8 Ogo 2018

KAK LIMAH MENGGANAS LAGI


FILEM Hantu Kak Limah (HKL) kembali lagi untuk edisi ketiga selepas Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013) dengan lawak terbaru 'ketawa tahap mengokak'. Kepada korang peminat-peminat cerita penduduk-penduduk  ‘Kampung Pisang’ meh lah ke panggung sekarang…




Sinopsis: 

Hussin kembali pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia bekerja bersama sahabat baik iaitu Khuda, Wani dan Yeh Sekupang di kilang arang. Kak Limah pula baru berkahwin dengan sahabat Hussin Khuda yang lebih muda darinya dan digambarkan sebagai cinta sejati.

Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan rumahtangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang menggerikan. Ketika itu, Hussin, Khuda dan Wani pergi mencuba nasib memikat burung di hutan. 

Hussin pula mengambil peluang untuk bertemu dengan gadis cantik (puteri bunian) dan terus dilamun cinta. Tetapi mereka hanya berjumpa di hutan sahaja. Apabila Hussin, Khuda dan Wani pulang ke rumah, Kak Limah ada untuk menyambut kedatangan mereka dengan bubur keladi. 

Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Menteri Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman sampai dari Kuala Lumpur. Maka terjadilah kejadian-kejadian misteri menghuru-harakan kampung pisang akibat gangguan hantu kak limah….



HANTU KAK LIMAH
Pengarah: Mamat Khalid
Penerbit: Astro Shaw & Infinitus Gold
Tarikh tayangan: 9 Ogos 2018
Klasifikasi: P13


BARISAN PELAKON

Dato’ Awie: Hussin
Delimawati: Kak Limah/Hantu Kak Limah
Rab Khalid: Yeh Sekupang
TJ Isa: Khuda
Sharwani: Wani
Ropie: Nayan
Zul Ariffin: Encik Solihin
Uqasha Senrose: Zaitun


PENAMPILAN ISTIMEWA

Mus May: Bapak Bunian
Erra Fazira: Erra Fazira
Dato’ Seri Vida: Dato’Seri Vida
Jue Aziz: Kamalia
Sabri Yunus: Abe Yie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan