24 Dis 2019

ASPIRASI SIHAT DALAM MIRACLE HOSPITAL


PERSEPSI seseorang bila membayangkan tentang hospital pastinya dikaitkan dengan ‘rumah orang sakit’. Sebenarnya, hospital perlu dilihat daripada aspek yang lebih positif iaitu sebagai pusat kesihatan yang juga pada masa sama menonjolkan kecanggihan sains dan teknologi dalam sektor kesihatan yang memanfaatkan doktor dan pesakit yang menerima rawatan di situ.

Dalam dokumentari kesihatan diberi tajuk Miracle Hospital mulai 23 Disember ini, setiap Isnin hingga Rabu, pukul 7.30 malam di TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi memaparkan tentang inovasi yang menghasilkan pelbagai peralatan serta bahan mekanikal dan digital untuk menyelamatkan nyawa manusia di Hospital St Vincent, pusat perubatan yang berpengkalan di Sydney dan Melbourne. 

Menerusi sembilan episod siarannya, program ini memberi pendedahan tentang masalah penyakit berlaku dihadapi oleh Rodney menghidapi ‘Aortic Anuerysm’ (saluran darah bengkak di perut dan tulang belakang). 

Dia mendapatkan khidmat pakar bedah vascular, Profesor Madya Ravi Huilgol. Manakala Amy adalah pengidap ‘Epilepsy’ (sawan) mendapatkan rawatan daripada Profesor Mark Cook, pakar neurologi yang mencipta satu kaedah neuro sains untuk merawat Amy. Mark Cook adalah doktor pertama di dunia yang berjaya menghasilkan inovasi sedemikian.

Seterusnya, Harry penghidap kanser tulang ‘Osteosarcoma’ mendapatkan rawatan Profesor Peter Choong, pakar Ortopedik membantu Harry untuk berjalan normal. Sementara itu Barbara pula menghidapi ‘lymphoedema’ (tisu bengkak akibat lebihan cecair ‘lymph’) menerima rawatan daripada Dr Ramin Shayan, pakar bedah rekonstruktif plastik. 

Perkongsian tentang Peter yang menghidapi Neurodegenerative spine mendapatkan khidmat Dr. Mark Winder, pakar bedah neuro dan tulang belakang. Pembedahan bagi membetulkan semula kedudukan tulang belakang dan memasang skru. 

Pesakit bernama Mavia pula penghidap ‘parkinson’ dirawat oleh Dr. Wesley, seorang konsultan neurologi. Otak Mavia harus dipasang dengan elektrod sub nukleus dengan bantuan sistem visual 3D. Doktor menebuk tempurung dan otak Mavia dalam keadaan sedar untuk memantau kesannya.

Kenali Bill, penghidap sakit jantung kronik di bawah pemantauan Doktor Eugene Kotlyar, pakar kardiologi. Pembedahan dilakukan untuk memasukkan mekanikal pam dalam tubuh Bill. Melissa penghidap pertumbuhan sel (fibroid) dalam rahim. 

Doktor Felix Chan, pakar Onkologi, Ginekologi dan pembedahan robotik berkata penyakit ini boleh membawa kepada kanser. Melissa melalui proses membuang sel yang membolehkannya melahirkan zuriatnya nanti.

Kisah Margaret pengidap barah tulang bahu menjalani rawatan di bawah Profesor Peter Choong, pakar bedah Ortopedik. Pembedahan dilakukan untuk membuang tumor serta menggantikan dengan ‘3D Printed Partial Shoulder Prosthesis’. 

Manakala Ben, seorang atlet sukan pula mengalami kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligaments) dibawah pemantauan Profesor Justin Roe, pakar bedah Ortopedik. Ben harus menjalani pemindahan tendon dan bapanya menawarkan diri demi cita-cita anaknya.

Doktor Emily Granger adalah pakar bedah ‘Cardiothoracic & Transplant’ pula merawat Ana menghadapi masalah paru-paru. Ana bertuah menerima penderma organ tanpa mengenali identitinya. 

Ian pula mengalami ‘Brain Haemorrhage’ akibat kemalangan dan menerima pemantauan kesihatan daripada Profesor Steven Faux, pakar ‘Rehabilitation and Pain Medicine’ berkaitan interaksi otak dengan sistem tubuhnya.

Selami kisah Joseph penghidap kanser prostat tahap empat dan mendapatkan rawatan oleh Profesor Madya Louise Emmett. Joseph diberikan rawatan ‘Lutetium PSMA’ (kaedah dengan penemuan inovasi terbaru berfungsi memanjangkan tempoh hayat serta menambah baik kualiti kesihatannya). 

Philip pula menghidapi darah tinggi yang tidak terkawal. Dia memakan sembilan pil setiap hari namun bacaan 173/94 adalah paling rendah. Doktor Robert Whitbourn adalah pakar Kardiologi memberikan rawatan ‘Renal Denervation’ kepada beliau.

Kongsi cerita Dwight, pesakit jantung dalam proses pemindahan jantung. Doktor Paul Jansz adalah pakar Kardiologi akan melaksanakan pemindahan jantung dari penderma yang dikawal rapi menggunakan ‘organ care system’ agar berjaya dipasang di dalam tubuh Dwight. 

Proses pembedahan ini sangat rumit dan perlu penelitian terperinci. Tanpa ‘organ care system’, jantung dari penderma tidak akan mampu bertahan lama. Pembedahan berjaya dan Dwight dipantau dan perkembangan semakin baik. 

Episod akhir menemui bual Peter penghidap ‘Multiple Sclerosis’, penyakit kronik menyerang sistem saraf pusat yang menjejaskan fungsi otak, saraf tunjang dan saraf optik. Di bawah rawatan Profesor Madya John Moo, pakar ‘Haematologi’ akan memberikan rawatan ‘stem cell transplant’ iaitu pemindahan sum-sum tulang untuk mengembalikan sel stem yang telah dimusnahkan oleh dos tinggi kemoterapi dan terapi radiasi.



MIRACLE HISPITAL
Bahasa: Inggeris     
Hari: Setiap Isnin hingga Rabu (mulai 23 Disember) 
Masa: 7.30 Malam 
Saluran: TV1


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Komen