21 Okt 2019

10 PROTEGE TERBAIK SUDAH DIPILIH! SAKSIKAN MEREKA DI PENTAS MENTOR MILENIA 2019!


SETELAH tiga episod ditayangkan, program realiti Mentor Milenia yang mencari bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur berjaya dan berkemampuan di dunia seni sudah senaraikan siapa protege bagi para mentor Black, Hazama, Akim, Stacy dan Ernie Zakri. 

Mentor Milenia yang menampilkan format terbaharu ini pastinya memberikan saingan paling sengit antara protege-protege terpilih dan pada masa sama memberikan tanggungjawap berat kepada kelima-lima mentor berpengalaman ini. 

“Format baharu yang diperkenalkan pada musim ini mencabar para mentor kerana mereka perlu berebut untuk mendapatkan protege yang mereka inginkan, tetapi pilihan tetap di tangan bakal protege. 
Daripada 20 bakal protege yang kami sudah senarai pendekkan, kini kami sudah mendapat 10 protege yang akan bertanding di pentas Mentor Milenia mulai 27 Oktober ini.” kata Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif Mentor Milenia.


10 protege bertuah yang terpilih untuk mewarnai pentas Mentor Milenia kali ini adalah:




(Mentor Black: Aedy Kama & Bulan)


(Mentor Hazama: Apex Tajudin & Arayn Malik)


(Mentor Akim: Sharee Lopes & Ryan Que)


(Mentor Stacy: Remy Manaf & Rika Rianty)


(Mentor Ernie Zakri: Daus Husny & Yazrul Arrep)


Juri profesional yang terpilih untuk Mentor Milenia kali ini terdiri daripada mereka yang sangat berpengalaman dalam bidang hiburan iaitu Altimet dan Datuk Syafinaz. 

Pemarkahan para protege pada musim ini dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri profesional dan 40% undian awam. Undian boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.xtra.com.my/mentormilenia. 

Juara Mentor Milenia tahun ini akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi Mentor Milenia 2019. Selain itu, juara juga bakal mendapat lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama di Malaysia, lengkap berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3. 

Pemenang juga akan menerima waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000 dan dokumentari pendek kisah mereka sepanjang di Mentor Milenia untuk disiarkan di saluran YouTube TV3.

Mentor Milenia dibawa khas oleh penaja utama KFC, Sedap Hingga Menjilat Jari dan penaja bersama, OPPO A9 2020, 48MP Kuad Kamera, 8GB RAM + 128GB ROM.  

Pihak produksi Mentor Milenia 2019 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Aeizul Reeza Bin Ismail selaku Penerbit.

Saksikan Mentor Milenia setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 10 episod dan dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (Hot FM). Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sesawang http://www.xtra.com.my/mentormilenia.


[KREDIT: TV3]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan