17 Okt 2018

FESTIVAL TEATER MALAYSIA - TEATER DILARANG MENYANYI DI BILIK MANDI


FESTIVAL Teater Malaysia (FTM) kembali lagi! Bermula 15-21 Oktober ini, sebanyak enam kumpulan bakal berentap untuk merebut gelaran Teater Terbaik.

FTM yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan berlangsung selama seminggu, di mana setiap hari finalis yang terlibat akan tampil membuat persembahan.

Pementasan ini akan berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, jam 8.30 malam. 

Enam kumpulan teater yang layak ke peringkat kebangsaan ialah Tronoh Theater Shop Kuala Lumpur (Mahkamah Keadilan), Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching (Metamorfosa Kosong),  Kumpulan Politeknik Nilai, Negeri Sembilan (Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi), Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri Perlis (Mat Derih Kola Perlih), Kelab Teater Smart Melaka (Warga 5) dan Senandika Universiti Malaysia Pahang (Asrama-Ra).


FINALIS KETIGA 
Kumpulan Politeknik Nilai (Negeri Sembilan)
17 Oktober 2018, Rabu, 8.30 malam 

Ditubuhkan pada tahun 2017 di bawah Unit Kebudayaan Politeknik Nilai, Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan. Kumpulan ini ditubuhkan adalah untuk menambah profail para pelajar Politeknik selain daripada bidang akademik yang condong kearah kejuruteraan. Selain itu, kumpulan ini turut diwujudkan bagi menyertai dan menyemarakkan Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sembilan 2017. 


Tajuk: Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi
Karya: Seno Gumira Ajidarma
Olahan dan Arahan: Noor Idlah Abdul Halim

Sinopsis
Semenjak kehadiran Sapiah di kampung tersebut, tingkah – laku para suami di kampung mulai aneh. Pada jam tertentu setiap paginya mereka sering menghilang dari rumah masing – masing. Tentu saja para ibu menjadi resah akan situasi sedemikian. Pada awalnya hanya seorang dua golongan ibu yang menyampaikan keresahan mereka di antara satu sama lain. Ternyata buah mulut ini semakin menjadi masalah kepada semua penduduk di kampung tersebut. Tidak hanya itu, ternyata juga para suami turut merasakan sikapnya mulai dingin dan curiga terhadap isteri sendiri.
Atas desakan para ibu yang semakin resah dengan tingkah laku para suami, Tok Ketua dan Mak Som menetapkan peraturan yang dianggap merupakan jalan terbaik iaitu melarang Si Sapiah menyanyi di bilik mandi. Apakah akan selesainya segala masalah? Kita sama-sama ketahuinya dalam Teater Ala Muzikal, Di Larang Menyanyi Di Bilik Mandi…


[KREDIT: JKKN]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan