26 Jul 2018

TENTANG DIA: FAKTA MENARIK CATE BLANCHETT


SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon hebat, Cate Blanchett yang sentiasa tampil dengan lakonan berkesan menerusi penampilannya dalam setiao filem. 7Klik kongsikan perkara-kerra menarik yang perlu anda tahu tentang pelakon ini.


  • Cate Blanchett adalah seorang pelakon dan pengarah teater yang berasal dari Australia.
  • Nama penuhnya ialah Catherine Elise Blanchett.
  • Dilahirkan pada 14 Mei 1969 di pinggir bandar Ivanhoe, Melbourne.

  • Cate merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Kakaknya adalah jurutera sistem komputer, dan adik perempuannya adalah seorang pereka.
  • Ibunya warga Australia, Jun, bekerja sebagai pemaju harta dan guru. Sementara bapanya, Robert DeWitt Blanchett Jr. berasal dari Texas, merupakan seorang pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat yang kemudiannya bekerja sebagai eksekutif pengiklanan.


  • Cate  merupakan graduan belajar sejarah seni di University of Melbourne sebelum menamatkan pengajian dari Institut Seni Drama Nasional pada tahun 1992.
  • Debut televisyen Cate pada tahun 1993, dan dia mendahului peranan dalam mini siri The Heartland (1994) dan Bordertown (1995).
  • Cate berada di tempat ke-31 dalam kaji selidik majalah Empire untuk 100 'Bintang Paling Seksi di Hollywood'. Pada tahun 1999, dia dipilih dalam 50 'Orang Paling Cantik' oleh majalah People.


  • Merupakan pemenang Oscar sebanyak 6 kali, Cate juga telah menerima pencalonan untuk filem Notes on a Scandal (2006), Elizabeth: The Golden Age (2007) dan I’m Not There (2007).
  • Filem lain yang terkenal di bintangi Blanchett termasuklah The Talented Mr. Ripley (1999), Peter Jackson’s The Lord of the Rings trilogy (2001), The Hobbit trilogy (2012), Babel (2006), The Curious Case of Benjamin Button (2008), How to Train Your Dragon 2 (2014), Cinderella (2015), dan Carol (2015).
  • Jun 2013, dia melakonkan watak Jeanette Jasmine Francis di dalam filem Blue Jasmine yang memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Terbaik.



  • Berkahwin dengan penulis drama dan penulis skrip Andrew Upton pada tahun 1997. 
  • Cate dan Upton dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Dashiell John (2001), Roman Robert (2004) dan Ignatius Martin (2008).
  • Pasangan ini mengambil anak angkat perempuan, Edith pada awal tahun 2015. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan