12 Jun 2020

HANYA SUARA, KHIR RAHMAN


JELAS hala tuju sebagai sebuah karya, drama-drama terbitan mahu pun siaran Radio Televisyen
Malaysia (RTM) ternyata mempunyai tempat dalam kalangan penonton. Begitu juga dalam
menyampaikan mesej khas dan jalan cerita contohnya drama hari guru, hari ibu dan sebagainya
nyata dekat di hati penonton.

Bulan Jun ini sambutan hari bapa diraikan RTM dengan menyiarkan drama bertajuk Hanya
Suara yang mengetengahkan ikatan tulus antara seorang bapa dengan anaknya pada 20 Jun
ini, pukul 3.05 petang menerusi TV1.

Telemovie arahan Khir Rahman ini menampilkan gandingan lakonan mantap Ungku Hariz, Siti
Elizad, Zam Skool, Eliza Mustafa dan Sazly Baginda selain Khir Rahman sendiri turut
membintangi drama skrip dihasilkan Siti Jasmina Ibrahim ini.

Ia memaparkan kisah dua beranak Amir dan anak lelakinya Adil menjalani kehidupan setelah
kematian isterinya. Adil dilihat di mata orang luar yang tidak mengenalinya sebagai anak yang
baik kepada ayah yang cacat penglihatan. Dia akan setia menemani ayahnya, Amir menyanyi di
tempat orang ramai.

Bukan derma yang diminta. Hanya ruang buat persembahan. Sehingga satu hari ada seorang
penerbit muzik, Zaidi yang kagum dengan suara Amir menawarkan untuk merakamkan lagu.
Kegembiraan ayahnya bercerita, bersedia untuk merakam lagu, gembira mendengar hasil
rakaman lagu membuatkan dalam diam Adil menangis sebak.

Imbas kembali kehidupan Adil dengan kawannya Wan sangat nakal dan suka meragut beg dan
berjudi. Itu salah satu kerja yang sering dilakukan Adil. Amir tahu perbuatan anaknya itu tetapi
Adil sentiasa akan memberontak bukan dengan bertekak tetapi tidak akan balik ke rumah
beberapa hari.

Amir tidak pernah putus asa mencari ruang peluang untuk ujibakat nyanyian. Dia mempunyai
suara yang merdu namun peluang tidak lagi menyebelahinya dan memang dia suka menjadi
penyanyi walaupun impian itu diperlekehkan oleh Adil. Amir juga pandai mencipta lagu. Sebuah
gitar lama menjadi instrument untuk dia berkarya.

Amir turut menjual burger di hadapan kedai makan kawan baiknya, Sam. Sam sangat faham
Amir. Dia tahu kebaikan kesabaran Amir dan impian Amir itu. Apapun setiap usaha ujibakat Amir
tidak pernah berjaya. Walaupun suaranya lunak. Lama kelamaan Amir rasa kecewa.

Aina, adik arwah isteri Amir yang tinggal berdekatan perumahan mereka yang pernah terhutang
budi juga dengan Amir menyelamatkan dia dari diragut. Yang meragut Aina sebenarnya ialah
Wan tapi Adil sendiri tidak tahu. Aina dalam diam menaruh hati kepada Amir. Dia kagum dengan
kesungguhan dan kesabaran Amir bekerja dan menjaga Adil.

Aina tidak suka cara Adil terhadap ayah sendiri. Aina dan Adil juga sering bertelagah. Adil
berhutang dengan Ezy, seorang lelaki yang membuka tempat judi cara haram. Apabila tiba masa
untuk membayar hutang, Adil menipu ayahnya untuk mendapatkan wang. Amir yang sangka
anaknya cakap betul, akan usaha bantu.

Sehinggalah suatu malam, Adil cemas dan dalam bahaya. Adil menangis ketakutan dan serik
kerana sedang diburu oleh geng Ezy. Amir pergi berhadapan dengan Ezy dan Amir juga boleh
dalam keadaan bahaya, dan Ezy perlekehkan Amir, memalukan Amir di hadapan Adil dan orang
lain. Adil sedih lihat ayahnya buat apa saja yang disuruh dan barulah keadaan dapat
diselesaikan. 

Adil lega terlepas dari masalah dengan Ezy dan cuba untuk berubah.
Baru saja hubungan Amir dengan Adil dalam keadaan aman, Adil dan Amir sama kemalangan
jalan raya. Keadaan Adil parah terutama bahagian mata. Amir hanya cedera ringan rasa terkilan
lihat keadaan anaknya itu. 

Adil pula hilang semangat untuk hidup setelah mengetahui dunianya
kini gelap. Amir berbohong kepada Adil yang dia sama sama buta dengan anaknya dan ajak
sama sama bangkit dengan semangat baru dan redha. Aina saja yang tahu seberanya Amir tidak
buta.

Suatu hari, Amir pulang dalam keadaan gembira beritahu doktor pakar mata telah bersedia
mahu bedah mata Adil kerana sudah ada penderma. Mata itu sesuai untuk Adil tapi bukan untuk
ayahnya. Sebenarnya Amir lah yang dermakan matanya. Aina memendam rasa menyimpan
semua rahsia. Untuk menyaksikan kesudahannya saksikan di TV1.


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Komen