26 Ogo 2020

,


PROGRAM talkshow hiburan santai yang akan menyelami dunia komposer dan pemuzik ternama negara berjudul Chill Zizi antara program wajib tonton kepada penonton setia saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersiaran mulai bulan Ogos ini. 

Bersama-sama hos artis cantik Zizi Kirana, program ini sedang bersiaran setiap Isnin, pukul 8 malam di saluran TV Okey mulai 24 Ogos lalu. 

Program ini juga mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana dalam 13 episod siarannya, orang ramai turut diperkenalkan dengan anak-anak seni berbakat kelahiran Sabah.

Dalam episod pengenalannya Zizi Kirana bersama-sama undangan khas menemubual S. Atan yang merupakan komposer terkenal, dan kemudiannya berkongsi cerita juga mengenali dengan lebih dekat lagi si cantik Angelica Paujin yang merupakan penyanyi berasal di Tambunan, Sabah. 

Persembahan Zizi Kirana bersama Kumpulan Suara Warisan yang berdendangkan lagu Pandang- Pandang Jeling-Jeling turut menghiburkan penonton di penghujung rancangan.

Seterusnya ikuti perkongsian cerita dan pengalaman artis dan komposer lain antaranya dalam episod empat menampilkan Kumpulan Estraged & 4A9 Band, Rahmat Kamikaze & Knappa Band, Marsha Milan & Benn Simon, Mohar, Dino & Olie, Mc Gusta, dan Jari & Dabra Sia Ying Ying.

Zizi Kirana turut berkongsi kisah tetamu Prof Dato Johari Salleh & Aduan Silvenus, Yasin, Mac Chew & Jenny Chin dan Ayai Ilusi & Elvin Dainal.


[KREDIT: RTM]

21 Ogo 2020

,


GABUNGAN tiga kumpulan Orkestra terulung yang dipimpin Dato Mokhzani Ismail, Orkestra RTM (ORTM), Malaysian Philharmonic Orchestra (NSO) dan National Symphony Orchestra (MPO) menghangatkan Konsert ‘Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM’ pada 31 Ogos ini, Isnin, pukul 9.00 malam di TV1. 

Konsert berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menonjolkan tenaga dan kepakaran 66 pemuzik kolaburasi ORTM, NSO dan MPO dalam pentas sama.

Diterbitkan Unit Hiburan TV RTM, konsert ini menampilkan artis terkenal Anuar Zain, Misha Omar, Ella, Jaclyn Victor, Francissca Peter, Ernie, Syamel, Sean Ghazi, Aina Abdul, Danial Lee, Suki, Vanidah Imran, Khai Bahar, Roy, dan Bob. Pentas sama turut dikongsi kumpulan koir dari UITM Chamber dan Gemersik Chorus.

Mengalunkan lagu tema hari kebangsaan ‘Malaysia Prihatin’ dan lagu-lagu patriotik, pilihan lagu ini pastinya memberi inspirasi dan motivasi untuk kita terus mempertahan dan memperingati segala hasil usaha dan titik peluh perwira negara dalam mencapai kemerdekaan. 

17 lagu patriotik dulu hingga sekarang yang pasti buat anda bangga jadi anak Malaysia dijanjikan dalam konsert berlangsung dua jam ini. 

Lagu-lagu dipersembahkan termasuklah Malaysia Prihatin, Tanah Pusaka, Warisan, Untukmu Malaysia,  Setia, Sejahtera Malaysia, Ilham Pujangga, Malaysia Baru, Nyalakan Tekad, Jalur Gemilang, Disini Lahirnya Sebuah Cinta, Sehati Sejiwa, Gemilang, One Thousand Million Smile, Standing in The Eyes of The World, Tanggal 31, dan Saya Anak Malaysia.

Konsert ini menampilkan gandingan pengacara Khai Arba dan Dyya Nawai.


[CREDIT: RTM]

20 Ogo 2020

,

I CAN See Your Voice Malaysia Musim 3 (ICSVYMY3) minggu ke-20 dihiburkan dengan tarian tradisional Sean dan Shuk, mengalu-ngalukan kehadiran Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris ke studio ICSYVMY3 bagi mengenal pasti siapakah penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang. 

Program yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan, ICSVYMY3 menceriakan hujung minggu anda setiap hari Ahad dari jam 9.00 sehingga 10.30 malam di TV3 dan boleh strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my. Siaran ulangan dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam.

Seperti minggu-minggu sebelum, panel tetap ICSYVMY3 adalah Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam. Selain itu, pelakon dan pelawak tanah air iaitu Achey, Atu Zero dan Lisa Surihani dijemput sebagai panel penyiasat pada episod ini. 

Noraniza Idris sudah melakukan kesilapan pertama apabila beliau mengikuti nasihat Mark Adam dan menyingkirkan penyanyi sebenar, seorang pegawai tadbir (Nur Amalina Suhaimi) yang sangat berbakat dalam bidang nyanyian.

Di pusingan lip sync pula, penyanyi misteri kedua dan keenam telah disingkirkan. Di pentas penentuan, penyanyi misteri kedua, seorang ahli kugiran (Muhd Izzuddin Baharudin) telah membuktikan bahawa bakatnya mampu mengatasi kritikan berkaitan imejnya. 

Seterusnya, penyanyi misteri keenam pula beraksi dengan hebat sekali di pentas penentuan. Ternyata, dia seorang jurulatih senamrobik (Farhana Abdullah) yang turut berkebolehan menyanyi dengan hebat sekali. Dia turut mewakili pasukan koir universiti ke peringkat luar negara.

Sudah tiga kali berturut-turut Noraniza Idris tersilap singkirkan penyanyi sebenar, beliau merasakan sangat serba salah namun teka teki ini mesti diteruskan juga. Seterusnya, beliau telah menyingkirkan penyanyi misteri ketiga atas nasihat majoriti panel penyiasat minggu ini. 

Di pentas penentuan, ternyata graduan kulinari (Mohd Khairul Anuar Mohd Rashid) ini ialah seorang penyamar bersuara sumbang. Barulah penyanyi legenda kita, Noraniza Idris dapat menghelakan nafas lega kerana sudah membuat pilihan yang tepat.

Sekali lagi majoriti panel sebulat suara, mereka memilih penyanyi misteri keempat sebagai pasangan duet dan turut di persetujui Noraniza Idris. Oleh itu, penyanyi misteri kelima tersingkir, ternyata dia ialah seorang pengemas bilik hotel (Muhd Yamin Bharom) yang bersuara sumbang. 

Akhirnya, pilihan duet Noraniza Idris, penyanyi misteri keempat berjaya berduet dengan beliau walaupun dia sebenarnya seorang penyamar bersuara sumbang yang belajar fesyen (Muhd Sayuti Abdul Kahar). Secara automatik, Sayuti berjaya membawa pulang RM3000.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti episod akhir ICSYVMY3 musim ketiga yang akan menampilkan Dato’ Nash sebagai artis jemputan dan pasangan merpati dua sejoli, Siti Sarah dan Shuib sebagai panel penyiasat jemputan pada 23 Ogos 2020  hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3

ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE, menampilkan Digi Prepaid, "Kekal Aktif, Kekal Berinternet" sebagai penaja utama dan Oppo Reno4 Series, "Jelas Menampilkan Sisi Terbaik Anda" sebagai penaja bersama. 

Disokong oleh Hot FM sebagai radio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur adalah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen serta Yean Zi Hong sebagai penerbit dari Primeworks Studios. 

Berhibur dengan pelbagai gelagat dan kejutan dalam ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my . Siaran ulangan juga dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY dalam merancakkan perbualan di platform media sosial.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.


[CREDIT: TV3/Media Prima]

19 Ogo 2020

,





SINOPSIS

Married couple decides to leave the city to stay at a house upcountry in hopes of escaping the chaotic social city life and healing his wife’s traumatic miscarriage of their child. But things seem to get worse as both of them encounter endless strange events within the house.

16 Ogo 2020

,


SAMBUTAN Maal Hijrah 1442H/2020M yang jatuh pada 20 Ogos ini, adalah acara kebesaran umat Islam dan memberi makna besar kepada syiar Islam menghayati detik penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. 

Keistimewaan Muharam juga kerana ia diangkat sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah dan sebagai umat Islam mestilah berpegang kepada kenyataan lembaran hijrah itu hendaklah sentiasa dihidupkan dengan meletakkan matlamat memelihara dan menegakkan agama Allah SWT.

Walaupun menyambutnya dalam suasana norma baharu berikutan penularan Covid-19 masih berlaku di seluruh dunia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi tiga saluran utama siarannya, TV1, TV2 dan TV Okey terus optimis membariskan program-program khas bersesuaian bagi mengajak seluruh umat Islam sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk menjadi lebih baik setiap hari terutama pada sambutan awal tahun baharu hijrah ini.


Siaran Langsung Forum Ambang Maal Hijrah, Doa Akhir dan Awal Tahun 1442H
19 Ogos 2020 (19 Ogos, 6 petang)

Program siaran langsung khas terbitan RTM iaitu bual bicara dan bacaan doa juga awal tahun dalam takwim (kalendar) Islam. 


Doku Khas Maal Hijrah: Sentuhan Jiwa 
20 Ogos, 10.30 pagi

Dokumentari terbitan JAKIM yang mengisahkan Mohd Sukor Ibrahim (OKU) yang berjaya memberi inspirasi, aspirasi dan motivasi kepada masyarakat bagi membuktikan setiap manusia layak berjaya dan bahagia  dalam kehidupan dengan syarat mempunyai keinginan untuk berubah.



Telemovie: Stesen Ke Daerah Qalbi 
20 Ogos, 11.05 pagi

Menjadi amanah dan jujur adalah pesan arwah mak dan abah kami. Jika tidak kita umpama tiang berkayu rapuh, umpama besi landasan yang lebur dipertengahan jalan yang boleh menyasarkan gerabak yang lalu.

Pelakon: Fauziah Dato Ahmad Daud, Zul Huzaimi, Bohari Ibrahim, Akmal Ahmad, Roslan Madun, Tia Fatiha dan Neng Hayati.


Telemovie: Pendoa Yang Ikhlas 
22 Ogos, 9 malam

Telemovie yang membawa pelbagai rasa tentang Pencipta, Ibu bapa, keluarga dan mereka yang berada di sekeliling kita.

Pelakon:  Bohari Ibrahim, Fatimah Abu Bakar, Zahiril Adzim dan Adibah Nor.



Telemovie: Khutbah Terakhir 
19 Ogos, 10.05 pagi

Kisah Ustaz Hidayat yang dipilih menjadi Imam sementara di Kampung. Segala tindakan dan perbuatan Ustaz Hidayat sering diperkatakan orang kampung terutama Tamam dan Sahak. Kes rumah Opah Besah dan rumah Sakinah di pecah masuk. Sejak adanya Imam Hidayat di kampung ada saja kejadian yang tidak diingini berlaku. Tamam menuduh semuanya angkara Ustaz Hidayat. 

Pelakon: Haris Ismail, Ardell Aryana, Azhan Rani, Kazar, Ruminah Sidek, Norlia Ghani, Yaakob Aziz, Saifol Bahari Mohd Iman, Saiful Azwan Absul Aziz dan Adik Danish Hazriq.


Forum Perdana Khas Maal Hijrah 1442H 
20 Ogos, 9 malam)

Diskusi ilmu agama dan episod khas ini membawakan kupasan berkaitan sambutan Maal Hijrah bersama panel jemputan. 


Mini Drama: Manusia Separuh Insan 
19 Ogos, 10.30 malam & 20 Ogos, 2.15 petang

Empat lelaki bertikam lidah mencari sebab untuk berubah dan meninggalkan kerja jahat yang selama ini mereka lakukan.

Pelakon: Yusran Hashim, Azrol Salehuddin, Mym Masher dan Farhaziq Manaf.

  
 

Mini Drama: Manusia Separuh Insan 
20 Ogos, 10 pagi & 3 petang

Empat lelaki bertikam lidah mencari sebab untuk berubah dan meninggalkan kerja jahat yang selama ini mereka lakukan.

Pelakon: Yusran Hashim, Azrol Salehuddin, Mym Masher dan Farhaziq Manaf.



Telemovie: Bangkit 
20 Ogos, 8 malam)

Mengisahkan Kamal, anak yang bertanggungjawab menjaga ibunya yang uzur. Dia berdepan dengan dilema apabila mereka dihalau keluar oleh tuan rumah sewa kerana gagal melunaskan sewa rumah. Ujian hidup mereka bertambah apabila ibunya hilang dari tempat penginapan mereka. pada masa sama keadaan berubah bila Kamal bertemu Hadi.

Pelakon: Akmal Ahmad, Sabri Yunus, Tasha Shila, Issey Fazlisyam dan Ayie Hushairi Husain.


[KREDIT: RTM]
,


BENARKAN haiwan juga menghadapi situasi sukar dan mencabar dalam kehidupan seharian mereka? Jawapannya hanya akan anda perolehi apabila meluangkan masa menonton dokumentari bertajuk A Year In The Wild – Alaska & Yorkshire  mulai 17 Ogos ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.05 tengah hari mengisi slot World Watch di TV1.  

Lapan episod dokumentari yang dihoskan oleh David Suchet dan Sean Bean ini bermula dengan episod Spring menghuraikan kehidupan dan cabaran yang dilalui oleh kumpulan haiwan di Yorkshire, England. 

Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim bunga berbeza berbanding dengan musim sejuk bagi binatang seperti rusa, itik, helang, burung, tupai, helang, gagak, ular dan lebah. Hos juga menceritakan bagaimana binatang seperti ular, itik, burung, helang dan tupai mengadakan ‘mating season’ khususnya di musim bunga dan menjaga anaknya dengan berhati-hati.

Seterusnya dalam tajuk ‘Summer’ mengetengahkan kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh haiwan di Yorkshire, England. 

Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim bunga berbeza berbanding dengan musim panas bagi binatang seperti rusa, itik, helang, burung, tupai, helang, gagak, ular dan lebah. Turut diceritakan bagaimana binatang seperti ular, itik, burung, helang, ‘penguin’ dan tupai mengajar anak-anaknya mencari makan dan melarikan diri dari musuh jika ada keperluan.

Seterusnya episod ‘Autumn’ tentang kehidupan dan cabaran yang dilalui oleh binatang di Yorkshire, England. Sean Bean bercerita mengenai cabaran kehidupan binatang di musim luruh berbeza berbanding dengan musim bunga bagi binatang seperti singa laut, kelawar, rusa, itik, burung, tupai, helang, dan lebah. 

Hos juga menceritakan tentang bagaimana binatang kecil seperti ulat bulu, kelawar, labah-labah dan beratus ribu jenis ulat terdapat dalam sebuah gua di Taman Negara Yorshire.

Menyusul tajuk ‘Winter’ dimana Sean Bean menghuraikan kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh binatang di Yorkshire, England. 

Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim sejuk adalah paling susah dan menderita untuk terus hidup bagi singa laut, kelawar, rusa, itik, burung, tupai, helang dan lebah. 

Hos juga menceritakan tentang bagaimana binatang menderita untuk mencari makanan semasa musim sejuk khususnya untuk binatang rusa, itik, burung, tupai dan kambing.

Episod sama ‘Winter’ bercerita kehidupan dan cabaran yang dilalui oleh haiwan di Alaska, Amerika Syarikat. Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim sejuk adalah paling susah dan menderita untuk hidup seterusnya seperti ‘bison’, beruang kutub, serigala, musang, tupai, arnab, rusa, burung dan helang. 

Hos juga menceritakan tentang bagaimana ikan paus (humpback whale) yang terdapat di lautan antartik sepanjang masa musim sejuk dan mencari ikan untuk dimakan.

Masih di Alaska, episod ‘Spring’ mengaitkan dengan cabaran yang dilalui oleh binatang di Alaska, Amerika Syarikat. Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim bunga adalah berbeza jika dibanding dengan musim sejuk bagi binatang seperti ‘bison’, beruang, serigala, musang, tupai, arnab, rusa, burung dan helang. 

Hos juga menceritakan bagaimana binatang seperti beruang, burung, helang dan tupai mengadakan ‘mating season’ khususnya di musim bunga dan menjaga anaknya dengan berhati-hati.

Akhir sekali dengan tajuk ‘Summer’ memaparkan kehidupan dan cabaran yang dilalui oleh binatang dan haiwan di Alaska, Amerika Syarikat. Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim panas adalah berbeza jika dibanding dengan musim bunga bagi binatang seperti ‘bison’, beruang, serigala, musang, tupai, arnab, rusa, burung dan helang. 

Hos juga menceritakan bagaimana binatang seperti beruang, burung, helang dan tupai menunggu untuk musim panas untuk mendapatkan makanan dengan lebih mudah.


[KREDIT: RTM]

15 Ogo 2020

,


LINDUNGI diri tanpa mengkompromikan gaya dan keselesaan menerusi kempen ‘Mask-On’ oleh Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway), yang bakal merungkaikan empat pelitup muka fabrik edisi khas untuk pelanggan.

Demi mengutamakan komitmen Sunway Malls ke atas aspek keselamatan para pelanggan, pelitup muka ini diperbuat daripada fabrik antimikrobial yang mampu menapis 99.94% bakteria, malah boleh digunakan semula serta berciri mesra alam agar pengguna dapat melindungi diri daripada penyebaran virus dan bakteria serta mengurangkan pembaziran. 

Pelitup muka tersebut diperakui oleh badan pemeriksaan yang bereputasi dalam perihal keberkesanan anti bakteria dan anti hapak.

Setiap pelitup muka dilengkapi dengan tali gelung telinga yang boleh dilaras mengikut saiz muka dan mempunyai slot penapis untuk perlindungan tambahan. 

Ciri keselesaan turut diutamakan dengan lapisan luar pelitup muka yang diperbuat daripada fabrik yang mudah basuh, manakala lapisan dalam diperbuat dengan kapas lembut yang mempunyai keupayaan menyerap haba badan untuk meningkat kebolehnafasan.

Empat pelitup muka tersebut dicetak khas dengan ilham seni bina bangunan Sunway Malls, dan akan disediakan dalam saiz dewasa dan kanak-kanak.

Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls, Kevin Tan berkongsi, 

“Keutamaan kami adalah untuk meningkatkan keselamatan untuk para pembeli-belah.  

"Kami berharap kempen ‘Mask-On’ dapat menjadikan pemakaian pelitup muka sesuatu kebiasaan yang diamalkan oleh semua pihak sebagai langkah keselamatan sambil memainkan peranan perlindungan diri sendiri dan orang lain. 

"Ia juga merupakan sebuah kaedah unik untuk pembeli-belah mempelajari sedikit sebanyak tentang reka bentuk istimewa Sunway Malls,”




Utamakan keselamatan tanpa mengkompromikan keselesaan dan gaya

Empat rekaan ini diilhamkan daripada pusat-pusat beli-belah berikut: Sunway Pyramid, Sunway Putra, Sunway Velocity dan Sunway Carnival/Big Box/Citrine. 


Sunway Pyramid – The Egyptian Pyramid

Memetik inspirasi daripada struktur Sunway Pyramid yang masyhur, Piramid Mesir melambangkan intelek, kekuatan, kestabilan, keamanan dan semangat. Unsur-unsur Mesir diperlihatkan di seluruh pusat beli-belah tersebut dengan perhiasan hiroglif dan arca-arca zaman Mesir purba yang diserlahkan pada reka bentuk bangunan termasuk. 

Sunway Pyramid kini merupakan komponen utama Sunway City, ia meliputi sebuah taman tema, hotel 5 bintang, pusat pameran bertaraf dunia, pusat pakar kesihatan berintegrasi serta kampus-kampus yang teriktiraf.


Sunway Putra – The Sun-Drop Diamond 

Terdiri daripada pembangunan berintegrasi yang meliputi sebuah pusat beli-belah, hotel, dan menara pejabat, Sunway Putra terletak di dalam Segi Tiga Berlian di pusat bandar Kuala Lumpur. Seni bina pusat beli-belah ini diilhamkan oleh Berlian ‘Sun-Drop’ dari Afrika Selatan dan bentuk serta warna-warna utama berlian tersebut dicerminkan pada reka bentuk bangunan. 

Ia kini boleh dilihat di pelitup muka edisi terhad ‘Sun-Drop Diamond’, yang merupakan simbol rejuvenasi; harapan, pembaharuan dan kemakmuran.


Sunway Velocity – The Renaissance Globe

Dizahirkan melalui impian Sunway buat komuniti Cheras, konsep reka bentuk Sunway Velocity memetik ilham daripada ‘Renaissance Globe’, yang menandakan peralihan dari zaman pertengahan ke era moden – selari dengan pembaharuan urban yang dihasratkan oleh Sunway. 

Sebagai bangunan beli-belah pertama yang berbentuk sfera di Malaysia, Sunway Velocity dikelilingi dengan struktur bumbung kaca yang membolehkan sinaran cahaya semula jadi, yang turut menaiktaraf aspek akustik, di samping menggunakan lantai bertema yang membentuk dunia baharu yang sedia untuk diterokai. 

Gubahan yang menghiasi pelitup muka ini melambangkan wawasan yang jelas, aspirasi dan impian untuk merealisasikan pembaharuan urban di Cheras.


Sunway Carnival/Big Box/Citrine – The Astute Cube

Akhir sekali, pelitup muka yang diilhamkan oleh Sunway Carnival, Sunway Big Box dan Sunway Citrine. Astute Cube melambangkan pelbagai faset kehidupan yang ditunjangi oleh nilai positif dan diilhamkan oleh kiub-kiub pelbagai saiz yang menghiasi muka bangunan Sunway Carnival Mall, termasuk outlet-outlet berformat besar di Sunway Big Box dan Sunway Citrine yang menawarkan hampir 100 kedai fesyen, F&B dan hiburan.




Tip Berkaitan Pelitup Muka Fabrik

Untuk penjagaan optimum pelitup muka fabrik, gunakan pensanitasi tangan sebelum memakai atau menanggalkan pelitup muka fabrik ketika berada di luar, produk pensanitasi tangan boleh didapati di outlet-outlet di dalam pusat beli-belah seperti L’occitane atau AEON Wellness. 

Letakkan setitis Claire’s Essential Oil pada pelitup muka fabrik anda untuk menikmati haruman yang memuaskan sepanjang hari, dan jaga kesihatan bibir serta kulit anda dengan produk pelembap. Basuh pelitup muka anda setiap hari dengan air suam dan cecair antiseptik oleh Guardian untuk membasmi kuman, dan membasuh badan dengan gel mandian Yves Rocher yang harum lagi menyegarkan.

Barangan keperluan bagi penjagaan pelitup muka fabrik boleh didapati di Sunway Malls yang merangkumi lebih daripada 1,500 outlet yang tergolong dalam pelbagai perusahaan seperti fesyen, kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, penjagaan diri dan banyak lagi.


Beli-Belah dengan Selamat

Sejajar dengan inisiatif ‘Your Safe Space, Our Safe Space’, Sunway Malls telah melancarkan 82 langkah-langkah keselamatan dan kebersihan, termasuk pemasangan 4,000 kamera CCTV, 12 unit kamera suhu berketepatan tinggi dan 30 kamera dengan teknologi pengecaman wajah untuk menggalakkan penjarakan fizikal.

Selain itu, pelbagai kemudahan mesra keluarga dan ruang-ruang utama seperti tandas kanak-kanak, bilik bayi, kereta sorong bayi, kerusi roda serta ruang permainan dibersihkan dengan bahan pembasmi kuman setiap 45 minit dan disalut dengan Teknologi Salutan Nano untuk mencegah virus dan bakteria secara efektif.

Duta-duta prihatin dan pegawai penjarakan fizikal akan dikerahkan di semua pusat beli-belah untuk memastikan para pelanggan mematuhi penjarakan fizikal dan garis panduan keselamatan dan kebersihan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen ‘Mask-On’ dan tip untuk melindungi diri dengan pelitup muka fabrik, layari www.sunwaymalls.com/mask-on atau laman-laman media sosial milik pusat-pusat beli-belah Sunway.


[KREDIT: Sunway Mallss]

12 Ogo 2020

,

FOR those who have been at home for months on end, a change of scenery awaits as Resorts World Genting is offering a Fun & Nature Package with a special price from RM125 per person on twin sharing basis. 

The package promises an unforgettable trip for two including a one night stay at Resorts World Awana, a scrumptious meal, guided jungle trekking and Awana Skyway return tickets. The package is available for a limited time only on 14, 15, 21, 22, 28 and 29 August 2020. 

Guests can first check in for a one night’s stay at Resorts World Awana, a tranquil getaway spot surrounded by an 18-hole golf course with undulating green lawns for leisurely games of golf, a heated swimming pool and children pool. 

The package also includes a meal for two at the High Line Rooftop Market where they can choose to have a classic burger or Big Bangkok Burger with a soft drink in an alfresco dining space. Pizza lovers can choose the Motorino Pizzeria instead, which serves up Large 18” Margherita or Amatriciana authentic Neapolitan pizza. 


Visitors will be able to enjoy a bird’s-eye view of the lush greenery by taking a ride on the Awana SkyWay with return tickets for two. The ticket also includes a free stop at the Chin Swee Station which is a short walk to the Chin Swee Caves Temple, a unique religious site encompassed by a breathtaking landscape of the rainforest.  

The highlight of the trip is the guided jungle trekking for two through the Conservation Trail located nearby the hotel, perfect for nature lovers and those simply searching for peace and serenity. It is a perfect opportunity to get in touch with nature in the 130-million-year-old tropical rainforest, which is a collaboration between Treks Nature Academia and Resorts World Genting. 

Visitors can take a laid-back stroll along the 800 metre Conservation Trail located in the Upper Dipterocarp Forest elevation at 3000 feet above sea level at the Awana Bio Park. Along the way, an Encyclopedic Walk offers visitors opportunity to learn about the rich biodiversity of the Montane Timber Forest and its habitat. 

Lucky trekkers with a keen eye may spot some of the wildlife that call the rainforest their home including endangered species such as the serow wild mountain goat and the siamang or the black panther, red-headed krait snake and dusky leaf monkeys. 



Rare species such as the towering timber tree altingia excelsa, bountiful schizostachyum bamboo plants, massive strangler fig trees and a variety of rattan species can also be found from the forest canopy. 

60 species of native birds that reside in the Upper Dipterocarp Forest elevation such as eagles, hornbills, woodpeckers will thrill avid birdwatchers, with the section of the forest having been recognised by the Malaysian Nature Society and Birdlife International as the Awana Important Bird Area.

To comply with the Standard Operating Procedures (SOPs) introduced by the government, visitors are required to wear face masks at all times. Upon entry and departure at the hotel entrance, visitors must check-in to the venue by scanning the QR code using the MySejahtera app and have their temperatures checked. 

Visitors are also advised to use the hand sanitisers provided when necessary. Physical distancing measures must be observed by visitors throughout the duration of the activity by keeping one to two metres distance from each other at all times. 

For further information, please visit www.rwgenting.com.


[CREDIT: Resort World Genting]

11 Ogo 2020

,

ALVIN CHONG alongside Universal Music Malaysia will be premiering his upcoming single Sayangku Salmah in an early exclusive on TikTok, as part of the nation’s first music-artist showcase on the platform. 

This single will be available for fans to indulge on TikTok from today onwards, spanning across all mobile operating systems.  

Alvin, who hails from Penang, was launched into the limelight when he emerged in the Top 5 of Astro Star Quest 2009, which provided the opportunity for Alvin to pursue a career in entertainment. Beyond acting and singing however, Alvin has also become a beloved figure in the wider TikTok community as one of the app’s most popular creators.

Cheah Sheau Mei, User and Content Operations Manager of TikTok Malaysia elaborates, 

“As the leading destination for short-form mobile videos, TikTok’s emphasis on creative expression has built a harmoniously connected community that has seen countless viral songs simultaneously top international charts. 

This is because TikTok empowers creators to capture and share precious life moments that matter, which forms a deeper connection to their interests, with music being a prime example. This makes TikTok the go-to platform for artists within the entertainment industry, both locally and globally. 

Understanding the appeal of short-form video platforms in today’s digital natives, Universal Music Malaysia explains the reason behind such a collaboration. 

Kenny Ong, Universal Music Group’s Managing Director for Malaysia and Head of Special Projects, SEA said, 

“Premiering an artist’s new material on an app, instead of the traditional route, has certainly never been done before in Malaysia.  
It should be a top priority for the entertainment industry to be aligned with new and innovative technologies such as TikTok, which is now one of the world’s best music discovery platforms for the mobile and tech-savvy generation. 
Both Universal Music Malaysia and Alvin Chong himself are thrilled to be part of this first-of-its-kind collaboration, which perfectly aligns with our vision of providing our esteemed artists and music library with an innovative platform to further bolster all-inspiring creativity.”

   
The release of Sayangku Salmah will be complemented with an official #sayangkusalmahchallenge for all to participate, courtesy of Alvin Chong, Universal Music Malaysia, and TikTok. The challenge on TikTok, which will begin on 14 August and last till 23 August, invites TikTokers to dance according to Alvin’s Choreography, or share their own rendition of it using the song “Sayangku Salmah”. 

So, what are you waiting for? Download TikTok today for exclusive access to Alvin Chong’s Sayangku Salmah and the #sayangkusalmahchallenge.


[CREDIT: TikTok]