15 Sep 2019

KEINSAFAN DI SEBALIK TIRAI BESI


TIRAI Keinsafan menampilkan pelakon Fikhree Bakar, Qazem Nor, Zaidi Rock, Nina Iskandar, dan Azri Iskandar disiarkan RTM mulai 9 September lalu, setiap isnin hingga Jumaat, pukul 3.05 petang di TV1 bakal berkongsi kisah kehidupan seorang banduan yang baru dimasukkan ke dalam penjara yang diketuai oleh abang kandungnya sendiri merupakan pengarah penjara tersebut.

13 episod ini mengetengahkan plot berlaku kepada Muaz seorang pelakon mempunyai isteri bernama Ummi. Satu hari, dia ditangkap berkaitan dengan kes dadah dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun. 

Beliau dimasukkan ke penjara Seremban di mana pengarah penjara ialah Tuan Muhsin adalah abang kandung Muaz. Ummi sedih dan malu dengan kejadian itu apatah lagi ayahnya merupakan seorang YB. Ayah Ummi mendesaknya menuntut cerai.

Di penjara Muaz mula belajar untuk menyesuaikan diri. Ada di antara banduan dan staf penjara mula bercakap dengan hubungan adik beradik Tuan Muhsin dengan Muaz. Ummi yang tinggal bersama ibu Muaz diterima bekerja di syarikat. 

Banduan bernama Rejab berdendam dengan Tuan Muhsin dengan ketegasan beliau terhadap banduan yang degil termasuk dirinya. Dia sengaja membangkitkan kemarahan Muaz. Ibu bapa Ummi meminta cerai dari Muaz dan pulang ke rumah mereka. 

Tuan Muhsin mohon Muaz dikekalkan di penjara seliaan beliau walaupun pihak atasan ada mencadangkan agar Muaz ditukarkan ke penjara lain atas alasan pertalian adik beradik. Muaz sering dibuli oleh Rejab serta kuncu-kuncunya namun ada ketika situasi Muaz diselamatkan oleh Zubir, seorang banduan berpengaruh dan ditakuti di situ. 

Anak-anak Muaz mula merindui beliau sehingga ada yang jatuh sakit. Ummi terserempak dengan Sally ketika beliau sampai di penjara untuk melawat Muaz. Beliau terkejut apabila Sally mengaku yang dirinya merupakan kekasih Muaz yang ditangkap bersama Muaz tempohari tetapi dilepaskan atas bantuan ayah Sally.

Muaz gembira apabila pihak pengurusan penjara membenarkannya membantu doktor di hospital penjara berdasarkan pengetahuan beliau dalam bidang perubatan. Rashid, rakan sel penjara Muaz berkongsi kisah beliau yang menyebabkannya di penjara. 

Fikiran Ummi kusut memikirkan masalah yang dihadapinya setelah Muaz dipenjarakan. Majikan Ummi iaitu Ikram mengambil berat tentang dirinya. Pembantu Tuan Muhsin, Madzir melaporkan kepadanya bahawa Muaz mengikuti program serta latihan dengan patuh dan berdisiplin.

Mak Mah melawat Muaz di penjara namun Ummi tidak hadir kerana bekerja. Sally menyebarkan berita palsu bahawa Muaz bersetuju untuk berkahwin dengannya. Ikram cuba memikat Ummi. Muaz sentiasa diganggu Rejab mujur Zubir menyelamatkannya. Sementara itu, Ummi bawa anak-anak pulang ke kampung menziarahi datuk dan nenek mereka. 

Muaz sentiasa dinasihati oleh pegawai penjara agar patuh kepada program pemulihan agar hukuman beliau diringankan. Sally masih menaruh harapan terhadap Muaz. Anak-anak Muaz, Bella dan Bienda kecewa Ummi enggan membawa mereka melawat Muaz di penjara. 

Mereka secara senyap-senyap ponteng sekolah dan menaiki bas untuk bertemu dengan ayah mereka di penjara. Tuan Muhsin terkejut apabila pegawainya membawa mereka bertemunya.

Muaz terkejut dengan kehadiran Bella dan Bienda. Mereka juga berkongsi kisah bahawa ibu mereka, Ummi tidak mahu membawa mereka melawat Muaz. Ummi memarahi tindakan mereka. Ikram semakin rapat dengan Ummi dan mula keluar bersama. 

Sally menangkap gambar curi Ummi makan dengan Ikram juga cuba melanggar Ummi dengan kereta namun berjaya diselamatkan Ikram. Rejab meminta maaf kepada Muaz atas kekasaran yang dilakukannya selama ini manakala Zubir berkongsi kisahnya dengan Muaz.

Zubir bercerita kesalahannya mencuri wang ibunya untuk membeli dadah. Semasa di penjara, ketika beliau bertekad untuk berubah, ibunya meninggal dunia. Ikram dan Ummi semakin mesra dan kerap keluar bersama. Situasi ini meresahkan Mak Mah namun Ummi memarahinya pula. 

Mak Mah membawa diri ke rumah Muhsin dan berkongsi kisah layanan Ummi terhadapnya. Ikram mencadangkan Ummi menghantar anak-anaknya pulang ke kampung bagi membolehkan Ummi bebas dan meluangkan lebih masa bersamanya.

Mak Mah melawat Muaz di penjara dan memberitahu yang dia tidak tinggal bersama Ummi dengan alasan Ummi dah mula berubah. Muaz kecewa setelah mendengar berita tersebut. Muhsin menelefon Ummi bertanyakan permintaan Muaz untuk Ummi melawatnya di penjara dan Ummi menyatakan yang dia sibuk di pejabat. 

Sofea, seorang detektif menyamar sebagai pelakon untuk mengintip satu sindiket dadah. Ikram membawa Ummi bercuti dan melamar menjadi isterinya. Beliau berharap agar Ummi menerima lamarannya dan meminta cerai dari Muaz. Mak Mah yang tidak sihat telah jatuh pengsan di bilik dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ikram dan Ummi pulang ke kampung untuk menjemput Bella dan Bienda. Ummi berterus terang tentang lamaran Ikram dan menyuruh ibu bapanya bertemu Muaz di penjara bagi mendesaknya menceraikan Ummi. 

Bella marah dengan tindakan ibunya seperti tidak lagi mempedulikan ayahnya. Ummi bersama ibu dan ayahnya melawat Muaz dan Ummi meminta Muaz menceraikannya. Muaz mohon masa memikirkan permintaan Ummi manakala Ummi terus mendesak Muaz. Muhsin juga meminta Ummi memaafkan Muaz dan mempertimbangkan semula keputusannya namun tidak diendahkan Ummi.

Muaz jadi tidak keruan di dalam penjara memikirkan permintaan cerai oleh Ummi. Sally pula hilang pertimbangan memikirkan Muaz. Seorang demi seorang anggota sindiket dadah ditangkap hasil penyamaran Sofea termasuk ‘boss’ beliau sebagai penerbit filem. 

Ikram menjemput Ummi untuk dibawa berjumpa dengan ibu bapanya namun beliau mengalami kemalangan dilanggar sebuah kereta dan meninggal dunia. Sejak peristiwa itu, Ummi menjadi kemurungan dan selalu menyendiri di rumah. Mak Mah disahkan mengalami kegagalan sebelah buah pinggang beliau dan perlu banyak berehat.

Ummi berhenti kerja setelah Ikram meninggal dunia. Ibunya tinggal buat sementara waktu bersama Ummi bagi memulihkan semangatnya. Lisa menjemput Bella dan Bienda untuk dibawa berjumpa dengan nenek mereka, Mak Mah di rumah Muhsin. 

Muaz dibawa berjumpa dengan Tuan Muhsin di mana beliau diberikan khabar gembira. Permohonan parol Muaz oleh pihak penjara telah diluluskan yang bermakna Muaz akan dibebaskan. Mak Mah gembira dan bersyukur dengan berita tersebut. 

Lisa berhasrat untuk membawa Bella dan Bienda untuk bertemu dengan ayah mereka pada hari dibebaskan. Beliau turut mengajak Ummi untuk turut serta namun Ummi keberatan untuk bertemu Muaz pada hari pembebasan beliau. Lalu apakah kesudahannya? 



TIRAI KEINSAFAN
Bahasa: Melayu
Episod: 13       
Hari: Setiap Isnin hingga Jumaat (Mulai 9 September) 
Masa: 3.05 petang 
Saluran: TV1 
Pelakon: Fikhree Bakar, Qazem Nor, Zaidi Rock, Nina Iskandar dan Azri Iskandar


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan