4 Sep 2018

FILEM MALAYSIA TEMBUS KE PAWAGAM INDONESIA


JARANG filem Malaysia yang dapat slot tayangan di pawagam Indonesia.  7klik senaraikan antara filem-filem Malaysia yang dapat tembus tayangan di sana sebelum ini.  Jom cikedot…



Hapuskanlah Air Matamu (1975)
Filem lakonan Biduanita Negara Dato Sharifah Aini ini mengisahkan seorang penyanyi yang berasal dari kampung, Aini yang lupa daratan setelah terkenal sebagai artis rakaman dan menjadi anak derhaka.Filem ini juga di bintangi oleh Latiff Ibrahim, Broery Marantika, Normadiah dan juga meastro muzik Negara, Ahmad Nawab. 




Diva (2007)
Diva ialah sebuah filem Malaysia arahan Sharad Sharan yang diterbit oleh Tarantella Pictures LLC dan Nusantara Pictures yang diedar oleh Tarantella dan Astro Shaw Sdn Bhd. Filem yang mengisahkan kehidupan seorang anak Malaysia yang berjaya dalam persada muzik antarabangsa ini dibintangi Ning Baizura, Jeremy Thomas, Awal Ashaari, Adam AF2, Jessica Iskandar, Balkisyh Semunburkhan, AC Mizal, Shenny Andrea, Fauziah Nawi dan Pushpa Narayan.




Hanyut (2016)
Filem arahan sutradara tersohor Malaysia, U-Wei Saari menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di 150 buah pawagam di seluruh Indonesia. Hanyut yang diubah tajuk menjadi Gunung Emas - Almayer untuk pasaran Indonesia, ia juga menemui peminat filem di negara jiran itu terlebih dahulu berbanding di pawagam Malaysia.




Munafik (2016)
Filem seram terlaris di Malaysia dengan kutipan RM17 juta arahan Syamsul Yusof ini menampilkan dirinya sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan Datuk Rahim Razali .Mula dipertontonkan di 30 pawagam di seluruh republik itu sejak 5 Oktober 2016. Menerima maklum balas positif dari penonton di sana dan mula menjadi buah mulut peminat.Dalam tempoh lima hari, Munafik mencatat lebih 15,000 penonton. Dan untuk Munafik 2, sudah mula ada permintaan besar untuk ditayangkan di sana juga.



Dukun (2018)
Selepas meraih kutipan sebanyak RM11 juta menerusi tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei, filem Dukun ditayangkan di Indonesia 8 Ogos 2018. Tayangan tersebut melibatkan 33 buah pawagam edaran Feat Pictures di Indonesia . Filem arahan Dain Said itu dibintangi oleh Datin Seri Umie Aida, Elyana, Faizal Hussein, Namron, Avaa Vanja dan Hasnul Rahmat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan