18 Ogo 2018

WHEELY, GEMPAK, LAWAK YANG COMEL




WHEELY
Tayangan: 16 Ogos 2018
Bahasa: Melayu
Genre: Animasi 
Klasifikasi: U
Pengarah: Carl Mendez    
Pelakon: Zizan Razak, Johan, Lisa Surihani, Norman Abdul Halim
Edaran: PRIMEWORKS STUDIOS
Sinopsis

Wheely sebuah teksi yang berjiwa pelumba menyimpan hasrat untuk menjadi raja jalanan di Kota Gasket. Semasa bertugas, Wheely terserempak dengan bintang terkenal Itali bernama Bella Di Monetti dan jatuh hati dengan model golongan atasan tersebut yang cantik namun rendah diri.
Sering berlumba di jalanan dan dipandang rendah oleh golongan elitis, Wheely dan sahabat baiknya Putt Putt terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah diketuai Kaiser iaitu sebuah treler gergasi yang menculik kenderaan-kenderaan mewah.




KRU Studios, melalui anak syrikatnya Kartun Studio kembali dengan filem aninasi terbaru setelah Ribbit. Filem animasi aksi komedi arahan Yusry Abdul Halim itu akan berada di seluruh pawagam negara mulai 16 Ogos ini dalam versi bahasa Malaysia dan Inggeris., Filem ini yang mengambil masa empat tahun untuk disiapkan menggunakan kru dan tenaga produksi tempatan sepenuhnya termasuk pelajar KRU Academy. 

Penerbit Eksekutif filem Wheely, Datuk Norman Abdul Halim memberitahu, filem ini telah menelan belanja sebanyak RM10 juta untuk dihasilkan dan menggunakan suara selebriti terkenal seperti Zizan Razak, Johan Raja Lawak dan Lisa Surihani. Animasi edaran Primeworks Studios itu juga akan ditayang di Brunei dan Russia pada tarikh sama. Paling membanggakan, Wheely akan diedarkan di 100 buah negara di dunia antaranya China, Korea Selatan, Jerman, Indonesia, Thailand, dan Hong Kong. Hebat kan….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan