19 Ogo 2018

ARTIS MALAYSIA DI DALAM FILEM INDONESIA


AGAK sukar karya filem Malaysia untuk tembus ke pasaran perfileman Indonesia. Mungkin kenkangan bahasa dan adat antara sebab kenapa naskhah filem kita sukar untuk tembus ke sana. Namun itu bukan alasan artis kita tidak diterima di sana.

Jom kita lihat antara artis Malaysia yang pernah dilamar produksi filem di sana untuk berlakon di dalam filem mereka.


Bront Palarae
Filem: Headshot (2016), My Stupid Boss (2016) dan Pengabdi Setan (2017)

Antara pelakon Malaysia paling ‘dikehendaki’ di Indonesia pada masa kini kerana aura lakonan yang bagus sebagai watak Bapak dalam filem pecah panggung Pengabdi Setan di sana.




Chew Kin Wah @ Anuar Chew Abdullah
Filem: My Stupid Boss (2016), Cek Toko Sebelah (2017), Surat Kecil Untuk Tuhan (2000), Susah Sinyal (2000) Terbang Menebus Langit (2000) dan Dimsum Martabak (2018)

Aktor berumur 53 tahun ini walaupun tidak mempunyai nilai komersil tetapi bakat yang hebat pada beliau membuatkan produksi Indonesia berebut untuk mendapatkannya. Malah lebih membanggakan beliau turut memenangi anugerah perfileman di sana bukan satu tapi dua iaitu Aktor Pendukung Pilihan Tempo (Festival Film Tempo Jakarta 2017) dan Pemeran Pendukung Pria Terbaik
(Indonesian Box Office Movie Awards 2017) hebat tak!



Fazura
Filem: Warkop DKI Reborn : Jangkrik Boss! Part 1 (2016) & Part 2 (2017) dan Ayat-Ayat Cinta 2 (2017)

Gaya lakonan yang natural dan sempoi membuatkan produksi filem Indonesia berminat mengambil  isteri Fattah Amin ini belakon di sana.




Ashraf Sinclair
Filem: Saus Kacang (2008), The Real Pocong (2009) & Bayi Gaib (2018)

Suami Bunga Cinta Lestari ni memang sudah cukup terkenal di produksi filem Indonesia malah juga menjadi rebutan untuk slot sinetron (drama) di sana kerna fasih berbahasa Indonesia. Penghijrahannya ke sana ketika namanya masih panas di Malaysia sesuatu yang berbaloi.


Keith Foo
Filem: Mati Suri (2009), Paku Kuntilanak (2009), Bidadari Jakarta (2010) , Pengantin Pantai Biru(2010), Akibat Pergaulan Bebas 2 (2011), X - The Last Moment (2011), Hantu Budeg (2012), Perempuan di Rumah Angker (2012)

Keith Foo meletop di Indonesia dengan lakonan yang ‘hidup’, kelebihan berbahasa Indonesia dan paras rupa yang kacak mejadi pilihan produksi disana ketika awal kemunculan nya di persada seni. Kini beliau kembali ke Malaysia dan terlibat dalam produksi di Malaysia setelah berumah tangga.


Miller Ali
Filem: Bukan Bintang Biasa (2007), Cintapuccino (2007), Hantu Perawan Jeruk Purut (2008), Merem Melek (2008), Cinta Suci Zahrana (2012), Love You...Love You Not (2015),  Petak Umpet Minako (2017) & Assalamualaikum Calon Imam (2018)

Bermula dengan produksi Malaysia dalam filem Sepet tetapi namanya tidak menjadi dan memutuskan ‘melompat’ ke produksi di Indonesia. Percaturan adik kepada selebriti Sabrina Ali dan juga sepupu kepada Syamsul Yusuf ini,  dia diterima baik di sana dalam filem dan sinetron sehingga ada yang terlupa beliau berasal dari Malaysia.



Nora Danish
Filem: Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017)

Lakonan pelakon comel ini dalam filem tersebut walaupon sebagai watak sampingan memberi impak kepada filem tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan