10 Mac 2019

KELUARGA KAMIL, ANAK ANGKAT BERBEZA BANGSA


MEMBESARKAN anak termasuklah anak angkat sememangnya bukan mudah. Apatahlagi bila lima kesemuanya anak angkat itu berlainan agama, bangsa dan budaya. Namun Rahmat berjaya membuktikan itu semua bukan penghalang kepada kejayaan membentuk keluarga sempurna yang bahagia.

Realitinya kisah yang menyuntik motivasi ini dibawakan RTM dalam drama bersiri kekeluargaan bertajuk Keluarga K.A.M.I.L yang disiarkan mulai 11 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 3.05 petang di TV1.

Dibintangi pelakon Zulkifli Ismail, Khaty Azean, Eyra Hazali, Neera Azizi, Adam Aliff Tay, Mas Khan dan Surya Prasanth Naidu, 13 episod arahan Malek Rahman ini memaparkan babak memperkenalkan keluarga Rahmat dan isterinya, Kuntum. Rahmat merupakan Ketua Polis Daerah yang bakal bersara. Mereka yang tidak dikurniakan zuriat sendiri tinggal bersama-sama lima orang anak angkat yang berbeza agama, budaya dan negeri kelahiran. 

Karl, anak angkat sulongnya berasal dari Sabah dan bekerja sebagai penyelia jualan di sebuah syarikat. Yang kedua Aisyah dari Kelantan sedang berusaha mencari pekerjaan. Mereka turut memelihara Mohan, berketurunan India yang kini menuntut di Universiti. Dua lagi Intan (berketurunan Iban) dan Lynus, berbangsa Cina yang masih bersekolah.

Rahmat risau penjenayah dikenali sebagai Ray yang telah membunuh Lynus masih belum diberkas. Pada masa sama Rahmat merancang membawa keluarganya berpindah ke kampung setelah bersara. Cadangannya itu disambut baik oleh kesemua anak-anak angkatnya. Sementara itu Ray mengupah orang menculik Lynus namun cubaannya gagal. Karl pula berusaha mencari kerja baru.




Kuntum tiba-tiba pengsan dan disahkan doktor mengalami darah rendah. Anak-anak angkatnya risaukan ibu mereka termasuk Mohan. Mohan yang tergesa-gesa pulang cuai hingga motorsikalnya hilang dicuri. Rahmat berbaik dengan Pak Mail dan membantunya membesarkan perniagaan ternakan kolam ikannya. Karl membuka kedai buah-buahan dan Aisyah mencuba nasib menjadi pelakon teater. Intan memberitahu Karl dia nampak orang asing mengekori Lynus.

Sementara itu Ray sentiasa mengekori Rahmat untuk membalas dendam. Karl dan Aisyah kecewa kerana ayahnya sering mungkir janji. Karl mendapat pelanggan istimewa. Ketika itu Karl juga mengambil Abu bekerja dengannya tanpa menyedari Abu adalah orang upahan Ray. Mohan juga turut bekerja dengan abangnya. 

Dia turut menasihati Karl yang ambil mudah urusan perniagaannya dan sibuk keluar dengan teman wanitanya Khalida. Abu pecah amanah dan mencuri wang namun dia menuduh Mohan yang mencuri. Mohan kecewa bila Karl percaya cakap Abu.

Rahmat berkongsi kerisauan tentang Ray dengan Pak Mail. Ray cuba menculik Lynus dan Intan namun sekali lagi gagal. Karl melamar Khalida namun ditolak. Karl yang kecewa mula sedar silapnya mengabaikan kerjanya. Dia meminta maaf kepada Mohan kerana menuduhnya mencuri.

Keluarga mereka risau dengan kehadiran mak cik Mohan yang mahu mengambilnya semula. Karl berjaya menangkap Abu dan dia mengakuinya. Lynus cemburu Mohan yang ingin dimabli semula keluarganya dan dia menghubungi pak ciknya di London menggunakan emel. Pak Mail alih perhatian bila keluarga Rahmat syak perbuatannya.

Satu hari Rahmat bertemu semula dengan kawan lamanya Noraini dan simpati dengan kejadian menimpa suami Noraini yang disahkan kanser. Rahmat berjanji mahu membantu Noraini mendapatkan bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kuntum salah sangka suaminya ada hubungan dengan Noraini. Bila diberitahu perkara sebenar, dia kembali berbaik dengan suaminya.  

Ketika itu masyarakat kampung digemparkan dengan kehadiran penagih dadah di kampung mereka. Rahmat telah dilantik memnagku jawatan ketua kampung. Pak Mail mula mengalih perhatian Rahmat dengan memintanya menghantar bekalan ikan ke Kuala Lumpur. 



Pak Mail mengupah Izam menggantikannya menguruskan Geng Tupai yang menjadi pengedar dadah di kampung mereka kerana risau rahsianya terbongkar. Pak cik Lynus datang mahu mengambilnya tinggal bersama mereka. Karl dapat menghidu hubunga Izam dengan Khalida. 

Secara mendadak isu penagih dadah di kampung mereka selesai. Rahmat dan Pak Din curiga dengan situasi itu. Keluarga Rahmat sedih kehilangan Lynus yang mengikut pak ciknya ke Kuala Lumpur. Ibu Aisyah pula datang menuntut kembali anaknya daripada peliharaan keluarga Rahmat.

Polis dan jawatankuasa keselamatan kampung melakukan rondaan. Aisyah diambil keluarganya dan berpindah ke Kelantan. Kuntum bertambah sedih bila Rahmat sibuk ke Kuala Lumpur menguruskan penghantaran ikan. Dia sunyi kerana anak-anak angkatnya tidak lagi tinggal bersamanya. Izam pula memberi amaran kepada Karl jangan mengganggu kekasihnya Khalida.

Nasihat Karl supaya Khalida berhati-hati dengan Izam tidak dipedulikan gadis itu. Karl telah dipukul ketika kedainya dipecah masuk. Kejadian mencuri terus berleluasa di kampung mereka. Pihak polis akhirnya berjaya memberkas Izam dan menangkapnya. 

Di penghujung cerita adakah Lynus dan Aisyah pulang kembali kepada keluarga Rahmat? Berjayakah pihak polis memberkas Pak Mail? Ikuti kesudahannya di TV1. 



KELUARGA KAMIL
Bahasa: Melayu
Episod: 13      
Hari: Setiap Isnin hingga Jumaat 
Masa: 3.05 Petang 
Saluran: TV1
Arahan: Malek Rahman 
Pelakon: Zulkifli Ismail, Khaty Azean, Eyra Hazali, Neera Azizi, Adam Aliff Tay, Mas Khan, Surya Prasanth Naidu


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan