15 Ogo 2018

AKSI HEBAT KL GANGSTER UNDERWORLD


SKOP Production dengan kerjasama iFlix hadir dengan drama aksi bersiri, KL Gangster: Underworld. Drama berinspirasi dari filem KL Gangster 1 & 2 ini membariskan pelakon-pelakon ternama tanah air antaranya Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Nabila Huda, Azhan Rani, Hasnul Rahmat, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Amerul Affendi juga dibintangi Fezrul Khan, Jasmine Suraya Chin, A.Galak, Daniella Sya, Fikhree Bakar.

Drama bersiri 6 episod ini diarahkan oleh Faisal Ishak yang cemerlang dengan arahan trologi filem Juvana. Drama ini akan disiarkan secara percuma di kesemua platform digital iFlix bermula 16 Ogos 2018.

Siri ini berbeza daripada karya KL Gangster versi Skop Production sebelum ini kerana ada babak-babak yang lebih ganas serta jahat. Bagi korang yang menggemari drama aksi gengster yang hebat inilah drama yang terbaik untuk ditonton.




SINOPSIS 

KL Gangster Underworld bermula selepas insiden KL Gangster 1 (lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra), semasa kongsi-kongsi gelap di Kuala Lumpur kehilangan nakhoda akibat dibunuh atau dipenjara selepas ditangkap pihak berkuasa. Masing-masing bersaing dan berbunuhan bagi merebut takhta kosong yang ditinggalkan. Pertumpahan darah, pembelotan dan sabotaj bermaharajalela sepanjang tempoh darurat ini.

Di tengah kekalutan ini, terdapat seorang ahli kongsi iaitu Shah yang ingin mengundur diri dan memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa, namun dihalangi oleh rintangan dan aral yang melintang sehingga memaksa dia kembali bergiat dalam aktiviti haram ini. Tak tersangka, pengembalian dia ke arena kongsi gelap ini mencetus satu revolusi baru kepada dinasti kongsi gelap di Kuala Lumpur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan