3 Jun 2020

URBAN SANTAI, HANA ISMAIL KONGSI MENU ISTIMEWA DI TENGAH IBU KOTA


SAMA-SAMA meneroka dan mengetahui apakah pencuci mulut, kopi, dan makanan terbaik di sekitar Lembah Klang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program terbaharu  “Santai Urban”, doku travelog yang bersiaran episod pertamanya pada 29 Jun lalu. 

Dalam 13 episod siarannya, program menampilkan hos Hana Ismail ini mengetengahkan kepada penonton persembahan makanan yang berbeza, dan lokasi bandar yang menarik pada waktu yang sama. 

Santai Urban adalah berkaitan tentang apa yang akan dilihat orang, pengalaman lawatan pertama ke tempat-tempat yang menjadikannya sangat menyenangkan dengan makanan yang enak dan kopi terbaik di bandar.

13 orang figura dalam kalangan selebriti artis terkenal, bintang sukan dan chef popular bakal muncul sebagai tetamu undangan berkongsi menu rahsia air tangan masing-masing. 

Selebriti jemputan termasuklah pelakon Sweet Qismina, Luqman Hafidz, Iman Corinne Adrienne, Khai Bahar, Zoey Rahman, Najwa Latiff, dan Adam Lee. Turut dipilih memeriahkan program 30 minit ini Chef Fikree Aznan, Dato’ Fazley Yaakob, Padin Musa, Instafamous Adira Salahudi, Harris Annuar, dan Anas Tahir.

Lokasi penggambaran pula melibatkan Tapak Urban Street Dining, SukaSucre Bistro, Green Tomato Café, Warunk Koffie, 43 Coffee, Playground Coffeery, Miss Ellie Tea House, BakersFellas Café, dan banyak lagi. 

Kepada anda yang sedang tercari-cari lokasi santai sambil mencuba menu istimewa, usah ketinggalan menyaksikan program ini setiap Isnin, pukul 6.00 petang di TV Okey.



Santai Urban
Bahasa: Melayu
Episod: 13          
Hari: Setiap Isnin (Mulai 29 June) 
Masa: 6 Petang 
Saluran: TV Okey
Terbitan: RTM      
Pengacara: Hana Ismail  


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Komen