4 Jul 2020

MUDAH BAGIMU, KUCAIMARS



SETELAH melancarkan single keduanya yang berjudul Khayalan pada Oktober tahun lepas, kini Kucaimars melancarkan single terbaharunya yang berjudul Mudah Bagimu.

Kucaimars merupakan penulis lirik bagi single terbarunya ini dengan kerjasama Rudy Nastia dan Leo Azman. Mudah Bagimu mengisahkan tentang kekasih yang ditinggalkan oleh pasangannya begitu sahaja. 

Menurut Kucaimars, 

“Saya mula buat single ini pada 2018 yang pada ketika itu saya buat untuk kawan saya yang tengah putus cinta dan menangis depan saya jadi malam itu juga saya ambil gitar dan terus rangka melodi. 

"Saya ada juga beri sedikit sedutan di laman sosial media saya. Alhamdulillah ianya mendapat sambutan dari peminat dan mereka meminta agar lagu ini siap sepenuhnya dan berada di semua pelantar digital. 

"Saya berharap peminat saya berpuas hati setelah mendengar versi penuh Mudah Bagimu," ujarnya. 





Sementara itu Pengurus Bahagian Domestik Warner Music Malaysia, Shah Shamshiri berkata, 

"Kami berasa gembira dengan pelancaran single terbaru Kucaimars ini kerana dia sendiri terbabit secara langsung dalam penghasilan karyanya. Kami harap para peminatnya dapat melihat kesungguhan Kucaimars yang bukan sahaja ingin menyanyi tetapi juga menulis lagunya sendiri," jelasnya.


Mudah Bagimu terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 3 Julai 2020.


[KREDIT: Warner Music Malaysia]

Tiada ulasan:

Catat Komen