29 Feb 2020

MISI PASUKAN PENYELAMAT DALAM 9-1-1


MISI menyelamat bermula dengan menerima panggilan kecemasan daripada individu-individu yang memerlukan bantuan kecemasan dan maklumat ini dengan serta merta disalurkan kepada pihak polis, pihak ambulan dan pihak bomba untuk tindakan susulan dengan segera. 

Seterusnya, di ceritakan tentang keberanian dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh anggota pasukan kecemasan dan juga kordinasi dan kerjasama yang padu antara pihak polis, pihak ambulan dan pihak bomba untuk menyelamatkan seseorang itu dalam keadaan yang ngeri, ketakutan, mengejut dan cemas.

Hakikatnya anggota polis, paramedik dan pasukan bomba meletakkan diri mereka dalam bahaya ketika berdepan dengan misi menyelamat namun pada masa sama mereka juga tidak dapat lari daripada berdepan dengan masalah peribadi. 

Cabaran dan keberanian anggota keselamatan ini dibawakan dalam siri Inggeris, 9-1-1, setiap Ahad, pukul 8.30 malam di TV2. Siri arahan Bradley Bueker ini dibintangi pelakon utama Angela Basset, Kenneth Choi, Peter Krause, Oliver Stark dan Aisha Hinds. 

Menariknya dalam 28 episod siri ini berkongsi menonjolkan golongan lelaki dan wanita bersatu dalam menjalankan misi menyelamat. 



Episod (Pilot) 
Empat insiden kecemasan yang memerlukan bantuan dari anggota polis, bomba dan ambulan. Peristiwa pertama yang berlaku di kolam renang apabila seorang budak lelaki yang hampir cemas dapat diselamatkan oleh anggota bomba dengan rawatan ‘CPR’. Seterusnya, bayi di buang ke dalam tandas dan sangkut dalam paip tandas diselamatkan oleh anggota bomba. Insiden ketiga melibatkan perempuan muda yang membela beberapa ekor ular di rumahnya. Seterusnya, di ceritakan tentang keberanian seorang anggota polis menyelamatkan seorang budak perempuan kecil dari dua orang perompak yang pecah masuk rumahnya.

Episod (Let Go) 
Insiden pertama berlaku di taman permainan apabila seorang lelaki jatuh dari ‘roller coaster’ dan mati. Oleh kerana ‘roller coaster’ berhenti dengan tiba-tiba, empat penumpang tersekat dalamnya dan tergantung darinya. Seterusnya, tentang keberanian anggota polis wanita menyelamatkan seorang lelaki dari serangan ganas dua ekor anjing di rumahnya. Adegan terakhir lelaki merajuk dengan isteri dan mengancam untuk melompat dari bangunan tinggi. 

Episod (Next of Kin)
Insiden pertama yang berlaku di taman permainan apabila empat orang lelaki termasuk tiga orang kanak-kanak terperangkap dalam ‘bouncy house’ yang di sangkut atas bukit. Seterusnya, seorang anggota bomba dimasukkan ke hospital dengan sebatang besi menembuk kepalanya. Diikuti kejadian anak perempuan seorang anggota polis cuba membunuh diri dengan mengambil ubat tidur yang berlebihan kerana tidak tahan pembulian di sekolah. Peristiwa terakhir ialah mengenai beberapa orang lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak yang terperangkap dalam ‘container’ lori yang ditinggalkan di tepi jalan raya. 




Episod (Worst Day Ever) 
Tentang usaha menyelamat penumpang kapal terbang terhempas di lautan pasifik dan keberanian seorang anggota polis wanita yang menahan seorang budak perempuan yang terlibat dengan pembulian di sekolah. 

Episod (Heart Breaker)
Kisah  kejutan lelaki yang membawa teman kekasihnya dalam kapal terbang kecil malangnya teman wanitanya mengalami sakit jantung, perempuan yang mengalami masalah mental membunuh teman lelakinya, dan keberanian seorang ‘operator’ telefon yang membantu bernafas semula seorang lelaki yang tersedak dengan membuat rawatan kecemasan di bahagian tekak dan menyelamatkan nyawanya.

Episod (Point of Origin) 
Insiden pertama yang berlaku semasa majlis perkahwinan diadakan dan dewan berkenaan telah runtuh dan ramai yang mati dalam runtuhan. Seterusnya, melibatkan beratus orang mati apabila sebuah apartment dengan beberapa tingkat telah terbakar dan keberanian seorang ‘operator’ telefon dan seorang anggota bomba menyelamatkan budak perempuan kecil dari kejutan eletrik di kolam renang.



Episod (Full Moon)
Insiden pertama yang berlaku apabila sekumpulan wanita yang mengandung di pusat wanita meminta bantuan dari pasukan anggota penyelamat untuk melahirkan bayi dalam keadaan kucar-kacir dengan jeritan sakit dan bising. Seterusnya, seorang lelaki yang kurang siuman tiba-tiba menyerang dan membelasah beberapa orang di taman permainan dan seorang anggota polis terpaksa menembak mati orang berkenaan. Peristiwa terakhir keberanian seorang wanita menyelamatkan ibunya dari serangan suaminya.

Episod (Karma’s A Bitch)
Insiden pertama lelaki mati kerana cuba menembak ke arah sebatang pokok dan pelurunya melantun kembali dan menembusi jantungnya. Diikuti kisah seorang lelaki yang anti binatang membaling beberapa ketul batu pada seekor harimau di zoo. Ini menyebabkan harimau berkenaan melepaskan diri dari kawalan keselamatan dan menyerang serta membunuh lelaki berkenaan. 

Episod (Trapped) 
Kisah pengemis terperangkap dalam trak sampah, ibu dan anak lelaki terperangkap dalam lif yang kabelnya terputus dan terhempas di tingkat bawah dan dua orang lelaki tua yang terperangkap dalam rumah sendiri. 




Episod (A Whole New You) 
Insiden pertama lelaki yang disahkan mati dan dihantar ke hospital untuk ‘post-mortem’ tetapi lelaki berkenaan tiba-tiba bangun dari ‘tidur’ dan mengejutkan semua orang termasuk doktor, lelaki mati dalam kemalangan jalan raya dan mayat seorang lelaki yang telah mati seminggu baru dijumpai oleh pasukan anggota bomba.

Episod (Under Pressure)
Kisah lelaki memandu kereta secara bahaya dan mengakibatkan kemalangan jalan raya, lelaki yang cuba mematikan bom tangan tetapi ianya meletup dan mengenai dua orang lelaki masukkan kepala kawannya dalam ‘microwave oven’ yang diisi dengan simen dan pihak keselamatan bomba terpaksa memecahkan ‘microwave oven’ untuk menyelamatkan lelaki berkenaan.

Episod (7.1)
Tentang gempa bumi berlaku di Los Angeles dalam skala 7.1 magnitud telah membawa banyak kerosakkan bangunan dan kematian orang ramai di sekitar kawasannya. Kisah  lelaki terperangkap di bawah bangunan yang runtuh dan mangsa yang terperangkap di bilik hotel.





Episod (Awful People)
Insiden pertama berlaku apabila seorang wanita sentiasa menipu orang dengan mengugut wang tunai, lelaki yang cuba merompak dan membunuh seorang pekerja restoren dan lelaki tua yang berkulit putih memerlukan bantuan kecemasan tetapi tidak membenarkan anggota perubatan yang berkulit hitam menyediakan rawatan terhadapnya. 

Episod (Stuck)
Insiden pertama berlaku apabila seorang lelaki terperangkap dalam terowong yang sempit, wanita tersekat dalam ‘exhaust pipe’ dan lelaki yang jatuh dari ‘escalator’ dan mengalami kecederaan parah dan malangnya anggota bomba tidak dapat menyelamatkan nyawanya.

Episod (Help Is Not Coming)
Tentang gempa bumi di Los Angeles dalam skala 7.1 magnitud telah membawa banyak kerosakkan bangunan dan kematian orang ramai di sebuah hotel. Ia juga menceritakan tentang beberapa insiden kecemasan yang memerlukan bantuan dari anggota polis, bomba dan ambulan tetapi tidak semua orang mendapat bantuan kerana bangunan dalam keadaan akan runtuh bila-bila masa. 

Episod (Dosed)
Insiden pertama berlaku apabila sebuah kapal terbang kecil terhempas di padang, malangnya penumpang dan juruterbang terperangkap dalam kapal terbang, lelaki menghadapi masalah pernafasan terlibat dalam pertandingan makan cengkerik dan mengenai anggota bomba yang tersilap makan kek yang ditaja oleh orang ramai mengandungi imbuhan dadah dan menjadikan mereka berkecoh di balai bomba dan anggota perubatan terpaksa menghantar mereka ke hospital.

Episod (Haunted)
Insiden pertama melibatkan pemandu trektor dan pembantunya terbenam di bawah tanah kerana tanah runtuh, lelaki diserang kelawar dalam perayaan ‘Halloween’ dan perasaan sedih oleh seorang anggota bomba yang kehilangan bapanya di hospital.



9-1-1
Bahasa: Inggeris
Episod: 28        
Hari: Setiap Ahad 
Masa: 8.30 Malam 
Saluran: TV2 
Terbitan:      
Skrip: 
Arahan: Bradley Bueker 
Pelakon: Angela Basset, Kenneth Choi, Peter Krause, Oliver Stark dan Aisha Hinds


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Komen