original series Adventure of the Ring is produced by KBRO Media’s Good Image Co., Ltd with the support of Taiwan Ministry of Culture (Bureau of Audiovisual and Music Industry Development) as well as Taipei Film Commission.

Stream and download Adventure of the Ring on HBO GO via from 13 December. Download the app at App Store or Play Store and get a 7-day free trial. Access HBO GO via Astro or at https://www.hbogoasia.com/.

HBO GO is now available on Android TV, Apple TV, LG TV and Samsung Smart TV - and comes with AirPlay and Google Cast functionality.


[CREDIT: HBO]

12 Dis 2020

,


CARTOON Network is introducing Gumball’s Amazing Party Game – a brand-new, same-room, multiplayer experience app for kids and their families, encouraging them to come together and have fun over the holidays using a shared tablet or smartphone.

Pick one of the residents of Elmore as your character, roll the virtual dice and compete to prove who is the best! In this unique mobile app, families get together to play fast-paced mini games across a variety of boards – Elmore, The Void, Haunted House and the Rainbow Factory – each with their own rules and play style.

The game can be enjoyed by up to four people at once, or as a single player against AI opponents. Each player is assigned a corner of the board and is encouraged to master various mini game challenges to advance to victory.

You can choose one of the eight fan-favourite characters from The Amazing World of Gumball, including Gumball, Darwin, Anais, Nicole, Richard, Penny, Carrie and Tobias. The app comes with the first game board, set in the Haunted House, available for free and aficionados can go on to unlock and enjoy three additional boards via a small in-app purchase. Each board is set in a 3D environment with its own lighting, animation, special effects and music.

Gumball’s Amazing Party Game is free and available to download now from the App Store and on Google Play.

[CREDIT: Cartoon Network]




















11 Dis 2020

,


THE DC origin series Pennyworth returns for a second season, same day as the U.S. on 14 December at 9pm exclusively on Warner TV (Astro Ch 712 HD / UnifiTV Ch 451). New episodes air every Monday at 9pm on Warner TV.

Pennyworth follows Alfred Pennyworth (Jack Bannon – The Imitation Game), a former British SAS soldier in his 20s, who forms a security company in 1960s London and goes to work with young billionaire Thomas Wayne (Ben Aldridge – Our Girl, Reign, Fleabag), who has not yet become Bruce Wayne’s father.

In addition to Bannon and Aldridge, Pennyworth stars Emma Paetz (Gentleman Jack), Hainsley Lloyd Bennett (Eastenders), Ryan Fletcher (Outlander), Dorothy Atkinson (Hanna, Harlots, Call the Midwife), Ian Puleston-Davies (Tin Star, Marcella), Ramon Tikaram (Brassic, The Victim), Edward Hogg (Taboo, Harlots, White Lightning), Harriet Slater, Jessye Romeo (Curfew, In the Long Run), Paloma Faith (The Imaginarium of Doctor Parnassus) and Jason Flemyng (The Curious Case of Benjamin Button).

James Purefoy (The Following, Altered Carbon) also stars as a special guest.

A year after the explosive events of last season, England finds itself embroiled in a devastating civil war, with the powerful, neo-fascist Raven Union, led by Lord Harwood threatening to control the entire country.  North London remains one of the few resistance holdouts remaining. It is here in the West End Neutral Zone, that we find Alfred Pennyworth.

After years in the British Army, his training with the SAS has taught him to be a cynical optimist – expecting the worst but knowing that he can handle it. 

Now running The Delaney, a black-market Soho club that welcomes everyone, regardless of their politics, Alfred, with his SAS mates, “Bazza” and “Daveboy,” is now in search of a way out – before London, and his country, burns itself to the ground.  And he has got his eye on America. 

Based on DC characters created by Bob Kane with Bill Finger, the 10-episode drama series from Warner Bros. Television is executive produced by Bruno Heller (Gotham, The Mentalist, Rome), Danny Cannon (Gotham, CSI series) and Matthew Patnick (The Night Manager, Peaky Blinders).  


[CREDIT: WARNER TV]

10 Dis 2020

,


MUZIKAL Lawak Superstar (MLS) program realiti muzikal komedi Astro Warna kini kembali untuk musim kedua!

Program yang sarat dengan gelak tawa ini bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara eksklusif di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) pada setiap Jumaat, jam 9 malam mulai 18 Disember 2020.

Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh disaksikan di mana sahaja menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di on demand, serta juga boleh dinikmati menerusi platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

MLS menggandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak dan selebriti dari pelbagai cabang industri hiburan termasuklah pelakon, penyanyi dan personaliti popular. Program yang bakal bersiaran selama 12 minggu berturut-turut ini akan dikemudikan oleh dua nama sensasi dalam industri, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Lebih menarik lagi, lagenda rock tanah air, Dato’ Awie kembali menyarung jersi juri tetap, dan kini ditemani pelakon jelita, Fazura dan hero Melayu kegilaan ramai, Zul Ariffin! Bertindak sebagai Pengarah Muzik pula adalah komposer dan pemain gitar yang begitu disegani ramai, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih mesra disapa dengan Shah Slam.

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, Penganjuran Muzikal Lawak Superstar untuk musim kedua ini adalah satu kebanggaan buat Astro.

"Dengan kejayaan MLS musim pertama tahun lalu serta penganjuran The Masked Singer Malaysia yang melabuhkan tirainya baru-baru ini, kami melihat perkembangan yang memberangsangkan terhadap genre komedi muzikal. 

"Ini menjadi dorongan untuk kami selaku peneraju kandungan komedi utama tanah air terus menghasilkan konten yang lebih segar, lagi berkualiti demi menepati kehendak audiens. 

"Dengan penglibatan nama-nama ‘heavyweight’ atau besar seperti Datuk Awie, Fazura, Zul Ariffin, Shah Slam, Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan ramai lagi, besar harapan kami musim terbaharu ini bakal mendapat sambutan seterusnya mencatatkan penanda arasnya yang tersendiri, sekaligus mengukuhkan lagi jenama MLS ini sebagai program utama industri hiburan. Semoga terhibur, dan jangan lupa untuk mengundi kumpulan kegemaran anda di laman web rasmi kami!” katanya.


TRIVIA MENARIK MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2

MLS musim kedua mengekalkan format ‘2 pelawak + 1 selebriti’ bagi setiap kumpulan. Antara selebriti yang terlibat pada musim ini adalah Fakhrul UNIC, Khir Rahman, Syura, Keena Mentor, Cik B, Azmi Caliph Buskers, Johan Asaari, Ezlynn, Roy Azman, Zahid AF, Mark Adam, Lan Solo dan Fiza Thomas.

Setiap minggu, kesemua kumpulan akan diberikan 3-5 minit untuk melakukan persembahan sketsa komedi muzikal berdasarkan tema lokasi yang ditugaskan, seperti alam fantasi, majlis keramaian, institusi pendidikan, mercu tanda ikonik, negeri-negeri di Malaysia dan sebagainya.

Selari dengan tagline ‘Dalam Komedi Ada Nyanyi’, pemberian markah ditentukan menerusi tahap kreativiti sketsa komedi, kreativiti lirik serta dialog, lakonan dan persembahan pentas serta nyanyian yang dipersembahkan. Konsep ‘star’ juga akan digunapakai sebagai salah satu cara pengiraan markah, dan pemberian ‘star’ ini adalah eksklusif untuk Datuk Awie, Fazura, dan Zul Ariffin sahaja selaku juri tetap.

Peminat bagi setiap kumpulan juga berpeluang menentukan nasib artis pujaan mereka kerana markah bagi peserta adalah dibahagikan 50-50 antara juri tetap dan audiens. Saluran undian dibuka sepanjang minggu untuk para peminat ‘berpesta klik’ antara satu sama lain! 

Bagi kumpulan yang menduduki undian teratas pada setiap minggu pula, mereka akan dianugerahkan ganjaran seperti kad imuniti, pemilihan giliran persembahan minggu seterusnya, pemilihan juri yang memberi komen pada persembahan mereka, dan juga berpeluang memilih ‘live props’ (seperti penari latar atau pelakon tambahan) yang akan bertindak sebagai pembantu dalam persembahan mereka.

Izzue Islam dan Riena Diana muncul sebagai hos bagi Muzikal Lawak Superstar Live+ yang akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Astro Gempak, mulai 18 Disember 2020, jam 8.30 malam. Program virtual berdurasi 60 minit itu bakal berinteraksi bersama peminat disamping menyingkap kembali persembahan para peserta. 

Pemenang keseluruhan bagi MLS musim kedua ini akan membawa pulang wang tunai RM150 ribu, serta akan mendermakan RM10 ribu kepada badan kebajikan yang tertentu. Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM75 ribu dan RM50 ribu. Tempat keempat tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana juga akan menerima wang tunai RM25 ribu sebagai hadiah kemenangan.

Stesen SINAR hadir sebagai radio rasmi bagi musim terbaharu MLS, manakala rakan media rasmi adalah Zon Lawak yang hadir dibawah jenama Astro Gempak.


BARISAN PESERTA MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2


UNI
Fad Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC

J-BORN
Man Raja Lawak, Joey Daud, Khir Rahman


STAMP
Tapai Gegar Lawak, Che Mat, Syura

GOJES
Mie Raja Lawak, Tauke Jambu, Keena Mentor

ABC
Chiwan Chilok, Achok Chilok, Cik B

HEART
Danial Lawak Solo, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers

TERUNA
Ilham Abata, Din Raja Lawak, Johan Asaari

ZOMBI
Wan Gegau, Wan XOXO, Ezlynn

VIRAL
Ali Puteh, Mamak Puteh, Roy Azman

ZUZUZU
Nizam Jentik Jentik, Filzah, Zahid AF

MASHUK
Syuk, Achey Bocey, Mark Adam

LEKLU
Ewan Lopez Raja Lawak, Jaly Skool of Lawak, Lan Solo

JAGO
Chot XOXO, Yus Skool of Lawak, Fiza Thomas


PUPPET
Shariff Zero, Rul Puppet, Wan Puppet


[KREDIT: ASTRO]