21 Nov 2018

JIWANYA MENGIDAMKAN KESEMPURNAAN, RAISHA KEMBALI


SETIAP manusia pastinya mempunyai cita-cita semenjak dari usia muda. Menuntut seribu satu usaha demi menggapai cita-cita, tonton membawakan sambungan siri original Raisha yang bersiaran di slot Lestary TV3 untuk para penonton. 

Siri Original tonton - Raisha 2 yang diarahkan oleh pengarah Nizam Zakaria dan skrip oleh Mufid Suhaimi bakal bersiaran sebanyak 12 episod secara eksklusif di tonton dalam format definisi tinggi (HD). 

Siri drama ini mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. 

Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti. 

Raisha yang bercita-cita ingin menjadi selebriti terkenal mengorak langkah dengan meninggalkan keluarganya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Rashdan, yang menjanjikan watak utama untuk filem akan datang.

Fuad yang marah dengan tindakan Raisha masih tidak mahu menceraikan Raisha kerana terlalu mencintainya. Namun untuk Raisha, penceraian adalah jalan terbaik selepas tidak tahan lagi dengan karenah Fuad yang memaksanya untuk berubah. 

Datin Diana Danielle membawakan watak utama sebagai Raisha manakala Hafidz Roshdi membawakan watak Fuad. 

Turut membintangi drama ini termasuk aktor Fadlan Hazim, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Ridzuan Hashim, Reen Rahim, Tunku Hanis dan Aisyah Atan. 

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata,

"Genre drama adalah pilihan tontonan paling popular di platform tonton, seterusnya membuatkan kami bersemangat mengolah semula kisah Raisha. Raisha yang bakal disiarkan di tonton akan menampilkan dua pengakhiran yang berbeza; menambahkan keterujaan peminat drama Raisha.’’

Tambahnya lagi,

"Raisha 2 akan turut ditayangkan di slot Lestary TV3 dua minggu selepas tayangan awal di tonton. Penonton boleh menikmati kesemua episod secara terus-menerus menerusi platform tonton sebelum siaran TV,’’


[KREDIT: tonton]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan