15 Okt 2018

FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2018, TEATER MAHKAMAH KEADILAN


FESTIVAL Teater Malaysia (FTM) kembali lagi! Bermula 15-21 Oktober ini, sebanyak enam kumpulan bakal berentap untuk merebut gelaran Teater Terbaik.

FTM yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan berlangsung selama seminggu, di mana setiap hari finalis yang terlibat akan tampil membuat persembahan.

Pementasan ini akan berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, jam 8.30 malam. 

Enam kumpulan teater yang layak ke peringkat kebangsaan ialah Tronoh Theater Shop Kuala Lumpur (Mahkamah Keadilan), Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching (Metamorfosa Kosong),  Kumpulan Politeknik Nilai, Negeri Sembilan (Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi), Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri Perlis (Mat Derih Kola Perlih), Kelab Teater Smart Melaka (Warga 5) dan Senandika Universiti Malaysia Pahang (Asrama-Ra).


FINALIS PERTAMA 
Tronoh Theatre Shop Kuala Lumpur
15 Oktober 2018, Isnin, 8.30 malam 

Tronoh Theatre Shop (TTS) adalah sebuah kumpulan produksi teater, sketsa dan ‘mime’ di Universiti Teknologi PETRONAS yang terletak di Tronoh, Perak. TTS bernaung di bawah Jabatan Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar – UTP (JPSP – UTP) dan aktif membuat persembahan sempena majlis-majlis atau program di dalam dan juga di luar UTP. TTS juga melahirkan bakat-bakat baru dari segi lakonan, pengarahan, penulisan skrip, pengurusan pentas dan teknikal.


Tajuk : Mahkamah Keadilan
Karya : Taufik Al Hakim
Terjemahan oleh : Nahmah Jamil
Olahan dan Arahan oleh: Prof. Dr. Shark

Sinopsis
Mengisahkan tentang seorang Tukang Roti yang telah mencuri itik angsa dan dalam proses melarikan diri yang menyebabkan ramai teraniaya. Orang ramai telah datang menuntut keadilan dari Tuan hakim di atas kezaliman yang menimpa mereka. Apakah mereka mendapat keadilan seperti yang dijanjikan oleh Tuan Hakim? Adakah Tukang Roti terselamat? Kita saksikan cerita yang telah di olah semula sana sini situ sinun.


[KREDIT: JKKN]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan