7 Okt 2018

KISAH DAN LAGU, TRIBUTE BINTANG LAGENDA


SEPANJANG karier dan penglibatan dalam industri muzik tanah air, pelbagai kejayaan dan memori manis terpahat dalam kanvas seni dua insan seni, Datuk Zainal Abidin dan Azian Mazwan Safuan. Sebahagian besar dalam kalangan penonton juga membesar dengan lagu-lagu mereka yang malar segar sehingga kini.

Tampil dengan tema Kisah dan Lagu minggu ini, 7 Oktober, pukul 9.00 malam menerusi TV1, slot Dimensi Legenda terus mengambil tempat menghiburkan penonton setia RTM dengan kemunculan lima artis unggul tanah air menyampaikan keseluruhan 13 lagu. 




Azian Mazwan Safuan pernah merakamkan album Erti Budi (1987), Bukan Belas Bukan Simpati (1988) dan yang terakhir, Impian pada 1991 dengan lagu popular, Rumah Kecil Tiang Seribu dan Cinta Embunan Pagi.

Siapa yang tidak mengenali penyanyi Azian Mazuan Sapuan. Terbaharu Azian kembali mengubati kerinduan peminatnya dengan muncul dalam program terbitan Unit Hiburan TV RTM ini. Tiga lagu dipilih untuk didendangkan termasuklah ‘Erti Budi’, ‘Rumah Kecil Tiang Seribu’, dan ‘Bukan Belas Bukan Simpati’ yang masih setia meniti di bibir peminat. 

Ternyata kemunculan Datuk Zainal Abidin yang pastinya ditunggu-tunggu dengan lagu ‘Hijau’, ‘Manis’ dan ‘Kau di Hatiku’, juga mampu membuatkan peminat setianya terpukau dengan persembahan bertenaga beliau.  




Dua lagu dendangan penyanyi Zur Eda iaitu lagu ‘Pelitaku’, dan ‘Lama Tak Jumpa’ turut dipilih dinyanyikan di pentas program ini. Saksikan juga kemunculan artis Jaafar Onn menyanyikan lagu ‘Mencari Kawan’. 

Menambah semarak persembahan, Daniel Lee yang sudah agak lama menyepikan diri menyampaikan medley lagu ‘Kisah Kau dan Aku’ juga diikuti lagu ‘Berjuta Batu’. Semua artis terlibat memilih mendendangkan lagu ‘Ikhlas Tapi Jauh’ sebagai kenang-kenangan kepada seluruh penonton TV1.

Program menampilkan hos Raja Azura ini telah dirakamkan pada 15 Julai lalu bertempat di Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur.



KISAH DAN LAGU
Tarikh Tayangan: 7 Oktober 2018
Hari: Ahad
Masa: 9 Malam
Saluran: TV1 (Slot Dimensi Lagenda) 
Terbitan: RTM   
Pengacara: Raja Azura


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan