11 Dis 2019

,
[Dari kiri: Apex Tajuddin, Rika Riana, Daus Husny dan Aedy Kama]

HANYA empat protege yang berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Mentor Milenia 2019 yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Mereka terdiri daripada Apex Tajudin iaitu protege kepada Hazama, Daus Husny (Ernie Zakri), Rika Riana (Stacy) dan Aedy Kama (Black). 

Sementara Sharee Lopes (Akim), Arayn Malek (Hazama) dan Yazrul Arrep (Ernie Zakri) pula mengakhiri perjuangan mereka setakat pentas Separuh Akhir sahaja.


“Konsep Mentor adalah memberi tempat kepada para protege yang terbaik untuk peringkat akhir, tidak kira siapa mentor mereka. 
Pemilihan empat yang terbaik dibuat melalui juri dan juga undian awam, dan memang untuk tahun ini kami telah membuat keputusan mengambil empat finalis disebabkan beberapa faktor seperti durasi. 
Jika kami ambil seorang protege dari setiap mentor, ia seolah-olah kami sudah rancang pertandingan ini dan akan timbul perasaan tidak puas hati. 
“Kami terbuka jika dua protege dari mentor yang sama dapat melayakkan diri ke peringkat akhir tetapi kami turut pemilihan pihak juri dan undian awam. 
Minggu terakhir, para finalis perlu melakukan dua persembahan; solo dan duet bersama mentor mereka. 
Tahniah kepada para finalis Mentor Milenia 2019 dan kami harap semua dapat berikan persembahan mereka yang terbaik untuk musim ini,” kata Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif Mentor Milenia

[Dari kiri: Yazrul Arrep, Sharee Lopes dan Arayn Malek] 


Separuh akhir Mentor Milenia 2019 menampilkan tema medley dan membuka tirai dengan mentor Ernie Zakri bersama Syamel yang menyampaikan lagu Takkan Terlerai

Persembahan protege bermula dengan Sharee Lopes, protege kepada Akim yang menyanyikan lagu Sumpah dan Tak Ada Logika (penyanyi asal Aina Abdul & Agnes Monica). Menurut Altimet, ia adalah satu persembahan yang baik tetapi ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki. 

Seterusnya Daus Husny, protege kepada Ernie Zakri, salah seorang daripada para finalis telah menyanyikan lagu My Way dan Selangit (penyanyi asal Frank Sinatra & Mas Idayu). Daus yang pada minggu sebelumnya dalam tangga tercorot berjaya keluar dari zon tersebut dan telah melakukan persembahan yang baik. 




Rika Riana, protege kepada Stacy, yang minggu lepasnya bersama Daus Husny di tangga tercorot juga telah buktikan yang beliau layak memasuki peringkat akhir. Menyampaikan lagu Luka Dilukai dan Pakai Buang (penyanyi asal Shima & Stacy), Rika persembahkan lagu dengan baik sekali dan disokong koreografi yang bagus yang membantu pemarkahan beliau. 

Juara mingguan sekali lagi dan secara tidak langsung melayakkan beliau ke peringkat akhir, Apex Tajudin, protege kepada Hazama menyampaikan lagu Diari Hatimu dan Dinda (penyanyi asal Dato’ Siti Nurhaliza & Kugiran Masdo). Pementasan yang menarik dengan penceritaan beliau dari seorang busker jalanan hingga menjadi seorang bintang di Mentor Milenia menjadi tumpuan orang ramai.

Malam diteruskan dengan persembahan bertenaga dari protege Black, Aedy Kama membawa lagu Peronda Jaket Biru dan Romancinta (penyanyi asal Wings & Mojo). Susunan lagu yang amat berani dengan gabungan dua genre berbeza tetapi berjaya persembahkan vokal Aedy dengan baik sekali. 




Yazrul Arrep, protege kepada Ernie Zakri yang setiap minggu menunjuk peningkatan, telah menyampaikan lagu Bayangan Tarimu dan Jadi Aku Sebentar Saja (penyanyi asal Carefree & Judika). Malangnya persembahan beliau pada malam tersebut seakan terlalu selamat dan tidak menempatkan beliau di peringkat akhir. 

Arayn Malek, protege kepada Hazama menyanyikan lagu Lelaki Seperti Aku dan Sesungguhnya Aku (penyanyi asal Alif Satar) dan telah melakukan persembahan yang terbaik beliau buat malam ini tetapi nasib tidak menyebelahi beliau dan tidak bersama rakan seperjuangannya Apex di peringkat akhir.




Separuh akhir Mentor Milenia 2019 menutup tirainya dengan persembahan oleh Syamel dengan lagunya Curang serta persembahan medley oleh para protege dengan lagu Sampai Bila (penyanyi asal Misha Omar)  dan Donde (penyanyi asal Andi Bernadee) dalam versi keroncong. 

Pemarkahan para protege pada musim ini dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri profesional dan 40% undian awam. Undian boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.xtra.com.my/mentormilenia. 

Saksikan pentas akhir Mentor Milenia 2019 pada hari Ahad, 15hb Disember, pukul 9.00 – 11.30 malam dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (Hot FM) hanya di TV3. Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sesawang http://www.xtra.com.my/mentormilenia. 


[KREDIT: TV3/Media Prima]

10 Dis 2019

,

PELAKON Nadia Aqilah selamat bergelar ibu apabila melahirkan cahaya mata sulungnya, pada 4 Disember lalu.

Bayi perempuan comel yang lahir dengan berat 2.95kg itu diberi nama Senja Aqila binti Saiful Ridzuan.

[FOTO KREDIT: Instagram Nadia Aqilah]

"Mama said she never knew how much pain a body can take, Subhanallah. Mama kata saya naughty sebab keluar awal 3 minggu. But Mama also said when she first heard me cry, segala sakit di dunia sudah tak ada makna, sebab Senja dah ubat kan segala galanya. I can’t wait to get to know my Baba & Mama. I heard they’re pretty cool together 🤪 . 
"Please give me some time to spend time with them before my beloved aunties & uncles can come and shower me with love & kisses ok? And if you’re not feeling too well, you come visit me after you’re healed please? Baba’s fav girl,
Senja Aqila binti Saiful Ridzuan 🦋 . 
"I arrived on December 4th, 2.95 kg, 51cm. Assalamualaikum semua, may I be protected by love forever ❤️#duanadilittlemermaid," tulis pelakon filem Master Picisan ini di Instagram miliknya beberapa hari lalu.

Nadia berkahwin dengan suami, Saiful Ridzuan pada 21 April 2018.

9 Dis 2019

,

DESAS desus berkenaan status dan kedudukan Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas akhirnya terjawab menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat FINAS.


Hulu Kelang, 9 Disember 2019 – Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menerima dan meluluskan permohonan daripada Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau kepada 10 Mac 2020 di atas sebab-sebab peribadi.

Justeru, FINAS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ahmad Idham di atas segala sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di masa hadapan.

Unit Komunikasi Korporat FINAS

9 Disember 2019
,

ANTARA aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

(Kepada anda di luar sana yang mahu menghebahkan acara-acara yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel:  7klikseven@gmail.com)



[TEATER: PATAH HATI]



[TEATER: MAKYONG ALADDIN]



[SHOW: THE FRANKIE SIXES SHOWCASE @BOBOKL]



[SHOW: MALAYSIA BALLET FESTIVAL]

7 Dis 2019

,

AS WE NEAR the month of December, Starbucks® stores in Malaysia celebrate the joys of the season with you and bring the spirit of the holidays to customers’ hearts and homes. 

Family and friends are the true gifts of the Holiday season, even more reason to celebrate all things merry and bright. This is truly the season for Gifting, and at Starbucks, we have prepared a Holiday Gift Guide for you to help you along the way.

An array of Starbucks holiday merchandise collection is available with enchanting designs that will appeal to friends and families of all ages.  The new collection of tumblers features woodland animals and holiday motifs, completed by a festive palette of holiday red hues, blues and celebratory pinks and greens.

For the more discerning, the Holiday Starbucks Card series will make gifting a breeze! Simply opt for one of the festive cards to spread the joy of the season. For the first time, Starbucks will also be introducing a paper card into its collection that is in line with its sustainability efforts.

Planner addicts will surely love the Starbucks 2020 Planner, which is available in three color variants; Espresso Roast (Brown), Anniversary Blend (Blue) and Siren Edition (Pink, limited quantity).


STARBUCKS HOLIDAY GIFT GUIDE 2019


Starbucks 2020 Planner (RM188)

Available in three colors: Pink, Blue and Brown. 
Comes with a clutch bag.
A perfect gift for Planner addicts and to prepare for the upcoming new year.
Redeemable with the purchase of any 15 Grande or Venti-sized Starbucks Beverages – five of which must be Starbucks Holiday Beverages.
Available for purchase separately for RM188.00 for the Brown and Blue Option.



Starbucks Holiday Gift Bag (RM45)

Perfect for gifting this Holiday Season, the Starbucks® Holiday Gift Bag comes in a PVC bag.
Items in the bag include:
Starbucks Holiday Reusable cup
Starbucks Holiday Blend VIA; or
Teavana Tea; or
Joybean Soymilk Series (Original, Black Soy Bean and Charcoal, and Collagen)



Starbucks Holiday Cake Set (RM78)

Introducing a holiday-themed lunch box featuring our adorable Holiday Santas and Reindeer. 
Lightweight and easy-to-use-tin material includes a loaf of our Signature Fruit Cake or decadent Moist Chocolate Cake. 
Great for gifting or for everyday personal use!


Starbucks Snow Globe Collectible (RM118)

To-go-cup-shaped snow globe with the Malayan Tiger (Harimau).
Poly lid and figure with glass body in to-go-cup-shaped snow globe with red lid
Also includes iconic figures of Starbucks Holiday, such as:
Holiday Red To-go Cup
Coffee Bean
Red Apron
Wooden Floor
Christmas Tree
Laser cut copper of ‘Malaysia’.
Silver glitter ‘snow’.


Starbucks Holiday Venti Thermos  (RM168)

Stainless steel Thermos tumbler with glossy finish. 
Spill proof lid and button activated flip lid.


Polar Bear Bearista Boy (RM105)
Our Christmas Bearista Boy is ready to celebrate the holidays, dressed in a white onesie. 
Made of polyester fabric and plush.   


Starbucks 8 Cup Copper French Press (RM208)

The French press system has always been the simplest and ultimate way of brewing coffee. 
No paper filters required means more flavor without any waste. 
Pair it with the Starbucks Holiday Blend as a gift this season. 



Holiday Starbucks Card (RM30)
Make gifting a breeze this Holiday Season with our Holiday Starbucks Cards. 
Four different designs to choose from. 
With a minimum activation of RM30.


Starbucks® Polar Bear Globe Tumbler - 12oz  (RM88)
 
Double-wall tumbler with clear inner and outer cup. 
Silkscreen printed wordmark on outer cup.
Water ball with glitter powder & polar bear figure.


Starbucks® Polar Bear Window Stainless Steel Tumbler - 12oz (RM118)
 
304 SS and PP lid with double wall vacuum insulated tumbler with trusted flip lid for spill resistant functionality. 
Straight body design showcases a polar bear looking out a window.



Starbucks® Polar Bear Double Wall Mug - 12oz (RM115)
 
Double-wall construction mug made up of new bone china with full dipped clear glaze and full wrap decal.

Starbucks® Holiday Fox Double Wall Mug - 12oz (RM115)
 
Double-wall construction mug made up of new bone china with real gold and matte metallic decal.
















6 Dis 2019

,

PARADIGM MALL Petaling Jaya (Paradigm Mall PJ) menyambut kemeriahan musim percutian dengan mencatatkan rekod baharu. 

Berkunjunglah ke pusat membeli-belah ini untuk menyaksikan pokok Krismas yang diilhamkan daripada We Bare Bears dari Cartoon Network dan lihatlah sendiri ‘Pokok Krismas dengan We Bare Bears Terbanyak’ – yang pertama dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.

Pokok Krismas gergasi yang setinggi 8.3 meter dan selebar 4.5 meter ini terdiri daripada 1,202 patung mini watak We Bare Bears seperti Grizzly, Panda dan Ice Bear, serta dimeriahkan lagi dengan hiasan Krismas untuk menyambut pengunjung di Tingkat Atas (UG) Paradigm Mall PJ. Pengunjung boleh menyaksikan kemeriahan pokok ini dari 29 November.


“Krismas takkan lengkap tanpa mainan anak patung haiwan,” jelas Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Operasi WCT Mall Management.  
“Kerana itulah kami begitu teruja untuk menampilkan anak patung haiwan di dalam musim cuti ini melalui ‘Pokok Krismas dengan We Bare Bears Terbanyak’.  
Di WCT Malls, kami sentiasa mementingkan pengalaman unik untuk pengunjung kami. Pokok gergasi yang dihias dengan patung mini We Bare Bears sudah pasti akan menggembirakan pengunjung cilik dan menarik minat ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bergambar bersama, menjadikan kunjungan ke Paradigm Mall Petaling Jaya kenangan yang tidak dapat dilupakan. 
 
Selain itu, Grizz, Panda dan Ice Bear dari We Bare Bears akan membuat kemunculan istimewa di semua WCT Malls pada Hari Krismas nanti.



Bersempena dengan tema Krismas bersama beruang di Paradigm Mall PJ, pengunjung juga boleh mengambil bahagian di dalam kempen ‘Adopt the Bear’ dengan menderma RM50 kepada rumah anak-anak yatim. Penderma boleh mengumpul beruang pada 29 Disember 2019. 

Sambutan perayaan dengan suasana memberi ini sudah pasti mengukir senyuman pada wajah kanak-kanak dari House of Joy, Yayasan Sunbeams Home dan Shepherd’s Centre Foundation.


“Perayaan Krismas adalah masa untuk berkongsi kasih sayang dan kegembiraan, jadi kami ingin memainkan peranan dengan membawakan keseronokan kepada golongan yang kurang bernasib baik melalui kempen derma ini. 
Kami berbesar hati dapat berkongsikan semangat perayaan ini dengan kanak-kanak ini, serta berharap mereka boleh berseronok dengan program yang telah kami sediakan untu kmereka,” jelas Chua.

 

Pengunjung juga boleh menantikan aktiviti serba ajaib sepanjang bulan Disember di Paradigm Mall PJ melalui program yang sesuai untuk seisi keluarga, serta berpeluang bergambar di gua hiasan We Bare Bears.

Kawasan cenderahati We Bare Bears turut dibuka di Paradigm Mall PJ dari 29 November hingga 29 Disember 2019 agar pengunjung boleh membeli hadiah bertemakan beruang.


Sesi Bertemu We Bare Bears
Tarikh: 14, 15, 21, 24 & 25 Disember 2019

Mari bertemu tiga beradik beruang comel, Grizz, Panda dan Ice Bear di Paradigm Mall, Petaling Jaya! Tiga beradik ini akan memakai topi Krismas dan menjemput anda dengan pelukan kuat pada Hari Krismas ini!


Sesi Bertemu Santa & Ms. Claus
Tarikh: 30 November, 1, 7, 8, 11, 14, 15, 21, 22, 24 & 25 Disember 2019

Hari Krismas tidak akan lengkap tanpa Santa Claus. Baik atau nakal, bawalah anak-anak anda ke Paradigm Mall PJ untuk bertemu Santa dan Ms. Claus, serta bawa pulang hadiah Krismas.


Persembahan Krismas
Persembahan Tarian Akrobatik Krismas: 1, & 8 Disember 2019
Pertunjukan Tarikan Krismas Jingle Bells: 15 & 22 Disember 2019
Persembahan Smart Reader Kids: 7 & 8 Disember 2019
Persembahan Q-Dees: 30 November 2019
Persembahan Drum Connect: 7 & 28 Disember 2019

Tarian dan nyanyian Krismas mungkin biasa bagi anda, tapi pernahkah anda menyaksikan Persembahan Tarian Akrobatik Krismas? Mari saksikan bakat-bakat tempatan yang pasti menghiburkan anda dengan gerakan yang mendebarkan.

Paradigm Mall PJ juga ada pelbagai persembahan lain untuk anda saksikan sempena musim cuti ini!


Karol Krismas
Tarikh: 7, 14, 21, 24 & 25 Disember 2019

Lagu-lagu perayaan ini amat dikenali ramai, kerana itulah Krismas Karol merupakan sebahagian aktiviti menarik pada perayaan ini. Marilah bersama-sama menyanyikan lagu Krismas bersama keluarga dan rakan.


Bengkel Krismas We Bare Bears
Bengkel We Bare Bears Shadow Box: 30 November, 7, 11, 15, 22, 24, 28 & 29 Disember 2019
Bengkel Hiasan Tanah Liat We Bare Bears: 1, 8, 14, 21, 25, 28 & 29 Disember 2019
Membuat Cupcake Fondant We Bare Bears: 7, 8, 22 & 29 Disember 2019
Melukis Ising Biskut Royal We Bare Bears: 8, 22, 28 & 29 Disember 2019

Masa untuk berikan Krismas sedikit kreativiti melalui bengkel seni dan kraf yang telah diaturkan sepanjang bulan Disember 2019.


Peraduan Krismas
Peraduan Mewarna: 8 Disember 2019
Peraduan Menghias Pokok Krismas: 29 November 2019

Hadiah dan pokok Krismas adalah perkara yang paling dinantikan pada Hari Krismas. Tunjukkan kebolehan anda untuk menghasilkan hadiah, hasil kerja tangan anda sendiri. Bawalah si kecil untuk menyertai peraduan mewarna Krismas. Hasil kerja terbaik akan diberikan hadiah!

Pengunjung juga berpeluang menyertai peraduan menghias pokok Krismas. Hiasan akan diadili berdasarkan keaslian, kreativiti, penggunaan bahan dan persembahan keseluruhan. Ajaklah ahli keluarga dan rakan untuk menyertai peraduan ini kerana ia pasti merupakan aktiviti yang sesuai untuk diluangkan masa bersama. Terdapat hadiah sehingga RM5000* untuk dimenangi!



Hadiah dengan Pembelian (GWP)

Anda berpeluang menebus cenderahati We Bare Bears apabila berbelanja.

Beg Duffle We Bare Bears

Pengunjung yang berbelanja RM250 ke atas dalam tiga resit berpeluang menebus Bag Duffle We Bare Bears yang disediakan dalam warna coklat, hitam dan putih; setiapnya mewakili watak We Bare Bears: Grizz, Panda dan Ice Bear. Pemegang kad kredit HSBC dan ahli WCT Buddy hanya perlu berbelanja RM150 ke atas dalam maksimum tiga resit untuk menebus.

Pengunjung dan peminat yang tidak ingin ketinggalan menyaksikan siri We Bare Bears bolehlah menyaksikannya di saluran Cartoon Network; Astro Ch. 616 (SD) dan Astro Ch. 636 (HD).

Untuk keterangan lanjut tentang aktiviti dna promosi, sila layari laman web pusat membeli-belah ini dan platform media social di:

Laman Web: www.paradigmmall.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmPJ/

*Tertakluk pada Terma & Syarat

5 Dis 2019

,

DUNIA seni hiburan tanah ari dikejutkan dengan berita permergian penyanyi popular era 1980an, Datuk Nassier Wahab yang menghembuskan nafas terakhir pada 12.45 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur akibar Kanser Gusi.

Allahayarham Nassier atau nama sebenarnya Mohd Nasir Abdul Wahab, 57, tidak sedarkan diri selepas muntah darah dan disahkan meninggalkan dunia 40 minit kemudian.

Terdahulu sebelum itu, Allahyarham menghidapi ketumbuhan pada gusi dan menjalani pembedahan pada September lalu. Selelepas itu, Allahyarham mula menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi.

Allahyarham yang terkenal dengan lagu Memori Cinta Luka, Sekali Aku Jatuh Cinta, Gadis Bermata Biru dan lain-lain meninggalkan seorang isteri, Datin Fatimah  Abd Rau Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah, 22.

ALFATIHAH dan salam takziah buat keluarga Allahyarham.


BIODATA NASSIER WAHAB

NAMA SEBENAR:
Mohd Nasir Abd Wahab
TARIKH LAHIR: 
18 April 1962
UMUR: 
57 Tahun
ASAL: 
Pulau Pinang
ISTERI: 
Datin Fatimah Abd Rauf, 56.
ANAK: 
Intan Najihah, 22
MULA AKTIF DALAM BIDANG SENI: 
1985
LAGU POPULAR: 
Bayangan Wajah Duka, Memori Cinta Luka, Sekali Aku Jatuh Cinta, Gadis Bermata Biru dan lain-lain
PENCAPAIAN: 
Anugerah Vokal Lelaki Pilihan Anugerah ERA 2004.

4 Dis 2019

,

PENGACARA Popular, Neelofa mengumumkan bakal berundur daripada MeleTOP selepas lapan tahun tahun bersama program infotaiment popular itu.

Pengumuman itu dilakukan Neelofa atau Lofa secara langsung dalam program tersebut pada Selasa.

Menurutnya, keputusan berat tersebut terpaksa dilakukan demi komitmen baharu yang bakal digalas menerusi sebuah program baharu yang akan diperkenalkan astro tidak lama lagi.

Mengakui amat serasi dengan rakan hos, Nabil Ahmad dan teka produksi Meletop, kata Lofa, tidak mudah untuk dia membuat keputusan tersebut.




Apapun selebriti asal Kelantan itu akan menjalankan tugasannya seperti biasa sepanjang bulan bulan ini, sebelum berakhir pada 31 Disember depan.

Dalam pada itu, pihak Astri belum mendedahkan siapa pengganti Lofa untuk bergandingan bersama Nabil. Teka-teki itu hanya akan terjawab pada siaran pertama Meletop untuk tahun 2020.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, Lofa dan Nabil merupakan gandingan serasi yang menghidupkan MeleTOP menjadi sebuah program kegemaran ramai.

Apa pun Good luck untuk Lofa!