18 Dis 2018

KAMAL ADLI HILANG INGATAN?



SUDAH lama rasanya tidak nampak kelibat Kamal Adli di kaca televisyen. Katanya dia hilang ingatan, dan terkejarkan Siti Saleha pula. Jangan buat hal Kamal, Siti Saleha kan isteri orang? 

OK kisah ini bukan di alam realiti, tetapi merupakan kisah di dalam drama terbaharu yang menggandingkan mereka berdua di slot Samarinda, Jika Masih Ada Rindu mulai 19 Disember ini. Kamal Adli bergandingan dengan dramatis hebat, Siti Saleha sebagai pasangan suami isteri. 




Drama 14 episod ini arahan Feroz Kadir ini mengisahkan Hisyam yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida. Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina dan perlu menjaga ibunya yang sakit, telah menjarakkan hubungan mereka. 

Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian. Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. 




Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun, ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham. 

Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham? Saksikan kesudahannya di slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam. Tetapi mulai 1 Januari 2019, Jika Masih Ada Rindu akan bersiaran dari hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.



JIKA MASIH ADA CINTA
Bahasa: Melayu
Episod: 14     
Hari: Setiap Isnin-Khamis
Masa: 10 petang 
Saluran: TV3 (Slot Samarinda)
Pengarah: Feroz Kader 
Pelakon: Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Ku Zara Eryna


[KREDIT: Media Prima/TV3]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan