31 Okt 2018

FOLLOW YOUR HEART, KONGSI KERJAYA IMPIAN


RTM berkongsi kepelbagaian program siarannya dengan menayangkan rancangan berbentuk majalah Mandarin bertajuk ‘Follow Your Heart’  mulai 24 Oktober ini, setiap Rabu, pukul 11.30 pagi menerusi saluran TV2.

Bersiaran sepanjang 13 episod, program ini menampilkan pengacara Chai Cheng Sheong berbincang dan berkongsi pengalaman dengan 'mentor' (guru) tentang ciri-ciri utama yang mesti dipenuhi untuk setiap kerjaya impian dapat dipelajari oleh 'mentee'nya (murid) dari segi  penggunaan peralatan, pengetahuan bidang dan kesediaan fizikal dan mental dalam bidang kerjaya yang dipilih. 

Pada masa sama 'mentee' (murid) diuji serta-merta setelah mempelajarinya. Sebagai tambahan, 'mentor' (guru) berkongsi pengalaman tentang kisah, impian hidup dan cabaran yang dihadapi sebagai seorang yang menyandang kerjaya impian ini.

Episod pengenalannya membawa penonton mengetahui secara lebih terperinci tentang kerjaya seorang Cef Pemakanan (Nutrition Chef) dengan mengundang mentor bidang ini bernama Clement Tay Weng Sen. Cef Pemakanan dan 'mentee' murid iaitu Gladys Goh mempelajari tentang perkara-perkara seperti teknik penggunaan pisau yang betul dan berkesan semasa menyediakan masakan dan daging. 

Tip-tip dan resipi memasak spageti Carbonara dan Aglio Olio juga resipi menu 'Dorry Fish' dengan spageti yang menggabungkan teknik masakan Barat dan Timur. Gladys Goh menyediakan satu hidangan spageti yang baru dipelajari bercorak 'sarang burung' bagi satu kumpulan seramai dua puluh orang.

Selami kerjaya seorang jurugambar professional bersama Yong Bing Song, seorang jurugambar dan 'Mentee' iaitu Alex Yap Choon Kiat melakukan perkara-perkara seperti yang berikut teknik penggunaan kamera, lampu sinaran, 'photoshop'. 

Tip-tip mengambil gambar objek hidup yang bergerak seperti orang dan model. Teknik mengambil gambar bagi objek statik dan teknik mengambil gambar di luar atau dalam bilik. Alex Yap diberi satu ujian mengambil gambar ke atas seorang model bersama dengan sebuah basikal di luar bilik.

Menarik tentang kerjaya Barista yang boleh dikongsikan dengan semua. Hos berbincang dan berkongsi pengalaman bersama 'Mentor' Rayny Lee Sek Fun, seorang Barista dan 'Mentee' Daryll Yang mengetahui teknik penggunaan mesin kopi serta alat-alat sampingan', berkongsi tip membuat kopi-kopi yang berasa baik dan digemari ramai. 

Daryll telah di beri satu tugas khas mengumpulkan matlumat penting tentang serba-serbi dan kedudukan kedai kopi dan cafe di Malaysia dan kemukakan laporannya dalam satu minggu.

Zentangle? Apakah itu Zentangle? Berkongsi pengalaman bersama penceramah Soo Mee Chee, pakar dan pelukis Zentangle dan 'Mentee' iaitu Andrew Tan Chin Aun mengetahui kebaikan dan faedah belajar Lukisan Zentangle, prinsip asas melukis Zentangle. 

Andrew Tan Chin Aun seorang mahasiswa perubatan berminat menggabungkan ilmu perubatan dan lukisan Zentangle untuk memberi terapi yang berkesan kepada pesakit yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran dalam kedua-dua bidang ini pada masa akan datang. 

Berbincang dan berkongsi pengalaman bersama 'Mentor' Charmaine Chen, seorang Pereka Fesyen Rambut dan 'Mentee' Ng Chuan Hoo berkongsi masalah dan tahap kedukaan ke atas tangan dan jari kerana bahan kimia dalam syampu, menerangkan dan tunjuk ajar langkah dan prosedur yang tepat bila mencuci, mengeringkan, mengeraskan dan melembutkan rambut. 

Dalam episod ini Ng Chuan Hoo mencapai ke tahap kemahiran dan pelajarannya dalam masa seminggu sahaja. 

Pakar berlian? Sekali dengar menarik bukan tentang kerjaya ini. Kongsikannya bersama Joeson Khor, seorang pakar berlian dan 'Mentee' Tan JIa Qi melakukan piawai penilaian berlian dengan kaedah 4C (Carat Weight, Cut, Clarity & Colour), kejelasan/kejernihan (‘Clarity’) dilanjutkan dengan IF, VVS1, VVS2, VS1, VS2, SI1, SI2, SI3 serta I1, I2 dan I3. • Tan Jia Qi ialah seorang Pakar Fesyen tetapi Tan berhasrat menjadi seorang pereka bentuk berlian sejak kecil. Joeson Khor telah memenuhi impian Tan Jia Qi.

Bersama 'Mentor' Fabian Wong, seorang Pesolek Khas  dan 'Mentee' Danny Yeap Chin Khen mengetahui perkara-perkara seperti aplikasi pesolek khas dalam sesuatu tayangan dan persembahan, prinsip asas, senang yang cepat dan jimat apabila menjalankan solekan khas. Danny Yeap Chin Khen diberi satu ujian untuk membuat dan melakukan satu solekan khas agar impiannya sejak kecil dapat dipenuhi. 

Episod kerjaya sebagai artis mengundang tetamu Phillip Wong Hon Keong, seorang Artis dan 'Mentee' Michelle Ho,  kerjaya pakar Feng Shui bersama 'Mentor' Wong Hui Ling, dan 'Mentee' Tan Wei Lee, kerjaya ‘Beat Boxer’ menampilkan tetamu Cody Foo Jia Hoa, seorang ‘Beat Boxer’ dan 'Mentee' Ang Yong Khang menerangkan serta menunjukkan suara asas dan suara yang lebih rumit “Beat Boxer”. 

Ikuti juga episod membongkar kerjaya seorang penari bersama Lau Lek Seng, seorang penari dan 'Mentee' Lim Tai Kim menerangkan dan memberi tunjuk ajar serta mengubahsuaikan langkah tarian dan fikiran untuk warga emas juga kerjaya 'Mentor' Khoo Meng Yang, seorang ‘Kickboxer’ dan 'Mentee' Emily Lim Pey Chi seorang pelakon. Emily menerangkan sebab-sebab dia menyertai “kickboxing” untuk kerjaya seorang pelakon yang berjaya. 


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan